Showing posts with label Renung. Show all posts
Showing posts with label Renung. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Dan Semalam

Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam
detik yang bila ku kenang
terasa hangat gerimis
bergenang di kelopak

Semalam
bila ku pejamkan mata
mengimbas cerita kita
terukir senyum di bibir
indah

Semalam
telah tersurat
menjadi lipatan sejarah
dalam memoir aku dan kau
kenangan kita

Dan semalam
apakah akan berulang
saat suka
saat duka
perjalanan bersama
yang bila ku kenang ia
luluh rasa
pedih raga
basah mata
namun tetap tersenyum jua


02:16 | GA311 | IPGKPP

Thursday, May 29, 2014

Kontradiksi Baju

Bismillahirrahmanirrahim...

esok lusa kenduri kahwin kawan aku

baju itu masih pilihan aku
tapi ada yang tak setuju
katanya tiap gambar
tiap kenduri
baju tu jugak

tapi aku rasa baru dua kali pakai

aku pergi mencari baju baru
dari kedai ke mall
dari bundle ke butik
tak ketemu
baju yang kena dengan aku

kena dengan jiwa
kena dengan selera
kena dengan sederhana
kena dengan cara yang aku selesa

katanya aku cerewet, memilih
tapi bukan itu maksud aku

baju nak pakai lama
bukan sekali dua

katanya lagi
kalau nak tau aku cari bini macam mana
tengok masa aku nak pilih beli baju

tapi aku rasa tak macam tu
tapi mungkin jugak
untuk baju tertentu

Wednesday, May 28, 2014

Insomnia Aku

Bismillahirrahmanirrahim...


aku rasa aku perlu dia
tapi aku juga rasa belum sampai masa

perlu ada kereta
perlu punya harta
perlu penuh ilmu di dada

kerna nanti aku ketua
kerna nanti aku lah kepala
kerna nanti aku akan ditanya

aku mahu kita bahagia
aku perlu waktu untuk bersedia

supaya aku kau kita mampu bersama hingga ke syurga

Saturday, May 17, 2014

Kita Tahu

Kau tahu,
aku tahu,
apa tujuan hidup,
apa hakikat sebenar hidup,
kita sentiasa tahu.

Cuma kadangnya
mata sengaja dipejam,
telinga sengaja dituli.
kita tipu diri sendiri.

Namun,
hati takkan mati
dari sedarnya
erti sebenar hidup ini.

Walau sengaja kau cari
makna hidup pada jalan lain,
Hakikatnya kau sendiri tahu,
tiada jalan lain selain yang satu itu.

kenali Dia
dekati Dia
sayangi Dia
abdikan diri pada Dia.

Kau kan temu tenang,
tenang yang hakiki.

Itu hakikat hidup.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.
az-zariyat | 56



*diinspirasi dari Tahu oleh Fynn Jamal.

Fynn Jamal - Tahu

Friday, January 24, 2014

Manisnya Kenangan Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh! Jauh perjalanan luas pemandangan! Nikmat mata, nikmat hati kurniaan Tuhan dijamu dan diisi. Bahkan jika bijak, nikmat iman juga akan dirasai. 

Sungguh! Takkan sia-sia segala ciptaan Allah (yang amat luas dan tak terkira) bagi hamba-Nya yang menghayati setiap detik dan ketika yang dipinjamkan.

Sungguh! Perjalanan yang jauh akan mencipta, mengerat dan mengutuh silaturrahim insan. Maka terserlah lah jiwa sebenar hamba. 

Sungguh! Pengalaman (indah, duka, manis, cuka?) akan memutik kenangan, membuah pengajaran. 

Semua hanya buat sang hamba yang buka mata, buka dada, buka minda. Terima segalanya, seadanya.

Family Trip Langkawi

Trip to The South

(Orang buat collage aku pun nak jugak.)

p/s: Looking forward to the grand final class trip. (yet don't know when)

Monday, September 23, 2013

See It Deeper

Bismillahirrahmanirrahim...










Nothing can change you if you don't want to.

