Showing posts with label Insaf. Show all posts
Showing posts with label Insaf. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Bagaimana kita?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini ialah pak cik yang bertugas sebagai tukang sapu di sekolah tempat aku berpraktikum sekarang. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tiada peluang untuk minum apa lagi makan, namun tidak pernah aku lihat riak letih atau penat dari wajahnya. Tidak pernah terdengar rungutan atau keluhan. Kerjanya tetap seperti biasa setiap hari.

Bagaimana kita?

Sunday, March 17, 2013

Hakikat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ar-Rahman, adalah asma Allah yang penuh dengan kecintaan dan cinta itu sifatnya memberi dan tidak pernah menerima. Oleh kerana itulah, Allah sentiasa memberi dan tidak pernah menuntut atas apa sekalipun daripada hambaNya.

Sejenak, cuba kita renung...dari mana datangnya cinta ini?
Cinta ialah suatu nikmat dalam bentuk emosi yang positif yang dikurniakan Allah kepada setiap hambaNya.

Kerana itulah, dalam diri setiap manusia sentiasa dahagakan cinta dan kasih sayang. Hatta, Nabi Adam dan Hawa juga bertemu semula di dunia kerana cinta. Cinta yang setia kerana Maha Esa.

Hakikatnya, cinta itu suci. Cinta akan membuatkan kita sentiasa rindu, taat dan sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Pencipta Sekalian Alam. Dengan tersebarnya cinta, membuatkan kita semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Namun, cinta itu jarang ditemui kini. Fitrah cinta yang sepatutnya seiringan dengan iman, telah dicemari manusia dengan nafsu. Cinta sekarang penuh dengan cinta syahwat. Cinta yang didasari nafsu hukumnya haram!

Cinta ini akan mengotorkan hati dan membuatkan manusia semakin menjauhi Ar-Rahman. Na'uzubillahiminzalik!

Kawallah nafsu. Jangan biarkan ia terus merajai hati!
Musuhilah syaitanirrajim. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata!


Sunday, February 10, 2013

Forum Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izinNya aku dapat menghadiri satu taman syurga pada malam ni yg dihadiri oleh para pendakwah hebat iaitu Ust Haslin Baharin. Ustaz Imran Ibrahim dan Ustaz Tarmizi. Setelah macam2 dilalui, akhirnya aku sampai dan duduk bersama-sama dengan ratusan atau mungkin ribuan muslimin muslimat yang lain di Masjid at-Taqwa.

Berikut adalah antara input yang aku sempat salin dari jutaan input yg diberi dlm forum bertajuk 'Cinta kpd Rasul: Realiti vs Fantasi'.

  • Cinta kpd Rasulullah tiada musimnya. Seharusnya berterusan tanpa ada jarak dan waktu.
  • Cinta kpd rasul telah wujud sejak dulu dan akan berterusan selamaya. Nabi Adam a.s pernah berdoa bg memohon keampunan Allah dgn nama 'Ahmad' yg dilihat baginda tertulis di syurga.
  • Masalah umat skrg. Cinta dan rindu kpd Rasulullah sering dilafazkan tapi angsung tidak dizahirkan dgn mengamalkan segalan apa yg disuruh baginda.
  • Berkat berselawat kpd nabi Muhammad mampu utk menyelamatkan kita dari sifat munafiq. (klu tak silap lebih dr 100 kali selawat)
  • Allah boleh bagi dunia pada sesiapa sahaja yg menginginkan, tapi Allah hanya bagi agama kpd hambanya yg dipilih sahaja.
  • Kuasa iqra' (membaca) lebih berkuasa dari mana2 kuasa di dunia (baca: mampu mengubah dunia)
  • Cinta kpd Rasulullah adalah cinta yg takkan sia-sia.

Jarang salin nota time kuliah, jadi cmni la. Asyik mendengar, bila balik apa pun tak ingat.
Disamping itu, Ust Haslin Baharin turut menyampaikan satu puisi dalam bahasa Urdu yg katanya dikarang oleh sahabatnya. Dan ini adalah terjemahan yg turut didendangkan

"Wahai kawan,
akan datang suatu hari 
yg tinggal hanya Allah,
Dia yg mencipta kita,
Dia yg memberi rezeki kpd kita."

Dan aku sempat salin satu hadis dr banyak2 hadis yg dipetik,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati jahilliah."
Dlm riwayat lain,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati munafiq."

Na'uzubillahiminzalik....

