Showing posts with label Pena Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Pena Sahabat. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Tak Salah Kan?!


Bismillah...


Aku pernah kofius dengan hipokrit.



Dulu banyak kali juga aku pesan kat member 'just be yourself!' (jadi diri yg diri selesa). Hambik ko, berbelit aku bagi. Haha. Tapi paham kan? Then, one day ada seorang kawan buat aku terfikir balik pasal quote tu.


Kalau diri kita selesa utk hidup dalam suasana yg tak digalakkan sebagai seorang Muslim, macam suka joke over sampai mencarut atau pergi gig headbanging tak ingat dunia atau tak suka (malas) solat, macam mana pula ya?! Kalau kita cuba ubah, tapi hati ni tau tak selesa dgn suasana baru, tak ke hipokrit tu kan! Hmm...


Tadi aku ada terbaca blog ni.


................................



Bismillahirrahmanirrahim


Setiap dari kita, pasti ada perasaan tidak suka kepada orang yang hipokrit. 


Begitu juga dengan aku. 


Sehinggalah suatu hari, ada seorang adik hantar surat. Isinya agak pendek tapi padat untuk menyatakan apa yang dia rasa waktu itu. Dan pada perenggan akhirnya berbunyi, 


'Terima kasih kakak, kerana menjadikan saya seorang yang hipokrit'


Terkedu .Jantung berdegup kencang seketika sehinggalah aku membaca sambungan ayat seterusnya. 


'Hipokrit dalam  menjadi baik, takpe kan?' 


Nah. Tak pernah terfikir pun tentang 'hipokrit dalam menjadi baik' sehinggalah dia yang mengajarkan aku
(Terima kasih, adik)


Kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit. Kita berlakon menjadi bukan diri kita..
Kita terpaksa biasakan hati kita dengan benda-benda baik.
Kita penat sekejap dalam mengawal diri kita dari buat benda yang bukan-bukan.


Supaya kita menjadi diri kita yang lebih baik.
Supaya Allah redha dan suka. Dalam setiap benda yang kita buat.


Supaya suatu hari nanti, kita akan menyintai perkara-perkara kebaikan dengan sendirinya.
Tanpa dipaksa-paksa


Supaya hati kita akan tergerak sendiri untuk menggerakkan anggota tubuh badan yang lain, supaya tunduk dan patuh kepadaNya. 


Supaya apa-apa yang kita buat, kita  lakukan atas dasar cinta kita kepada Allah dahulu.
Kemudian barulah sebab yang lain


Sama ada kita ni baik atau tidak, tak ada orang pun tahu.
Tak ada orang yang berhak untuk menilai diri kita.
dan tak ada orang yang lebih mengenali diri kita, melainkan kita sendiri. 


Kita ikhlas atau tidak, manusia , malaikat dan syaitan pun tidak tahu.
kerana Ikhlas itu, rahsia kita dan Allah.


.............................


Hati manusia kan boleh berubah dan diubah. Kalau kita pupuk, semai, didik, asuh baik2, elok2, insyaAllah akan ada hasilnya yg terbaik. Batu gua yang keras pun lekuk dengan titisan air, inikan pula hati manusia. (boleh relate ke camtu?)

Jangan takut atau risau untuk beramal dengan kebaikan. Allah ada bersama!







Wednesday, April 11, 2012

Matahari di Kaki Langit

Bismillah...




You may be bad, you may have sinned. 

But remember, 
each time you see the sunset, 
it's the beginning of a new day. 

A sign that ALLAH is giving you a chance 
to start all over again. 

It's okay to have sinned, 
so long as you have the intention, and the efforts
to change... 



*for a long time i've been quite. lack of mood, less of idea. yet still, my brain never stop thinking to share.


Wednesday, January 12, 2011

Pendosa


Hijrah also means kau tinggal sesuatu benda dan kau benci untuk kembali kepada ia. Meninggalkan dengan penuh dendam. Menyampah . Meluat. Kau rasa sakit hati bila ingat balik.