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
ar-Rad | 11


Saturday, August 3, 2013

Bagaimana kita?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini ialah pak cik yang bertugas sebagai tukang sapu di sekolah tempat aku berpraktikum sekarang. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tiada peluang untuk minum apa lagi makan, namun tidak pernah aku lihat riak letih atau penat dari wajahnya. Tidak pernah terdengar rungutan atau keluhan. Kerjanya tetap seperti biasa setiap hari.

Bagaimana kita?

Wednesday, July 31, 2013

Harap Masih Belum Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini sudah masuk hari ke-22 kita melayari Ramadhan dan hari ke-17 para pelajar guru semester 6 berpraktikum. Alhamdulillah, praktikum kali ini Allah telah permudahkan segala urusan (dan harap berterusan hendaknya).

Semasa praktikum, kadang-kadang terasa berat sangat untuk menjalankan tanggungjawab, namun its end up with aku selesai juga laksanakannya. Sebagai contoh, rancangan pengajaran harian lah. Itu part paling penting dalam praktikum selain portfolio dan lain-lain. Itu hal praktikum.
.........

Ramadhan sudah melepasi dua fasa dan sekarang kita berada dalam fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Dan dalam fasa ini iaitu 10 malam terakhir, ada 1 malam yang sangat dicari-cari oleh semua Muslim. Malam tersebut ialah lailatul qadar. Malam yang padanya tersimpan 1001 kebaikan buat orang yang terpilih. Hanya yang terpilih.

Sudah 22 kali aku bertemu Ramadhan, namun kelibat lailatul qadar belum sekali pun. Setiap tahun dipasang azam, namun setiap kali itulah kecundang. Aku terdetik, masakan nak dipilih kalau usaha hanya ala kadar. Terlebih utamakan yang tak pasti berbanding yang terang-terang dijanjikan ganjaran.

Teringat kata-kata ustaz semasa kelas PAFA dulu, "Kalaulah Allah bagi kita lihat pahala tu macam mana, pasti tak ada yang sanggup lepaskannya."

Dan pasti tak ada seorang pun dari kita yang ingin terlepas dari merebut ganjaran dalam bulan ini terutama dalam lailatul qadar. Ganjarannya lebih baik daripada beribadah selama 83 tahun 4 bulan.

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 3)

Allah Maha Pengasih, sentiasa buka pintu kebaikan untuk hambaNya. Inilah saatnya kita tebus kembali segala peluang kebaikan yang telah kita abaikan.

"Ya Allah. sebagaimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan jua kami dengan Lailatul Qadar. Ya Allah, kurniakan kami peluang beribadah di dalamnya dan berkatilah kami."

Harap masih belum terlambat...

Tuesday, July 9, 2013

Mulianya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...



Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembezaan (antara yang benar dan batil). 

Karena itu, barang siapa dalam kalangan kamu berada di dalam bulan itu, maka berpuasalah. 


Dan barangsiapa sakit atau bermusafir (dan tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. 



(Dengan ketetapan sedemikian) Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. 
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur. 


al-baqarah |185

Sunday, March 17, 2013

Hakikat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ar-Rahman, adalah asma Allah yang penuh dengan kecintaan dan cinta itu sifatnya memberi dan tidak pernah menerima. Oleh kerana itulah, Allah sentiasa memberi dan tidak pernah menuntut atas apa sekalipun daripada hambaNya.

Sejenak, cuba kita renung...dari mana datangnya cinta ini?
Cinta ialah suatu nikmat dalam bentuk emosi yang positif yang dikurniakan Allah kepada setiap hambaNya.

Kerana itulah, dalam diri setiap manusia sentiasa dahagakan cinta dan kasih sayang. Hatta, Nabi Adam dan Hawa juga bertemu semula di dunia kerana cinta. Cinta yang setia kerana Maha Esa.

Hakikatnya, cinta itu suci. Cinta akan membuatkan kita sentiasa rindu, taat dan sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Pencipta Sekalian Alam. Dengan tersebarnya cinta, membuatkan kita semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Namun, cinta itu jarang ditemui kini. Fitrah cinta yang sepatutnya seiringan dengan iman, telah dicemari manusia dengan nafsu. Cinta sekarang penuh dengan cinta syahwat. Cinta yang didasari nafsu hukumnya haram!