Akhirul kalam...betulkan saya jika salah. 

Wednesday, April 11, 2012

Lebih Baik Bunuh Diri

Bismillah...

Bangun pagi gosok gigi, pergi mandi, pergi sarapan di Taman Tun Sardi...ewah. Eh, Sardon lah! *punya la nak bagi sama rima akhir kan. Bahasa kebangsaan kena jaga. 

Berbalik kepada cerita. Semangat aku bangun untuk bersarapan. Biasalah, hari cuti. Hari ada kelas mana sempat nak sarapan2 ni. bangun pagi pun ngam2 nak bersiap2 saja. Jadi, aku gerak dengan 2 orang kawan dengan kancil...Perodua Kancil la tu. Sesampai di sana, cepat2 cari kedai yang menjadi favouritas aku iaitu kedai jual roti sandwich daging..*nama tak ingat..ditambah dengan teh tarik komtar. Perghhhh, wa cakap lu!

Aku menikmati sarapan dengan penuh rasa puas kerna tercapai hajatku. Haha. Sambil makan2, mata juga liar memerhati gelagat orang ramai yang pelbagai karenahnya. Dari anak kecil yang menangis mintak susu, minah saleh beli nasi lemak, anak2 muda berborak tawa dan hinggalah kepada si pengemis tua.


Sejenak terlintas difikiranku, kenapa begitu jadinya. Kita lebih rela memekakkan telinga dan membiarkan mereka memerhati kita dengan harapan.

Hakikat yang kita tahu; nikmat kesenangan yang kita peroleh bukan milik kita. Jadi, kenapa perlu kita berkelakuan sedemikian?!

Biar saat nikmat kita ditarik oleh Sang Pemilik, kita mampu mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan yang telah kita guna untuk manfaat bersama. Biar kepuasan berkongsi membatasi kepuasan untuk diri sendiri. Kerana yang itu akan berpanjangan kesannya...hingga syurga. InsyaAllah!

Kalau taknak nak kongsi, lebih baik bunuh diri saja. Sebab pentingkan diri sangat kan! Amboih, garang bebenor. Hahaha. Takdak kaitan plak tu...haha lagi.

Tuesday, February 21, 2012

Jeritan Tak Kedengaran

Bismillah...

Baru sebentar tadi rakyat kolej kediaman Pinang selesai buat gotong-royong. Grand night gotong-royong gitu, kul 10 malam sampai dekat 11.30 malam. Komitmen memang tak leh nak sangkal, semua bersemangat murni bersihkan blok. Cuci tandas, tonyoh lantai sampai berkilat. Siap dapat pujian YDP lagi. So, buat gadis-gadis di luar sana, jangan pikir orang laki tak reti buat semua ni pulak ya.

Seusai selesai segalanya, member aku ajak keluar makan. Okay jugak, relax-relax lepas penat main air. Viva putih dihidupkan, meluncur laju menyusuri jalan raya yang lengang. Era.fm mengalun lagu menerusi speaker radio, meredakan sunyi malam. Semestinya yg tidur sedang diulit mimpi-mimpi indah.

Tiba di gerai, tanpa dirancang, ramai pula member-member lain turut serta. Meja digabung panjang macam nak buat jamuan tahunan. Sambil menikmati makan tengah malam (lagi ramai minum saja), banyak cerita dibuka. Biasalah, bila dah ramai ni ada saja cerita yg nak dikongsi. Setelah puas gelak ketawa, Abdullah (bukan nama sebenar) buka cerita pasal Syria. Isu Syria mula jadi topik bualan. macam-macam yg dikongsi dan bertukar pengetahuan. Aku yg tak tau apa hanya mampu diam...

Anak kecil dibunuh, wanita dirogol....untuk apa? Agar generasi akan datang pupus menentang. Pimpinan gila kuasa, sanggup gadai rakyat demi diri. Allahu rabbi! Apa khabar saudara-saudara di Syria? Apakah mereka menikmati kebahagian, ketenangan dan senyum tika ini.

Mesir kini sudah tenang walau masih ada yg belum selesai. Tapi Syria masih di situ. Khabar Syria sangat sedikit nak dibandingkan liputan ketika Mesir kucar-kacir. Akhbar tempatan tak sudah-sudah dengan politik, muka depan lagi. Maka hilanglah perhatian, hilanglah simpati kita kepada saudara di sana. Kita di sini sibuk kejar duit macam boleh bawak mati.  

Doakanlah semoga Syria pulih semula, dan Islam teguh di sana.

