Thursday, May 20, 2010

Aku, sedarlah!

Saat ini aku sedang ke'blur'an memikirkan apa yg harus aku lakukan. Baru sebentar td aku 'selesai' menjawab 3rd paper bg exam final, Math1. Btoi ka selesai? Muhung gila. Arghhhh!!! Aku x siap buat pun..waaaa.. Gila ka apa, 10 markah free2 ja melayang terbang ke angkasa raya, seperti kertas yg dibakar. Sebab apa?? sebab aku careless tahap gaban hitam yg ditewaskan musuh kerana terlalu asyik makan biskut kering. Ada ka patut jd camtu?? Conform x patut. Haiyo, patut la rasa macam ada masa baki banyak lg. Aku ingtkan aku jwb ngn terlalu pantas hinggakan Usain Bolt x terkejar. Rupa2nya dia dah tinggal aku se'round'. Ada lg 3 soalan aku x jawab. Tiba2 lecturer kata, "K, ada lg 5 minit." Ha, 5 minit? Bkn 15 minit ka? Hantu btoi. Mana sempat jawab. Masa totally running out dah ni! Arghhh!! Kusut! Kusut! Dah r MyKad hilang x tau p mana, jwb exam jd cmni plak. Serabai!! huhuwaaa~~

Astaghfirullah, kenapa aku jd cmni? Mcm x redha dgn apa yg berlaku ja.
Diriku, sedarlah! Banyak dosa yang dah kau lakukan hingga kau diuji mcm ni.
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah. HambaMu ini penuh dengan dosa. Hatiku ini hitam!!
Namun aku bersyukur Ya Allah..
Aku bersyukur padaMu kerana Kau masih memandang hambaMu yang hina ini dgn kasih sygMu walaupun dah bnyk dosa yg aku lakukan. Ya Rahman, aku bersyukur padaMu kerana Kau masih mahu menguji keimanan ku yang senipis kulit bawang ini.

Alhamdulillah, syukur x terhingga Ya Allah kerana Kau masih menyedarkan aku akan dosa yang telah aku lakukan, masih menurunkan rezekiMu pada ku, masih meminjamkan nikmat yang aku sedang gunakan, masih mengurniakan hidayah dan taufiqMu. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah rasul dan kekasihMu...

Monday, May 17, 2010

Suka vs Cinta


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi air mata.
Setiap orang akan mengalami situasi ini dalam hidup mereka.

Ini hanyalah pendapat org sahaja. X tau r btol or x. Sbb dia punya isu ni cm best, so aku pun copy paste saja laa...hahaha..
Alamak, kantoi plop..hehe

Sahabat,
bercintalah kamu selagi cinta itu masih berlandaskan agama,
bercintalah kamu selagi cinta itu tidak mengatasi cintamu pada Maha Pencipta,
kerana tiada cinta sejati melainkan cinta-Nya.
Dialah pencinta setia...

sumber:
http://hey-rara.blogspot.com/2010/05/di-hadapan-orang-yang-kita-cinta-hati.html

Friday, May 14, 2010

.:Sedar Kembali:.

Semakin hari pandangan kita semakin kabur. Bkn sbb masalah jerebu, bkn sebab kabus pagi menebal smpai x hilang2 dan bkn juga sbb power spec naik. Tapi pandangan kita dikaburi oleh maksiat yg kita lakukan tiap2 hari. Pandangan kita kabur utk melihat sesuatu yg batil itu sbg batil. Ya la, bila nama ja maksiat, mesti la seronok kan. Mana da maksiat yg x syok. Klu x syok, conform la x da org nak buat kan. Itu realiti!!

Dlm kelas td, sorang classmate aku da buat teguran sket. Teguran yg amat berguna. Bkn dia tuju kat aku ja, tp utk peringatan smua ahli kelas. Bg aku cara dia tegur tu btol la, bil hikmah. Lembut and x menyakitkan hati. Aku rasa smua classmates aku yg len dpt trima apa yg dia sampaikan, even yg non-muslim skali (mudah2an).

Apa yg dia sentuh smuanya mmg kena pd time, masa, waktu dan tempatnya. Yg aku paling ingat, dia ada ckp psl pergaulan, aurat dan hubungan kita ngn Allah serta hubungan sesama manusia. Salute r bro!! Bahagia ku rasa ada member mcm lu..huhu
Alhamdulillah, ada gak org yg berani nyatakan the truth while others were lax.

Hadoih, pa yg serabut sngt ni. Aaaaa...Actually idea aku dah stuck nih, x mau nak kluaq. Sbb tu r crita pun ntah apa2. Sat pi sana, pastu pi sini, pastu pusing blek plak...haiyo.. Maybe sbb hari ni berlaku bnyk perkara di luar jangkaan aku kot. Something different than the days before.