Cinta ini akan mengotorkan hati dan membuatkan manusia semakin menjauhi Ar-Rahman. Na'uzubillahiminzalik!

Kawallah nafsu. Jangan biarkan ia terus merajai hati!
Musuhilah syaitanirrajim. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata!


Saturday, March 2, 2013

Pendapat Mungkin Salah

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada saat akhir (seperti biasa), kami bertungkus lumus menyiapkan penulisan ilmiah berkenaan tajuk pembentangan yang menyentuh isu integrasi sosial dalam negara kita. 


Isu ini bukan isu main-main! Ini isu yang mana kalau tersalah fakta dan huraian, dan membawa kepada maksud yang tak sepatutnya, boleh terjejas konsentrasi lecturer aku nak bagi markah. Tak pasal-pasal kena buat lain pulak.  

Di sebalik tabir itu, aku sedar akan suatu perkara yang mana sebelum ni mungkin aku hanya persoalkan sendirian dan tak ambik kesah untuk fikir lebih kritis. Aku terfikir; mungkinkah realitinya masyarakat kita belum lagi berintegrasi, sebab itu masih wujud tohmahan terhadap berlainan kaum.


"...sememangnya masih ada isu-isu yang menjadi penghalang kepada usaha bagi merealisasikan integrasi sosial dalam kalangan masyarakat di negara kita. Walaupun telah banyak dasar yang digubal, program yang dilancar dan usaha untuk memurnikan ikatan antara kaum telah diadakan, namun perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam ruang lingkup sosial, politik dan ekonomi tersebut tidak dapat dielakkan. Isu sepenting integrasi sosial ini tidak mungkin selesai jika usaha yang diambil hanya dari sesetengah pihak sahaja. Bak kata pepatah, ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Jika tiada kesatuan, maka hilanglah kekuatan. Bagaimana ingin direalisasikan Wawasan 2020 jika cabaran yang pertama dalam 9 cabaran utama Wawasan 2020 belum dicapai?" 


Jadi, mungkin benarlah kita belum bersatu...bersatu hati.




























*aku tak paham kenapa entry ni jadi sgt serius. 
Tapi yg pasti, pendapat mungkin salah. 
Jadi memang tak sesuai jadi bahan rujukan! 
teehee...

Sunday, February 10, 2013

Forum Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izinNya aku dapat menghadiri satu taman syurga pada malam ni yg dihadiri oleh para pendakwah hebat iaitu Ust Haslin Baharin. Ustaz Imran Ibrahim dan Ustaz Tarmizi. Setelah macam2 dilalui, akhirnya aku sampai dan duduk bersama-sama dengan ratusan atau mungkin ribuan muslimin muslimat yang lain di Masjid at-Taqwa.

Berikut adalah antara input yang aku sempat salin dari jutaan input yg diberi dlm forum bertajuk 'Cinta kpd Rasul: Realiti vs Fantasi'.

  • Cinta kpd Rasulullah tiada musimnya. Seharusnya berterusan tanpa ada jarak dan waktu.
  • Cinta kpd rasul telah wujud sejak dulu dan akan berterusan selamaya. Nabi Adam a.s pernah berdoa bg memohon keampunan Allah dgn nama 'Ahmad' yg dilihat baginda tertulis di syurga.
  • Masalah umat skrg. Cinta dan rindu kpd Rasulullah sering dilafazkan tapi angsung tidak dizahirkan dgn mengamalkan segalan apa yg disuruh baginda.
  • Berkat berselawat kpd nabi Muhammad mampu utk menyelamatkan kita dari sifat munafiq. (klu tak silap lebih dr 100 kali selawat)
  • Allah boleh bagi dunia pada sesiapa sahaja yg menginginkan, tapi Allah hanya bagi agama kpd hambanya yg dipilih sahaja.
  • Kuasa iqra' (membaca) lebih berkuasa dari mana2 kuasa di dunia (baca: mampu mengubah dunia)
  • Cinta kpd Rasulullah adalah cinta yg takkan sia-sia.