Video YouTube: Tentang SYRIA Bumi Kita






p/s: Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati segala nikmat yg dikurnia.

Friday, February 10, 2012

Sollu ala Nabi

Bismillah...

Berlalu sudah Januari, kini Februari menjelma. Perginya Safar, Rabiulawal menjengah. Yg menghilang sentiasa diganti. Jika tidak, pastinya apa yg hilang itu adalah sesuatu yg sangat bermakna, berharga dan tak ternilai buat diri yg terasa akan kehilangan itu. 

SALAM MAULID AR-RASUL.


Saturday, July 30, 2011

Harapan Ramadhan

Bismillah...

Bait lagu dendangan Mambai bergema lagi, meruntun jiwa gelap hamba yang penuh dosa.

..................

Ya Allah,
jadikanlah Ramadhan kali ini suatu yang indah buatku.
Lapangkanlah hati ini untuk terus meningkatkan amalan
dan kuatkanlah hati ini untuk terus meninggalkan laranganMu.

Ya Allah,
jadikanlah Ramadhan kali ini penuh makna buatku.
aku tidak mahu jemu memuji dan memujaMu
aku ingin terus mencari redhaMu.

Ya Allah,
jadikanlah Lailatul Qadar sebagai malam teristimewa buatku.
aku ingin beribadah di dalamnya
kerana dia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan
malam yang sentiasa diburu.

Ya Allah,
ampunkanlah hambaMu.

.......................


Selamat berpuasa.
Selamat beribadah.
Selamat meningkatkan amalan.
Selamat memanfaatkan peluang yang terbentang.


p/s: Buat sahabat semua, maafku pohon atas segala khilaf selama ini.

Saturday, July 16, 2011

Kebangkitan Jailan

Bismillah...

Untuk memiliki sesuatu perlu sabar. Slow and steady. Step by step.
-Jailan (2011)-

...................

Sakit perut mengejutkan Jailan dari tidur yang lena dek ulikan mimpi sang bidadari kayangan. Penangan premium roast coffee yang Jailan belasah sampai 3 gelas di McD cukup memberi kesan. Sakit yang memulas membuat Jailan terkejar-kejar ke tandas. Kilang semakin tak sabar nak keluarkan produk!

Selesai... Segar bugar Jailan jadinya. Nak sambung tidur memang dah tak lalu. Masuk kali ni, dah 7 kali Jailan tawaf kaki lima aras biliknya. 24 kali ulang alik masuk keluar bilik. Tak tau nak buat apa!

Out of sudden, Zack Ballack merangkap rakan seguru tenis Jailan, menghantar pesanan ringkas. Jemputan untuk sama-sama menajamkan skill tertera di skrin X2. Serta merta Jailan sayu, keadaan raketnya menerawang di fikiran. Raket dah tak boleh dibaiki. Semangat Jailan pudar.
Sampai bila dia harus begini?! Mengenang kesilapan yang telah lalu adalah suatu yang sia-sia melainkan sebagai pengajaran.

Jailan cuba bangkit dari kekecewaan. Cuba menghadam kesilapan menjadi pengajaran yang tak mahu diulang lagi. Kata-kata semangat daripada kawannya, Casillas The Cats, dan perangsang daripada rakan-rakan yang lain ketika dia sedih akan keadaan raketnya, kembali menyemarakkan semangat Jailan!

Raket dipinjam, bola dipoket. Lalu, Jailan membonceng di belakang Zack Ballack dengan azam yang baru, memperbaiki segala skill yang patut dan keluar dari belenggu kesedihan. Letih akibat daripada meneran di tandas tadi masih terasa. Demi azam yang ingin dicapai, diabaikan keletihan itu!
.
.
.

Berjam-jam Jailan memukul dan membalas pukulan. Berjam-jam Jailan berlari dan membuat kejaran. Jailan semakin mampu membaca dan mengikut rentak lantunan bola. Pukulan semakin tenang, lembut, namun ada ketegasan.

Jailan menghayati setiap pukulan yang dibuat, setiap langkah yang diambil. Bait pesanan dari Casillas The Cats digenggam!

"Permulaan untuk menjadi seorang JAGUH tidak semudah yang disangka....hahahaha"
- July 10 at 12:14pm via Facebook




p/s: Langit tak akan selamanya mendung. Namun, jangan dilupa mendung mungkin kembali. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.


Monday, June 20, 2011

Mentari Pagi

Bismillah...

