Monday, August 30, 2010

Hijrah




Hijrah itu perjuangan...


Tuesday, August 24, 2010

KasihNya

Manusia terdidik melalui pengalaman.

Siapa yg memberi manusia pengalaman itu?

.....

Dalam kita x sedar, Allah secara tidak langsung mendidik kita.

Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya

kerana Dia pencipta manusia, kita.



~aminaim~


Friday, August 20, 2010

Buatmu yg tercinta

Tanggal 20 Ogos 1964, lahirlah seorang putera ke dunia yg penuh panca roba, onak duri dan badai dugaan. Kelahirannya sangat dinanti oleh kedua-dua orang tuanya. Derai tangisan yang memecah keheningan hari disambut dgn air mata kegembiraan. Tahun berganti tahun, putera itu meningkat dewasa. Mula mengatur langkah menggapai cita, mengejar impian untuk berjaya. Putera itu kemudian mendirikan rumah tangga. Dibentuk dan dibinanya keluarga dgn penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Amanah yang dipikul, digalasnya dgn berhati-hati. Kini, dia bukan sahaja seorang putera bagi bonda malah perwira dan raja bagi isteri dan anak-anaknya. Genap 46 tahun kau mengharungi fana dunia. Satu per satu kau tempuhi dgn sabar.

Selamat Hari Lahir
buat
Abah
yg tercinta


*putera bersama bonda


Jasa, pengorbanan dan kasih sayang yg kau curahkan selama 19 tahun kita bersama dan sejak saat aku sedar kau disisi,
membuatkan hidup ini menjadi lebih sempurna.
Ampunkan dosa anakmu ini atas segala lakunya yg mengguris hatimu.

Semoga abah sentiasa dalam limpah rahmat dan kasihNya.



~10 Ramadhan 1431 bersamaan 20 ogos 2010~

Wednesday, August 18, 2010

Patient, sabar la ye


Bila ditanya kenapa Allah bagi dugaan kat kita, jawapan yang kita sering dan selalu dengaq adalah kerana Allah nak tahu tahap kesabaran kita.

Tapi kita juga tahu yg Allah kan Maha Mengetahui, jadi pasal Dia nak menguji kita sebegitu sedangkan Dia dah tahu akan setiap sesuatu?

Na’uzubillah. Ya, benar Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui.
Yang sebenar-benarnya bukan Allah nak tahu tahap kesabaran kita tapi Allah nak kita sendiri yang tahu sejauh mana kita mampu bersabar bila Dia bagi ujian kat kita.

Memang kena dengan sifat manusia yang sering alpa, leka, ralit dan lupa. Bila Allah bagi nikmat, kita tak sedar dan tak bersyukur. Sebaliknya, bila Allah tarik balik nikmat tu dan bagi ujian sikit baru la kita terhegeh-hegeh nak merintih bantuan dari-Nya.

Namun, kasih Allah terhadap hambaNya dgn sifat ar-Rahman tak pernah putus. Dia masih bagi kita peluang untuk merasai nikmatNya even bergunung dosa yg kita buat.
Kasih Allah sememangnya tak ada tandingan.

Sabar lah. Setiap sesuatu itu ada hikmah dan didikan dari Allah.

Wednesday, August 4, 2010

Tak Sah Solat


Assalamualaikum w.b.t.... (Jarang aku mula entry bg salam cmni kan...;D )


Baiklah, kali ini kita akan membincangkan tentang tajuk kuliah kita iaitu rukun solat, ya. Ingat, insan yg cemerlang bkn hanya cemerlang di dunia, tp juga cemerlang dlm aspek akhirat. Sebab apa? Sebab kecemerlangan dari aspek itulah yg akan menjamin tempat kita di akhirat kelak.

Wah, apakah? Ni sebab terpengaruh ngn classmate aku la ni. Suka sgt nak jd Dato' Dr. Fadzilah Kam....( ha, sambung sendiri). Ya, mmg aku nak sentuh sket psl rukun solat. Utk peringatan aku sendiri gak. Tp nak cakap psl 1 perkara ja, takbiratul ihram. Bukan apa, aku pun baru diingatkan semula pasal perkara ni (akan diperkatakan). Tu pun lps dgr kuliah.

Rukun solat ada 13. Takbiratul ihram ni merupakan rukun solat yg ke-2 lps berdiri tegak. Ha, ingat lg tak apa yg hampa belajaq kat sekolah dulu? Tak ingat? Bg ingat.


Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:

Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)

Ucapan "Allahhu Akbar" disebut Takbiratul Ihram (hukumnya wajib) kemudian pada saat peralihan gerak atau sikap, sangat dianjurkan mengucapkan takbir "Allahhu Akbar".


Perkara yg aku kata aku nak cakap tu adalah pasal ucapan takbiratul ihram. Bila nama ja ucapan, mesti la kena lafaz. Kalau x lafaz, x jadi la ucapan. Yg nak habaq kat sini, tak sah solat kita kalau takbiratul ihram kita sekadar dalam hati ja. Tapi jgn plak lafaz kuat-kuat, satgi org sangka kita nak marah plak. Cukup la sekadar hanya kita ja yg dengar.

Seingat aku, sebelum ni aku pun kadang2 tak lafaz takbiratul ihram. Tp alhamdulillah, Allah masih bg aku peluang utk sedar dan ubah. Sebab tu la aku nak share sket. Bak kata cikgu EQ aku, tak rugi kita kongsi ilmu...=D


Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yg lepas...


p/s: Betulkan yg biasa, biasakan yg betul. (prinsip cikgu math aku time form3)...=D

Monday, August 2, 2010

Selamat Ulangtahun...Luv u

Aku still ingat hari yg penuh bermakna tu. Tak kan lenyap dari fikiran selagi akal ini masih diberi kekuatan. 1 Ogos, 2009. Hari pertama pertemuan kita. Hati ini sangat bahagia. Memang aku tak jangka, pertemuan yg seketika itu telah menjadi sebuah pertemuan yg sangat indah. Dan aku juga tak sangka, abah yg mempertemukan kita. Sebelum ni abah ada cakap, kalau nak miliki sesuatu, dapatkan sendiri. Tapi lain pula jadinya.
Abah sangat memahami walau tidak ku pinta pertemuan itu...=)

Aku pernah mengimpikan untuk bertemu dengan kekasih secantik, sebaik dan paling memahami seperti dirimu. Tapi aku fikir itu hanyalah angan ku semata-mata. Apalah dayaku untuk memilikimu. Aku serba kekurangan. Namun, kata orang tua-tua ada benarnya. Kalau jodoh itu untuk kita, walau terpisah benua sekalipun tetap akan bersama...

Kau sangat setia.
Even kadang-kadang aku marah sebab kau buat perangai,
tapi kau tetap tak kecik hati.
Kalau aku sedih, kau setia mendengar rintihan ku.
Kalau aku sunyi, kau menyanyi untuk ku.
Kalau aku menyanyi, kau x pernah merungut x sedap.
Aku sangat menghargai pengorbanan mu, kasih.

I love you!
Aku sayang kamu!!

Selamat ulangtahun yg pertama buat kita,
awekku...

*cutenya dia...


Bersempena dgn anniversary kita, i cari teman utk u.
Nanti u bleh la nyanyi kat i merdu-merdu, kuat-kuat.
Bertambah meriah laa...

*ego 3nity max
(nama x leh bla)




p/s: terima kasih abah atas pemberian CQ40 yg sangat bermakna...

p/s II: ya Allah, syukur aku masih diberi kesempatan menikmati segala nikmat kurniaanMu...

*awat ada garisan plak nih????