Jarang salin nota time kuliah, jadi cmni la. Asyik mendengar, bila balik apa pun tak ingat.
Disamping itu, Ust Haslin Baharin turut menyampaikan satu puisi dalam bahasa Urdu yg katanya dikarang oleh sahabatnya. Dan ini adalah terjemahan yg turut didendangkan

"Wahai kawan,
akan datang suatu hari 
yg tinggal hanya Allah,
Dia yg mencipta kita,
Dia yg memberi rezeki kpd kita."

Dan aku sempat salin satu hadis dr banyak2 hadis yg dipetik,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati jahilliah."
Dlm riwayat lain,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati munafiq."

Na'uzubillahiminzalik....

Akhirul kalam...betulkan saya jika salah. 

Thursday, February 7, 2013

Hadapilah dengan Tawakal

Bismillahirrahmanirrahim...


Sesungguhnya, perjalanan hidup kita ini telah disusun Allah dengan begitu kemas dan cantik.

Pada setiap peringkat atau fasa dalam hidup kita (sama ada yang telah lalu atau sedang kita lalui) sebenarnya ialah sebagai suatu persediaan atau persiapan buat kita untuk kita hadapi pada masa depan. Cumanya, adakah kita sedar terhadap setiap perkara yang dikatakan sebagai 'persediaan' atau 'persiapan'?! Kalau ya, Alhamdulillah. Ini bermaksud kita sedang melalui proses ini dengan baik. Jika tidak, mungkin kita kurang bersedia bagi menghadapi rintangan seterusnya dalam hidup.

Namun, percayalah! Setiap apa yang kita tempuh adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Tapi macam mana kita tau rintangan yang kita lalui tu adalah di dalam batas kemampuan kita? Ya, kerana Allah yang berkata demikian.
Meaning : Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity.
Maksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-2:286-
Dia-lah yang Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Dan sesungguhnya, Dia-lah juga sebaik-baik perancang.

Jadi, jangan risau untuk kita lalui apa jua dugaan, cabaran dan rintangan di atas muka bumi ini selagi mana kita taat perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sebab, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu telah ditentukan oleh Allah, semestinya untuk kebaikan kita. Dan jangan lupa....Dia tahu sejauh mana tahap kemampuan kita untuk menghadapi dugaan, cabaran dan rintangan itu.


*betulkan aku jika salah

Thursday, April 26, 2012

Tak Salah Kan?!


Bismillah...


Aku pernah kofius dengan hipokrit.



Dulu banyak kali juga aku pesan kat member 'just be yourself!' (jadi diri yg diri selesa). Hambik ko, berbelit aku bagi. Haha. Tapi paham kan? Then, one day ada seorang kawan buat aku terfikir balik pasal quote tu.


Kalau diri kita selesa utk hidup dalam suasana yg tak digalakkan sebagai seorang Muslim, macam suka joke over sampai mencarut atau pergi gig headbanging tak ingat dunia atau tak suka (malas) solat, macam mana pula ya?! Kalau kita cuba ubah, tapi hati ni tau tak selesa dgn suasana baru, tak ke hipokrit tu kan! Hmm...


Tadi aku ada terbaca blog ni.


................................



Bismillahirrahmanirrahim


Setiap dari kita, pasti ada perasaan tidak suka kepada orang yang hipokrit. 


Begitu juga dengan aku. 


Sehinggalah suatu hari, ada seorang adik hantar surat. Isinya agak pendek tapi padat untuk menyatakan apa yang dia rasa waktu itu. Dan pada perenggan akhirnya berbunyi, 


'Terima kasih kakak, kerana menjadikan saya seorang yang hipokrit'


Terkedu .Jantung berdegup kencang seketika sehinggalah aku membaca sambungan ayat seterusnya. 


'Hipokrit dalam  menjadi baik, takpe kan?' 


Nah. Tak pernah terfikir pun tentang 'hipokrit dalam menjadi baik' sehinggalah dia yang mengajarkan aku
(Terima kasih, adik)


Kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit. Kita berlakon menjadi bukan diri kita..
Kita terpaksa biasakan hati kita dengan benda-benda baik.
Kita penat sekejap dalam mengawal diri kita dari buat benda yang bukan-bukan.


