Setiap orang akan lalui fasa-fasa tertentu dalam hidup. Ada masa kita akan gembira dan akan tiba masanya kita akan bersedih. Lumrah hidup. Tak mungkin akan terus ceria dan pastinya tak akan terus mengalir air mata. Ada masa kita akan kena marah, masa yang lain pulak kita akan tengok orang kena marah. Jadi, jangan ingat dalam menjalani hidup di dunia ni kita sentiasa di satu takok sahaja!
.................
Jam pukul 3.30 pagi. Aku golek-golek atas katil, tak mampu nak pejam mata. Kepala ni kusut, macam-macam masalah. Tiba-tiba Abu masuk bilik, dia ajak pi cari makan. Huh, pagi-pagi buta cari makan, perut apa ni. Tadi pun dah bantai nasi kandar Kapitan 2 pinggan. Hmm, mungkin dia labur banyak sangat tadi, lapar balik. Tak pa, aku teman.
Pusing-pusing Pulau Pinang cari kedai oblong tak jumpa, tutup dah mungkin. Nak tak nak, kena cari kedai burger 24 jam la. Motor yang dibonceng aku, ditunggang Abu menggelungsur laju ke perkarangan McD. Pagi-pagi buta pun orang ramai lagi. Patutlah kat Malaysia banyak restoran tak tidur malam.
Selesai di kaunter, kami duduk di meja tepi sekali. Baru nak suap Big Mac ke mulut, Abu mula bicara...
"Setiap hari ada saja ujian yang datang bertimpa-timpa. Ujian dan dugaan yang datang tu diterima oleh manusia dalam pelbagai cara, bersyukur, merungut, merengek dan banyak lagi lah. Ada orang bila sampai 'giliran' dia sakit, dia akan merungut. "Adus, sakit lagi. Susah nak hidup camni..". Tu yang extream punya rungutan. Ada pulak yang sikit-sikit ja macam sigh.
"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."
"Dalam kita tak sedar, ada hikmah Allah uji kita. Salah satunya, sakit sebagai penghapus dosa. Bersyurlah! Dosa berkilo-kilo kita buat, tanpa kita mintak Allah hadirkan sakit untuk padamkan dosa yang berkilo-kilo tu. Setiap sakit atau ujian yang Allah bagi adalah atas daya kita. Dia takkan uji melebihi kemampuan. Kalau kita rasa ujian tu berat, itu bukti kita kuat. Yakinlah dengan Allah!"
Fuhh, bicara Abu memang dalam. Plus, kali ni Abu cakap memang panjang lebar. Bila direnung, bagus juga ada bincang-bincang macam ni. Aku pun dah lama tak join kuliah Subuh, sunyi hati ni. Sekurang-kurangnya, terisi jugak.
Tiba-tiba orang meja sebelah bersuara. "Betul cakap saudara. Kita kena sedar, setiap ujian yang kita dapat tu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Kalau Dia tak uji....tiada Tuhan selainNya."
Erk, aku terpinga. Kat dalam McD semua dah tunduk, yang sedu sedan pun ada.
Azan Subuh berkumandang...