Thursday, May 29, 2014

Kontradiksi Baju

Bismillahirrahmanirrahim...

esok lusa kenduri kahwin kawan aku

baju itu masih pilihan aku
tapi ada yang tak setuju
katanya tiap gambar
tiap kenduri
baju tu jugak

tapi aku rasa baru dua kali pakai

aku pergi mencari baju baru
dari kedai ke mall
dari bundle ke butik
tak ketemu
baju yang kena dengan aku

kena dengan jiwa
kena dengan selera
kena dengan sederhana
kena dengan cara yang aku selesa

katanya aku cerewet, memilih
tapi bukan itu maksud aku

baju nak pakai lama
bukan sekali dua

katanya lagi
kalau nak tau aku cari bini macam mana
tengok masa aku nak pilih beli baju

tapi aku rasa tak macam tu
tapi mungkin jugak
untuk baju tertentu

Wednesday, May 28, 2014

Insomnia Aku

Bismillahirrahmanirrahim...


aku rasa aku perlu dia
tapi aku juga rasa belum sampai masa

perlu ada kereta
perlu punya harta
perlu penuh ilmu di dada

kerna nanti aku ketua
kerna nanti aku lah kepala
kerna nanti aku akan ditanya

aku mahu kita bahagia
aku perlu waktu untuk bersedia

supaya aku kau kita mampu bersama hingga ke syurga

Saturday, May 24, 2014

Daki

Bismillahirrahmanirrahim...


hidup macam mendaki
jalan nak ke atas
memang sakit memang perit
bila dah kat atas
rasa seronok rasa puas
mula lupa lelah tadi
bila turun ke bawah
perit daki dah tak ingat
tahu-tahu dah kat bawah

mendaki tu gambarkan hidup
jalan nak daki jaya
memang sakit memang perit
bila dah kecap
rasa seronok rasa puas
dalam sekelip mata
jaya yang dikecap jadi abu
kalau tak ingat tak genggam
sakit perit mendaki


Saturday, May 17, 2014

Kita Tahu

Kau tahu,
aku tahu,
apa tujuan hidup,
apa hakikat sebenar hidup,
kita sentiasa tahu.

Cuma kadangnya
mata sengaja dipejam,
telinga sengaja dituli.
kita tipu diri sendiri.

Namun,
hati takkan mati
dari sedarnya
erti sebenar hidup ini.

Walau sengaja kau cari
makna hidup pada jalan lain,
Hakikatnya kau sendiri tahu,
tiada jalan lain selain yang satu itu.

kenali Dia
dekati Dia
sayangi Dia
abdikan diri pada Dia.

Kau kan temu tenang,
tenang yang hakiki.

Itu hakikat hidup.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.
az-zariyat | 56



*diinspirasi dari Tahu oleh Fynn Jamal.

Fynn Jamal - Tahu

video

Wednesday, May 14, 2014

Tok

Teringat dulu  
waktu kau masih di sisi
saat ku berduka
kau ukir senyummu
terus hilang pedih ku rasa.

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat aku rebah
kau hulurkan tangan
paut ku bangun semula

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat jiwa ku kosong
kau bisikkan kata
agar ku tidak lupa Pencipta.

Tapi itu cerita dulu
duka ku kini
rebah ku kini
kosong hati ku kini
tanpa kau lagi di sisi
tiada lagi kau menemani.

Sungguh 
ku rindu senyum mu
ku rindu paut mu
ku rindu bisik mu
yang membawa sinar segenap ruang hati

Tok
cucumu kirim doa
semoga damai tenang kau di sisi-Nya
semoga bertemu kita di sana.

al-Fatihah