Supaya kita menjadi diri kita yang lebih baik.
Supaya Allah redha dan suka. Dalam setiap benda yang kita buat.


Supaya suatu hari nanti, kita akan menyintai perkara-perkara kebaikan dengan sendirinya.
Tanpa dipaksa-paksa


Supaya hati kita akan tergerak sendiri untuk menggerakkan anggota tubuh badan yang lain, supaya tunduk dan patuh kepadaNya. 


Supaya apa-apa yang kita buat, kita  lakukan atas dasar cinta kita kepada Allah dahulu.
Kemudian barulah sebab yang lain


Sama ada kita ni baik atau tidak, tak ada orang pun tahu.
Tak ada orang yang berhak untuk menilai diri kita.
dan tak ada orang yang lebih mengenali diri kita, melainkan kita sendiri. 


Kita ikhlas atau tidak, manusia , malaikat dan syaitan pun tidak tahu.
kerana Ikhlas itu, rahsia kita dan Allah.


.............................


Hati manusia kan boleh berubah dan diubah. Kalau kita pupuk, semai, didik, asuh baik2, elok2, insyaAllah akan ada hasilnya yg terbaik. Batu gua yang keras pun lekuk dengan titisan air, inikan pula hati manusia. (boleh relate ke camtu?)

Jangan takut atau risau untuk beramal dengan kebaikan. Allah ada bersama!







Wednesday, April 11, 2012

Lebih Baik Bunuh Diri

Bismillah...

Bangun pagi gosok gigi, pergi mandi, pergi sarapan di Taman Tun Sardi...ewah. Eh, Sardon lah! *punya la nak bagi sama rima akhir kan. Bahasa kebangsaan kena jaga. 

Berbalik kepada cerita. Semangat aku bangun untuk bersarapan. Biasalah, hari cuti. Hari ada kelas mana sempat nak sarapan2 ni. bangun pagi pun ngam2 nak bersiap2 saja. Jadi, aku gerak dengan 2 orang kawan dengan kancil...Perodua Kancil la tu. Sesampai di sana, cepat2 cari kedai yang menjadi favouritas aku iaitu kedai jual roti sandwich daging..*nama tak ingat..ditambah dengan teh tarik komtar. Perghhhh, wa cakap lu!

Aku menikmati sarapan dengan penuh rasa puas kerna tercapai hajatku. Haha. Sambil makan2, mata juga liar memerhati gelagat orang ramai yang pelbagai karenahnya. Dari anak kecil yang menangis mintak susu, minah saleh beli nasi lemak, anak2 muda berborak tawa dan hinggalah kepada si pengemis tua.


Sejenak terlintas difikiranku, kenapa begitu jadinya. Kita lebih rela memekakkan telinga dan membiarkan mereka memerhati kita dengan harapan.

Hakikat yang kita tahu; nikmat kesenangan yang kita peroleh bukan milik kita. Jadi, kenapa perlu kita berkelakuan sedemikian?!

Biar saat nikmat kita ditarik oleh Sang Pemilik, kita mampu mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan yang telah kita guna untuk manfaat bersama. Biar kepuasan berkongsi membatasi kepuasan untuk diri sendiri. Kerana yang itu akan berpanjangan kesannya...hingga syurga. InsyaAllah!

Kalau taknak nak kongsi, lebih baik bunuh diri saja. Sebab pentingkan diri sangat kan! Amboih, garang bebenor. Hahaha. Takdak kaitan plak tu...haha lagi.

Matahari di Kaki Langit

Bismillah...




You may be bad, you may have sinned. 

But remember, 
each time you see the sunset, 
it's the beginning of a new day. 

A sign that ALLAH is giving you a chance 
to start all over again. 

It's okay to have sinned, 
so long as you have the intention, and the efforts
to change... 



*for a long time i've been quite. lack of mood, less of idea. yet still, my brain never stop thinking to share.


Tuesday, February 21, 2012

Jeritan Tak Kedengaran

Bismillah...