Aku baru tersedar dari kekaburan yg sebelum ni dah dilitupi kabus hitam yg tebal buat sekian waktu. Bkn aku x realized psl nih tp mungkin sbb aku terleka melayan nafsu hinggakan aku buat2 x nampak apa yg sudah jelas lg bersuluh (dgn spotlight lg..). Tu la yg akan berlaku kalau kita tunduk dgn nafsu yg sememangnya sentiasa mendorong kita utk melakukan perkara mungkar, perkara yg Allah larang. X tunduk bnyk pun, sikit ja. Itu pun dah membuai diriku dgn mimpi indah sementara.

Alhamdulillah, aku kini sedar kembali!!! Terima kasih sahabat sekalian..
Ya Allah, semoga hidayah ini akan terus menetap dlm sanubari dan memberi sinaran yg berpanjangan...Amin..

Thursday, May 13, 2010

.:Cerita 'Anjing ngn Awek' tazkirah ka??:.

Aku merupakan seorang peminat facebook a.k.a fb. Pembetulan; bkn peminat tp pengguna. Jd sbg penggunanya, aku akan cuba utk memanfaatkan segala apa yg ada dlm fb tu utk aku cari ilmu..(jgn percaya ya..)hehe. Tp ada gak la sket2. X caya?? Tngk la fb aku..huhu..Haiyo, pa bnda la aku merapu nih...CUT!!!

Ok2, restart len. Point sebenaq yg aku nk gtau, aku da join group 'Berusrah Bersama" dlm fb nih [bkn yg ni yg aku nak gtau]. Agak aktif la group ni. Bkn agak, tp mmg aktif la. Tiap2 hari mesti ada ja tazkirah yg akan disend. Bkn 1 ja, kdg2 dlm sehari, dkt 5 tazkirah dia send. X terbaca aku..huhu.. So, aku akan baca bila da masa ja (hakikatnya bnyk masa, saja mls baca..)kui2. Pa nak jadi laa... Mmg mcm2 la aku dapat dari tazkirah2 tu smua.

And td, time x da bnda dah yg nak dibuat dlm fb, tergerak hatiku nak baca msg tazkirah tu. Banyak gila yg aku x baca lg. Naik penin tgk, x tau nk baca yg mana 1. Out of the blue, my eyes tertarik kat 1 tajuk msg tu, 'Anjing & Awek'[yg ni yg aku nak gtau sebenarnya..hehe]. Agak unik tajuknya di situ. Aku fikirkan kisah anjing dgn aweknya. Tp x kan la dlm tazkirah nak wt kisah cmtu plak kan. X logik la. Aku positive kan diri. Then, aku pun buka la msg tu dgn harapan, bkn kisah anjing dgn awek anjing tersebut. Fuhhh, hatiku tersentap!!! Aik, ada dialog anjing ngn lembu plak. Lg merapu. Dlm hatiku terdetik, "Ting tong apa la org yg send nih. Dah x da crita len ka? Send la kisah teladan ka, sirah ka..".

Tp xpa, aku berpegang pd pepatah Melayu, 'alang2 menyelup perkasam, biar....' (pandai2 la hampa sambung sniri. X kan tu pun x tau..hehe). Kemudian, aku pun baca la. Baca punya baca, aku terpaku sebentar. "Adakah ini kisah anjing & awek??" i whispered to myself. Ternyata apa yg aku pikiaq td, 99.85%, bundarkan jd 99.9% meleset. Mmg 1 tazkirah yg amat menggamit kalbuku. Menusuk jarum peniti (apakah??). huhu... Sbb tu aku nak post kat sini. Nak share ngn hampa. Ilmu kena la kongsi kan. X rugi pa pun klu share. Lagi untung ada la...

Bermula lah kisah nya, "Anjing & Awek"...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Pasal plak?

ANJING: Cmni, td aku lalu tepi dua orang manusia, laki dan pompuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki tu
terperanjat dan terus melompat lalu berkata, "Hoi anjing, pergi main jauh-jauh, najis!!!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Even aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa kes? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul gak pa yg ko ckp tu, anjing. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dasyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah ni, "Pandai macam LEMBU"...hehe


~~Tamat~~

Sedikit penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi
(khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Penjelasan tu bkn aku yg perjelaskan. Org yg send tu la. Ilmu aku x sampai tahap tu lg..huhu.. Utk peringatan bersama...=)
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dlm kerugian. Kecuali org2 yg beriman dan yg beramal soleh, dan mereka itu berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran"...;)

Wednesday, May 12, 2010

.:Boringku Terubat:.

