Tuesday, February 21, 2012

Jeritan Tak Kedengaran

Bismillah...

Baru sebentar tadi rakyat kolej kediaman Pinang selesai buat gotong-royong. Grand night gotong-royong gitu, kul 10 malam sampai dekat 11.30 malam. Komitmen memang tak leh nak sangkal, semua bersemangat murni bersihkan blok. Cuci tandas, tonyoh lantai sampai berkilat. Siap dapat pujian YDP lagi. So, buat gadis-gadis di luar sana, jangan pikir orang laki tak reti buat semua ni pulak ya.

Seusai selesai segalanya, member aku ajak keluar makan. Okay jugak, relax-relax lepas penat main air. Viva putih dihidupkan, meluncur laju menyusuri jalan raya yang lengang. Era.fm mengalun lagu menerusi speaker radio, meredakan sunyi malam. Semestinya yg tidur sedang diulit mimpi-mimpi indah.

Tiba di gerai, tanpa dirancang, ramai pula member-member lain turut serta. Meja digabung panjang macam nak buat jamuan tahunan. Sambil menikmati makan tengah malam (lagi ramai minum saja), banyak cerita dibuka. Biasalah, bila dah ramai ni ada saja cerita yg nak dikongsi. Setelah puas gelak ketawa, Abdullah (bukan nama sebenar) buka cerita pasal Syria. Isu Syria mula jadi topik bualan. macam-macam yg dikongsi dan bertukar pengetahuan. Aku yg tak tau apa hanya mampu diam...

Anak kecil dibunuh, wanita dirogol....untuk apa? Agar generasi akan datang pupus menentang. Pimpinan gila kuasa, sanggup gadai rakyat demi diri. Allahu rabbi! Apa khabar saudara-saudara di Syria? Apakah mereka menikmati kebahagian, ketenangan dan senyum tika ini.

Mesir kini sudah tenang walau masih ada yg belum selesai. Tapi Syria masih di situ. Khabar Syria sangat sedikit nak dibandingkan liputan ketika Mesir kucar-kacir. Akhbar tempatan tak sudah-sudah dengan politik, muka depan lagi. Maka hilanglah perhatian, hilanglah simpati kita kepada saudara di sana. Kita di sini sibuk kejar duit macam boleh bawak mati.  

Doakanlah semoga Syria pulih semula, dan Islam teguh di sana.

Video YouTube: Tentang SYRIA Bumi Kita






p/s: Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati segala nikmat yg dikurnia.

No comments: