Hari ini sudah masuk hari ke-22 kita melayari Ramadhan dan hari ke-17 para pelajar guru semester 6 berpraktikum. Alhamdulillah, praktikum kali ini Allah telah permudahkan segala urusan (dan harap berterusan hendaknya).
Semasa praktikum, kadang-kadang terasa berat sangat untuk menjalankan tanggungjawab, namun its end up with aku selesai juga laksanakannya. Sebagai contoh, rancangan pengajaran harian lah. Itu part paling penting dalam praktikum selain portfolio dan lain-lain. Itu hal praktikum.
.........
Ramadhan sudah melepasi dua fasa dan sekarang kita berada dalam fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Dan dalam fasa ini iaitu 10 malam terakhir, ada 1 malam yang sangat dicari-cari oleh semua Muslim. Malam tersebut ialah lailatul qadar. Malam yang padanya tersimpan 1001 kebaikan buat orang yang terpilih. Hanya yang terpilih.Sudah 22 kali aku bertemu Ramadhan, namun kelibat lailatul qadar belum sekali pun. Setiap tahun dipasang azam, namun setiap kali itulah kecundang. Aku terdetik, masakan nak dipilih kalau usaha hanya ala kadar. Terlebih utamakan yang tak pasti berbanding yang terang-terang dijanjikan ganjaran.
Teringat kata-kata ustaz semasa kelas PAFA dulu, "Kalaulah Allah bagi kita lihat pahala tu macam mana, pasti tak ada yang sanggup lepaskannya."
Dan pasti tak ada seorang pun dari kita yang ingin terlepas dari merebut ganjaran dalam bulan ini terutama dalam lailatul qadar. Ganjarannya lebih baik daripada beribadah selama 83 tahun 4 bulan.
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 3) |
Allah Maha Pengasih, sentiasa buka pintu kebaikan untuk hambaNya. Inilah saatnya kita tebus kembali segala peluang kebaikan yang telah kita abaikan.
"Ya Allah. sebagaimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan jua kami dengan Lailatul Qadar. Ya Allah, kurniakan kami peluang beribadah di dalamnya dan berkatilah kami."
Harap masih belum terlambat...