Semalam time aku boring2 x tau nk wt apa, out of sudden terlintas kt fikiran aku nk cari teka-teki kt internet. Internet ja la paling senang, x kan nk p library plak kot. Pastu dgn spiritual yg tinggi, aku pun menaip 'teka-teki' kt space 'search' google.
Lps 2,3,4,5,6 saat, x keluaq pa2 g..loading plak tenet nih...huhu..2 minit pastu baru keluaq. fuhh, di punya list paham2 la kan, berderet-deret. Disebabakan aku masih bersemangat nak cari, aku klik kt 1 link, "Teka teki lawak |ISUHANGAT". Then, kluaq la dia punya teka-teki tu..

Hampeh gila, x menarik langsung teka-teki dia. Ada ka patut dia tanya; Dalam banyak2 binatang, binatan apa keluar haid. Conform la aku x tau. Pastu tengok jawapan, kura-kura. Aik, pa kaitan?? Agak terkecewa jugak la aku di situ. Terkesima sebentar. Dek kerana nak pujuk hati gua yg lembut ni, gua tengok ada list cerita lawak hangat kat bawah page tu. Tertarik gak la..tu pun sbb boring ja, klu x, kim slm laa..

Sedang gua membaca beberapa cerita, tiba2 perut gua pening, kepala gua senak menahan ketawa..(hiperbola sket ya..)..hahahahaha..boleh tahan la dia punya lawak..Nabil pun x reti wt lawak cmtu..sekali lg aku gelak sorang2. Mmg la sorang2, sbb aku sorang ja yg baca time tu..kui2..Nyaris aku guling2 kat lantai sbb lawak tu.

Kat sini aku share la salah satu cerita tu, kang korang tertanya2 plak pa benda yg lawak sangat kan...

Pensyarah Universiti dan guru di dalam keretapi,

Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5

Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..

dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata

Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..

Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.


cerita from: http://isuhangat.blogspot.com/search/label/lawak%20hangat

Tuesday, May 11, 2010

..Satu Permulaan..

Alhamdulillah, syukur padaNya...
Tidak ku sangka apa yg aku bayangkan sebelum ini sudah berada kat starting line. Dulu ada gk aku angan-angan nak create blog and nk post itu ini utk kepuasan diri. Tp ntah pasal apa ghasa mcm x dop idea plop (hambik hg, aku cmpuq abih dialek)..haha..tp skali lg x sngka, skrg dh betol2 jadi kenyataan...yeah!!hahaha..HOORAYY!!!

Hmmm, aku plan aku nak jadikan blog aku ni sbg tempat aku lontarkan segala apa yg ada dlm kepala aku yg 1 ni mcm org lain gak. Tempat 4 me to story about me yg x bpa suka mkn mee and segala apa yg aku lalui dlm kaler2 hidupku yg berkaler2 ni.

Ok, ckp pasai create blog, aku mmg selalu (tp x da la selalu sngt. tp boleh dikatakan slalu gk la) baca blog kawan-kawan aku yg lain. Blog diorang sume best2. Ada yg cita pasal diri sendiri, aktiviti diorang, ada gak yg suka nasihat, peringatan and so on la, dan smua yg diorang coretkan tu sngt unik dan cara diorang show their post wat aku rasa nak baca n terus baca. Tuntasnya, mmg aku suka baca r.. dari situ la gua rasa nak wt 1 utk diri gua sniri. At least ada gak tempat nak mencurahkan segala yg tersumbat dlm kepala ni. Nak tulis diari rasa mcm mat bunga plak, so klu taip rasa la macho sket kot...kui3..

Tapi ni smua hanyalah perancangan aku ja la, x tau la nak jadi ka x. Jgn la hampa xcited terlbey plak..haha..(rasa cm da fan plak..huhu)..tapi betol la kan, kita hanya merancang, selebihnya adalah urusan Allah. Dia lah penentu segala yg berlaku kat alam ni. Tak kira la alam bunian ka, alam manusia ka, alam jin ka, 2 alam ka (aik, da tajuk filem plak), semuanya dlm pengawasan-Nya. Apa yg penting kita sentiasa berusaha mencari redhaNya dlm hidup kita seharian..(cm lari topik la plak. aaah, kesah apa, ni blog aku, ska hati la..)hohoho..

Fuhhhh, rasa 1 semangat lain plak bila da blog sniri ni..idea bagai mencurah-curah ke ladang gandum...haha..namun begitu, kemampuan manusia terhad. Aku pun manusia gak. So, aku perlulah berehat, even aku dah 3 kali tido hari ni..hehe..bukan apa, untuk menjamin pagi yg berkualiti..(terjamin la sngt..)huhu..
wokey la, gud bye 'Hidupku Punya Kaler'..assalamualaikum..