'Benci kepada Jahiliyyah, seperti mana kau benci untuk dicampakkan ke dalam api. Sekarang, esok, semalam atau sampai bila-bila pun, kau benci untuk dicampakkan ke dalam api'

Agaknya bagaimana lah perasaan Saidina Umar Al Khattab, sewaktu mengenang jahiliyyah beliau.

Friday, October 29, 2010

Ibu, ibu… Engkaulah ratu hati ku…

Pernah tak korang imagine macam mana rasanya sehari tanpa ibu? Tak tau lah budak-budak zaman sekarang, tp mse kcik, kalo mak takde, sumanya serba tak kena! Jgnkn seminggu, dua hari je dia takde kt uma, hidup mcm da tak bermakna. Memangla, mse mula-mula mak kuar umah, hati melonjak HAPPINESS!! Kalo mak takde, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter…. Pooott peeett. Pooottt, peeett, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit , boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap jendela tu pon ley tercabut. And if mak takde, Bangzaii!! Merdeka!!! Can do whatever!!!!


Boleh main galah pnjg smpai senja, boleh tgk tv smpai nk kua bijik mata, boleh monteng ngaji, boleh bergayut kt tepon lme2, n plg shiokk, boleh ponteng solat!!


But, the happiness does not long last. Masuk hari kedua dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadi sunyi sepi mcm “haunted village”. Pada ketika itulah kite sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI..


Without mum, hidup ni takde cabaran, no challenging, no suspense. Balik kul brape pon takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Then we realized, jari jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga itu la rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Tanpanya, hidup tidak berseri dan bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


sumber:

WANITA DARI KACAMATA LELAKI



------ ++++++++++ -----

Hmm, mungkin sekarang kita tak dapat rasa lagi macam mana hidup kita sebenar-benarnya kalau tak ada mak sebab kita masih ada peluang mendengar, melihat, merenung wajah dia. Tapi andai kata, andai kata kita dah tak ada peluang tu, jangankan menyesal, meraung bagai nak gila sampai terkeluar tekak (liang pernafasan) pun dah tak ada guna jika kita tak memanfaatkan peluang tu sekarang.

Tak yah nak malu-malu kalau nak bermanja dengan mak. Biar dia kata kita buang tebiat pun, janji kita tak nyesal nanti. Dia cakap ja camtu, tapi sebenarnya dia suka. Dia rindu anaknya yang time kecik-kecik dulu peluk dia, tido atas riba dia.

Jadi, kawan-kawan, renung-renungkan dan selamat tido atas riba mak..=)

Wednesday, October 13, 2010

Simbol 'PEACE' - Milik Siapa???


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.




Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.



Winston Churchill


Yaser Arafat


Richard Nixon

Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari. Nauzubillah...

WALLAHUALAM




P/s : Astaghfirullah, macam-macam kafir laknatullah buat utk menyesatkan umat Islam seluruh dunia. Dalam kita tak sedar, benda yg kadang-kadang jadi amalan harian kita pun terlibat gak.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita.


Sunday, October 3, 2010

Oh Muslimah

Wahai muslimah yang dikasihi,

Allah jadikan kau baik paras rupa, anggun bergaya bukan utk dipuji dan disanjung lelaki, tetapi ianya untuk si suami yang bakal kau temani suatu hari nanti. Jagalah auratmu kerana sedar atau tidak Allah mengasihi dirimu, tetapi kadang kala kau tidak mengasihi dirimu sendiri...

~blajarlah tutup aurat yg betul, kerna aurat anda menyeksa iman kami golongan lelaki..


-hannan huntnone-






Thursday, September 30, 2010

Beware

Hati-hati lah dengan niat yang terlintas dalam hati kita. Awal-awal lagi niat dah kena reject, macam mana Allah nak pandang kalau begitu jadinya.