Sementelah kaki aku menjejak eskalator di jeti feri, gagak-gagak riang berkicauan. Ternyata kerinduan mereka terubat dek kepulangan aku ke sini. Perjalanan menuju ke pulau sedikit sebanyak membuka pintu keriangan di hati. Biasalah baru habis cuti.

Gelagat manusia memang macam-macam. Ada yg mampu buat aku tersenyum, tak kurang jugak yg macam menyampah sikit. Dress up macam ngada-ngada pun ada. Mungkin ada yg kata sedap mata memandang. Tapi itulah manusia, macam-macam. Lain orang, lain cita rasa.

Angin kat atas feri lain dengan dekat rumah. Ya lah, atas feri angin laut, kat rumah angin sungai saja. Tu pun sungai kecik, suam-suam kuku. Cakap pasal rumah, teringat durian pulak. Makan tepi sungai waktu malam sambil bual-borak dengan keluarga, gelak guling-guling. Hmm...

....................

Semester baru bermula lagi, semester kedua ijazah. Walaupun dikira masih baru, apapun aku budak degree (hidung kembang). Hoho. Episod baru ni semakin mencabar. Subjek dan pensyarah sekali sekala mendatangkan tekanan jugak. Nampaknya tak dapat nak relax santai la. Itulah, degree kan!

Biasalah, lumrah dan fitrah. Kalau semuanya mudah, tak ada la cabarannya. Kalau tak ada cabaran, mana nak datang kekuatan. Tak ada warna warni. Hidup kan penuh dengan pengajaran dan pembelajaran. Yg elok ambik, yg buruk letak dalam tong!

Manusia kadang-kadang tamak, semua nak bolot. Tapi tu lah kan, manusia...walau pun begitu, tetap masih ada ruang yang boleh diubah agar manusia itu dapat berubah!!

Sunday, May 8, 2011

Tak Terbalas

Bismillah...

Hujan kembali reda, menampakkan jalan tanah merah yang berlopak dan basah. Hujan meninggalkan kedinginan. Dingin yang menusuk hingga sum-sum. Titis-titis yg masih berbaki terus turun melalui dedaunan dan atap-atap zink. Satu demi satu mencecah bumi.

Tika itu, sekujur tubuh memeluk diri di satu sudut, menahan sejuk. Baju yang dipakai carik, lusuh. Bibirnya terketar-ketar dan pucat. Tempat berteduh yang sekian lama dihuni itu sentiasa basah pabila hujan. Atap hanya pada nama, air tetap menembusi.

Kelibat seorang perempuan tua memasuki teratak kecil itu. Payung bertampal diletakkan di tepi. Di tangan ada bungkusan makanan, namun agak kotor berlumpur. Bajunya juga berlumpur. Ya, perempuan itu terjatuh seketika perjalanan pulang.

Bungkusan makanan dihulurkan kepada si anak yg tersandar. Si anak membuka bungkusan lalu menikmati apa di depan mata. Menitis air mata ibu melihat si anak tadi. Gembira dan duka bergaul rasa. Gembira beroleh rezki buat si anak, duka dek keadaan mereka yang sangat daif. Tak mampu menyediakan tempat yang sempurna setelah pemergian si ayah.

"Ibu dah makan?" suara si anak nada bertanya. Ibu hanya tersenyum sambil mengangguk. Namun, hanya dia dan Sang Pencipta yang tahu betapa perit perut diikat demi senyuman si anak.

............


Naluri seorang ibu, rela mencabar kudrat demi si anak. Sayang yang dicurah, pengorbanan yang ditabur, iman yang dibaja, tak mungkin terbalas.

Kasih ibu hingga ke syurga.



SELAMAT HARI IBU.






Saturday, April 23, 2011

Kesedaran Batiniah

Bismillah...

Setiap orang akan lalui fasa-fasa tertentu dalam hidup. Ada masa kita akan gembira dan akan tiba masanya kita akan bersedih. Lumrah hidup. Tak mungkin akan terus ceria dan pastinya tak akan terus mengalir air mata. Ada masa kita akan kena marah, masa yang lain pulak kita akan tengok orang kena marah. Jadi, jangan ingat dalam menjalani hidup di dunia ni kita sentiasa di satu takok sahaja!
.................

Jam pukul 3.30 pagi. Aku golek-golek atas katil, tak mampu nak pejam mata. Kepala ni kusut, macam-macam masalah. Tiba-tiba Abu masuk bilik, dia ajak pi cari makan. Huh, pagi-pagi buta cari makan, perut apa ni. Tadi pun dah bantai nasi kandar Kapitan 2 pinggan. Hmm, mungkin dia labur banyak sangat tadi, lapar balik. Tak pa, aku teman.