Baru sebentar tadi rakyat kolej kediaman Pinang selesai buat gotong-royong. Grand night gotong-royong gitu, kul 10 malam sampai dekat 11.30 malam. Komitmen memang tak leh nak sangkal, semua bersemangat murni bersihkan blok. Cuci tandas, tonyoh lantai sampai berkilat. Siap dapat pujian YDP lagi. So, buat gadis-gadis di luar sana, jangan pikir orang laki tak reti buat semua ni pulak ya.

Seusai selesai segalanya, member aku ajak keluar makan. Okay jugak, relax-relax lepas penat main air. Viva putih dihidupkan, meluncur laju menyusuri jalan raya yang lengang. Era.fm mengalun lagu menerusi speaker radio, meredakan sunyi malam. Semestinya yg tidur sedang diulit mimpi-mimpi indah.

Tiba di gerai, tanpa dirancang, ramai pula member-member lain turut serta. Meja digabung panjang macam nak buat jamuan tahunan. Sambil menikmati makan tengah malam (lagi ramai minum saja), banyak cerita dibuka. Biasalah, bila dah ramai ni ada saja cerita yg nak dikongsi. Setelah puas gelak ketawa, Abdullah (bukan nama sebenar) buka cerita pasal Syria. Isu Syria mula jadi topik bualan. macam-macam yg dikongsi dan bertukar pengetahuan. Aku yg tak tau apa hanya mampu diam...

Anak kecil dibunuh, wanita dirogol....untuk apa? Agar generasi akan datang pupus menentang. Pimpinan gila kuasa, sanggup gadai rakyat demi diri. Allahu rabbi! Apa khabar saudara-saudara di Syria? Apakah mereka menikmati kebahagian, ketenangan dan senyum tika ini.

Mesir kini sudah tenang walau masih ada yg belum selesai. Tapi Syria masih di situ. Khabar Syria sangat sedikit nak dibandingkan liputan ketika Mesir kucar-kacir. Akhbar tempatan tak sudah-sudah dengan politik, muka depan lagi. Maka hilanglah perhatian, hilanglah simpati kita kepada saudara di sana. Kita di sini sibuk kejar duit macam boleh bawak mati.  

Doakanlah semoga Syria pulih semula, dan Islam teguh di sana.

Video YouTube: Tentang SYRIA Bumi Kita






p/s: Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati segala nikmat yg dikurnia.

Friday, February 10, 2012

Sollu ala Nabi

Bismillah...

Berlalu sudah Januari, kini Februari menjelma. Perginya Safar, Rabiulawal menjengah. Yg menghilang sentiasa diganti. Jika tidak, pastinya apa yg hilang itu adalah sesuatu yg sangat bermakna, berharga dan tak ternilai buat diri yg terasa akan kehilangan itu. 

SALAM MAULID AR-RASUL.


Sunday, September 18, 2011

Suara Kami Suaramu Jua

A'uzubillahi min asy-syaitonirrajim...

Aku baru balik dari makan malam kat restoran mamak terkenal kat Penang ni, Subaidah. Masa on the way ke sana, macam biasa kalau naik Myvi roomate gua takkan miss radio Era.fm. Feberet beliau tu. Time tu, Era ada siar siaran langsung konsert yang berlangsung kat Stadium Merdeka, Konsert Suara Kami. Live gitu.



Berdasarkan info dari para hos, konsert tu anjuran Astro. Aznil Nawawi yang jadi pencetus idea dan disambut baik oleh PM. Dia punya pembukaan, perghhhh! Gempak shial!!! Gua bukan nak kata la, tapi serius dabooom. Kalau dari bunyi tu diorang macam main drum banyak-banyak, pastu ada percussion, then tambah dengan band lagi. Next, Hujan buat show. Memang meriah giler. Konsert tu pulak memang khas dibuat untuk geng-geng youth macam gua ni. Siap ada tulis 'Youthphoria' kat poster (jangan tanya gua maksunya apa).Kalau tak meletops memang kena booooo panjang-panjang la kan. Lagi satu, kalau dah konsert, memang sah-sah  kena ada artis. Artis yang datang bukan main-main, bukan calang-calang, ramai lagi tau. Hujan, Faizal Tahir........aaa, itu ja yang gua tau. Lepas tu kitorang makan, sambil tengok Song dengan Konchelny buat own goal.