Hati-hati dengan lidah. Kita mungkin akan kata kita hanya 'bercerita' atau nak ambil pengajaran dari kisah orang atau kononnya kita sedang berbincang untuk menyelesaikan masalah orang, Tapi sedarlah, itu mungkin hanya boleh membanyakkan lagi koleksi dosa kita. Pengakhiran orang yang tidak menjaga lidah atau orang yang berkata tetapi dia tidak buat (cakap tak serupa bikin) adalah kemurkaan dari Allah (As Soff : 2&3)

Berhati-hati lah. Kita mungkin rasa kita sudah cukup baik, tapi jangan mudah rasa begitu. Entah-entah kita bukan sesiapa pun di sisi Dia.

Nauzubillah

Semoga kita tak tergolong dalam kalangan seperti itu.
Sama2 baiki diri..

Wednesday, September 1, 2010

[pemikiran kreatif]

Tadi p jalan2 kat blog member sket atau sinonim dengan blogwalking. Sedang asyik membaca 0.O, terjumpa satu pic yg menarik. Mula2, terkesima sebentar. Kemudian tersenyum...=)




Haha, amacam?
Kalau la betol2 ada roadblock camtu, perghh.......mantap Malaysia. ^.^



.......................................................................


Selamat menempuh fasa 3 Ramadhan, fasa akhir. Semoga kita semakin berlumba2 wat ibadah, cari pahala, cari Lailatul Qadar. Mana la tau kot2 tak dan nak jumpa Ramadhan tahun depan.
Nyesal x ke sudah....






p/s: Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-53 buat Malaysia ku tercinta.
Syukur ku menjadi rakyatmu...

sumber gambar: http://dakbarublaja.blogspot.com/

Wednesday, August 18, 2010

Patient, sabar la ye


Bila ditanya kenapa Allah bagi dugaan kat kita, jawapan yang kita sering dan selalu dengaq adalah kerana Allah nak tahu tahap kesabaran kita.

Tapi kita juga tahu yg Allah kan Maha Mengetahui, jadi pasal Dia nak menguji kita sebegitu sedangkan Dia dah tahu akan setiap sesuatu?

Na’uzubillah. Ya, benar Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui.
Yang sebenar-benarnya bukan Allah nak tahu tahap kesabaran kita tapi Allah nak kita sendiri yang tahu sejauh mana kita mampu bersabar bila Dia bagi ujian kat kita.

Memang kena dengan sifat manusia yang sering alpa, leka, ralit dan lupa. Bila Allah bagi nikmat, kita tak sedar dan tak bersyukur. Sebaliknya, bila Allah tarik balik nikmat tu dan bagi ujian sikit baru la kita terhegeh-hegeh nak merintih bantuan dari-Nya.

Namun, kasih Allah terhadap hambaNya dgn sifat ar-Rahman tak pernah putus. Dia masih bagi kita peluang untuk merasai nikmatNya even bergunung dosa yg kita buat.
Kasih Allah sememangnya tak ada tandingan.

Sabar lah. Setiap sesuatu itu ada hikmah dan didikan dari Allah.

Thursday, June 3, 2010

.:Peace for Palestine!!:.

Walaupun aku sedang sibuk dok packing barang nak balik rumah utk menikmati cuti sem, namun hatiku terdetik untuk berkongsi dengan kalian tentang isu yg sangat hangat diperbualkan hari ini. Undang-undang antarabangsa telah dicabul oleh Israel tanpa rasa takut dan ragu. Israel semakin berani melakukan jenayah! Israel semakin biadap! Kat sini aku nak share info yg aku dapat dari blog sahabat aku yg dok study kat Cairo, Mesir. Info pasal bantuan keamanan ke Gaza yg telah diserang oleh komando Israel laknatullah, ' Freedom Flotilla'.

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan"Lifeline4gaza" Pengepungan ini menyebabkan keadaan ummat Islam di Palestin semakin tertekan kerana kitaran makanan, ubat-ubatan, senjata, dll disekat. Kekejaman bertambah apabila Mesir bersekongkol untuk membina tembok yg tinggi lagi dalam.