Dah selesai makan dengan meraikan kegembiraan Arsenal kena 3-2, kami pun belah. Dalam kereta sambung lagi dengar Era. Khabarnya kat Stadium Merdeka hujan. Lebat atau tak gua tak tau. Dalam hujan-hujan tu pun para belia masih tak berganjak. Haha, biasa la jiwa muda. Kalau aku kat sana pun, ntah-ntah tunggu jugak. Kui kui.  Then, dengar la suara hos-hos tadi bising-bising suruh stay, biar basah badan asal puas layan (tu bukan pepatah dari hos). Tak cukup Bahasa Melayu dengan English, Tamil dengan Mandarin pun join sekali. Paham atau tak soal kedua, yang penting 1Malaysia. Baru nampak padu!

Tiba-tiba telinga aku tertangkap sesuatu dari perbualan hos-hos tadi. 2 3 kali jugak diorang ulang suara. Fuhh, mantop! PM dengan isteri beliau pun main hujan sekali kat sana. Ni tak boleh jadi. Diorang main takkan gua tak join sekaki. Nasib la Penang beratus kilometer nak ke KL sana. Kalau berkilometer, memang aku sampai. Mana nak cari PM youth soul camtu beb!



p/s: Gua risau. Bapak borek anak rintik. Guru kencing berdiri, murid kencing pecut 100m.

Tuesday, March 1, 2011

Abang Tebar

Bismillah...

Perut mula berkeroncong. Sedari pagi aku hanya makan nasi lemak dgn soya Season saja. Aku renung ke arah kafe dari tingkat atas tajam-tajam, dalam-dalam. Bayangan udang panggang berempah, sotong goreng tepung dan sup cendawan payung berlegar di fikiran. Perut perlu diisi tapi tak nak terlalu penuh. Susah nak beribadah!

................

Dulu, ramai pelanggan tak puas hati! Air, gulai, sup, nasi, semua berperisa klorin (Cl). Rungutan dengar sana sini. Siap ada yg berdemonstrasi ala-ala Libya. Sepanduk dan poster tanda protes dipasang keliling kafe, hingga tak nampak pintu masuk. Kat dalam, macam Gua Kelam. Hanya bersuluh kalimantang.

Abang tebar tak tahan, lalu berenti kerja. Bukan sebab gelap, tapi katanya merajuk. Ramai sangat pelanggan datang kat beliau angkara tak nak makan gulai, sup, nasi berklorin. Kesannya, dia tak dapat nak fokus dalam penebaran. "Roti yg tak cukup kasih sayang tak sedap!", tambahnya.

Lama juga konti roti sunyi. Bunyi tepuk-tepuk meja hasil geseran tepung yg diuli dgn tangan tak lagi kedengaran. Semua menjadi suram, tak semeriah dulu. Ramai pelanggan rindu lihat abang tebar beraksi. Semenjak itu, kafe mula lengang. (bunyi cengkerik).

...............

Tapi tu cerita dulu. Sekarang dah masuk bulan ke-3 dalam kalender Masihi. Banyak yg dah berubah. Biasalah, peredaran masa. Abang tebar pun dah kembali ke konti untuk beraksi. Khabarnya, dia dah dapat tips nak lebih fokus ketika di dapur dari Chef Wan.

Perkembangan kafe pun dah bertambah maju. TV LCD, roti durian, char kue teaw, ais kacang, cendol, wafer. Semuanya hasil bentangan kertas kerja abang tebar. Perghh, hebat!

Abang tebar dengan topi yg tak pernah bertukar memang banyak berjasa. Sekarang dia dah ada assistant. Fokus lebih kepada tebaran, dah kurang melayan pelanggan. Mungkin itu tips Chef Wan bagi. Skill tebar dia menuntut dgn bekas penari kebudayaan Kg Pisang.

Dengan lemah gemalai tangannya mengulik tepung yg diadun sebati, dia meneruskan tugasnya. Memberi kepuasan kpd pelanggan yg dahagakan roti. Semuanya kembali meriah!


Tugas nampak simple, tapi impact besar!
Macam cikgu...

Great teacher inspired!