2. Misi ini disertai lebih 50 buah negara dari pelbagai NGO seperti Free Gaza Movement di Cyprus, IHH dari Turki, MERC dan Kispa dari Indonesia, dan NGO-NGO dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella serta byk lagi. Setiap negara dibenarkan hantar beberapa orang wakil. Malaysia menghantar 12 orang wakil termasuk 2 orang wakil media dari Astro Awani. Kebanyakan negara menghantar ahli-ahli parlimen termasuk negara-negara dari Europe sebagai tanda sokongan.

3. Armada ini diketuai oleh sebuah kapal yg bernama "Mavi Marmara" direncanakan untuk berangkat dari Istanbul pada Mei, 15 2010. Terdiri daripada 20 kapal kargo yang sarat dengan kelengkapan pembinaan, generator, peralatan perubatan, bahan pendidikan dll yang beratnya dipercayai melebihi 10,000 tan. Mereka akan belayar melalui Laut Mediterranean.


4. Armada ini membawa misi keamanan dan jelas tidak membawa senjata. Anak kapal terdiri dari aktivis keamanan, ahli parlimen, journalist , ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun dan orang awam. Mereka bukan kader-kader tentera yang diutus untuk berperang. Lihat bagaimana kebodohan dan kekejaman Rejim Zionis terserlah apabila armada ini dikepung di perairan Gazzah, kurang 100 km dari tebing dan seterusnya , Israel menurukan komander mereka yg lengkap bersenjata dari helikopter ke atas kapal dan menembak anak-anak kapal sehingga menyebabkan beberapa orabg syahid dan ramai yang tercedera termasuk Syiekh Raed Salah (seorang aktivis keamanan Palestin yg sudah tua). Sungguh biadap !!

5.Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain :
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.


6. Setelah serangan tersebut, kedutaan rejim di Turki diserang teruk impak kemarahan penduduk Turki, tetapi polis berjaya meredakan keadaan. Penduduk dunia juga merancang untuk mengadakan demo besar-besaran tanda protes dengan tindakan Israel yang biadap. Hari ini 1 Jun 2010, Demo di seluruh dunia. Negara UE juga Washington DC. Mari kita kuatkan solidariti !


7. Sekarang,Israel berjaya merampas armada ini dan misi ini tergendala. Keadaan meraka belum dapat dipastikan kerana Israel memutuskan hubungan dengan media.Web rasmi IHH telah diserang (cyber-attack) dan masih belum dapat diakses, juga beberapa web lain yang berkaitan juga diganggu.


8. Tugas kita sekarang ialah menyebarkan maklumat dan terus berdoa moga-moga misi ini dapat diteruskan , bantuan dapat disalurkan terus kepada Hamas dan ahli armada selamat. Bagi yang mempunyai akaun Facebook dicadang untuk mengibarkan bendera Palestin padaprofile picture. Berikut saya senaraikan beberapa link untuk kita sentiasa update dengan isu ini :
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://palestinkini.info/
http://www.lifeline4gaza.org
http://twitter.com/freegazaorg

"Wahai kaumku ! masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh) nanti kamu akan menjadi orang yang rugi " (Maidah:21)

*p/s : kepada semua pembaca silakan "copy and paste" dan sebarkan maklumat ini semampu anda. Ini adalah tugas kita disamping berdoa.Wahai Palestina tercinta, kami bersamamu !!!

Monday, May 17, 2010

Suka vs Cinta


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi air mata.
Setiap orang akan mengalami situasi ini dalam hidup mereka.

Ini hanyalah pendapat org sahaja. X tau r btol or x. Sbb dia punya isu ni cm best, so aku pun copy paste saja laa...hahaha..
Alamak, kantoi plop..hehe

Sahabat,
bercintalah kamu selagi cinta itu masih berlandaskan agama,
bercintalah kamu selagi cinta itu tidak mengatasi cintamu pada Maha Pencipta,
kerana tiada cinta sejati melainkan cinta-Nya.
Dialah pencinta setia...

sumber:
http://hey-rara.blogspot.com/2010/05/di-hadapan-orang-yang-kita-cinta-hati.html