Pusing-pusing Pulau Pinang cari kedai oblong tak jumpa, tutup dah mungkin. Nak tak nak, kena cari kedai burger 24 jam la. Motor yang dibonceng aku, ditunggang Abu menggelungsur laju ke perkarangan McD. Pagi-pagi buta pun orang ramai lagi. Patutlah kat Malaysia banyak restoran tak tidur malam.

Selesai di kaunter, kami duduk di meja tepi sekali. Baru nak suap Big Mac ke mulut, Abu mula bicara...

"Setiap hari ada saja ujian yang datang bertimpa-timpa. Ujian dan dugaan yang datang tu diterima oleh manusia dalam pelbagai cara, bersyukur, merungut, merengek dan banyak lagi lah. Ada orang bila sampai 'giliran' dia sakit, dia akan merungut. "Adus, sakit lagi. Susah nak hidup camni..". Tu yang extream punya rungutan. Ada pulak yang sikit-sikit ja macam sigh.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

"Dalam kita tak sedar, ada hikmah Allah uji kita. Salah satunya, sakit sebagai penghapus dosa. Bersyurlah! Dosa berkilo-kilo kita buat, tanpa kita mintak Allah hadirkan sakit untuk padamkan dosa yang berkilo-kilo tu. Setiap sakit atau ujian yang Allah bagi adalah atas daya kita. Dia takkan uji melebihi kemampuan. Kalau kita rasa ujian tu berat, itu bukti kita kuat. Yakinlah dengan Allah!"

Fuhh, bicara Abu memang dalam. Plus, kali ni Abu cakap memang panjang lebar. Bila direnung, bagus juga ada bincang-bincang macam ni. Aku pun dah lama tak join kuliah Subuh, sunyi hati ni. Sekurang-kurangnya, terisi jugak.

Tiba-tiba orang meja sebelah bersuara. "Betul cakap saudara. Kita kena sedar, setiap ujian yang kita dapat tu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Kalau Dia tak uji....tiada Tuhan selainNya."

Erk, aku terpinga. Kat dalam McD semua dah tunduk, yang sedu sedan pun ada.

Azan Subuh berkumandang...


Tuesday, April 19, 2011

Fikir Aras Tinggi

Bismillah...

Sebenarnya susah nak diungkap perjalanan sehari-hari. Ada saja benda baru yang dipelajari. Kalau tak pun, revision dari apa yang berlaku. Maksud kat sini bukan pasal study akademik, tapi lebih kepada sifat dan tingkah perilaku khalifah muka bumi. Banyak ragam. Banyak perangai.


"Diberi peluang untuk buka mata kepala dan mata hati melihat ciptaanNya luar dalam adalah suatu yang wajar disyukuri. Tak semua yang dapat, kau ada? Apapun, tidak pada semua keadaan menjadi pemerhatian, ada yang tak dapat ditafsir. Tak sampai tahap pikiran mungkin.

"Ramai orang, banyak pulak gayanya. Masing-masing ada unik tersendiri. Ketikanya, aku tak paham gaya pikiran yang lain. Lain orang, lain cara berfikir, lain cara mentafsir sesuatu.

"Walau kepelbagaian tu dalam pemikiran yang macam mana sekalipun, kita tetap ada landasan yang wajib diturut. Al-Quran dan sunnah patut dijadikan pencorak cara berfikir. Tak perlu dilampiaskan segala apa yang terbuku. Tapis dulu. Pertimbang. Kalau patut, silakan, hamburkan dengan cara yang lebih baik."

.............

Terkadang dahi berkerut. Kata-kata Abu aku cuba telan, hadam lumat-lumat. Bahasa yang diguna ada masa tinggi sangat. Tak larat nak panjat cari maksud. Tapi sedaya mungkin cuba dipahami.

Orang, pemikiran, hati, perasaan, nafsu, amarah, suka. Semua tu kalau tak disertakan dengan iman, habis punah!

~mungkin itu point Abu sebenarnya.

Saturday, March 19, 2011

Gadis Istimewa

Bismillah...

Petang mendung menyelubungi Kota Setar. Sinar matahari masih dilitupi awan-awanan yg berkumpul, menanti titisan tumpah ke bumi. Aku masih di KFC, meng'online'kan diri. Buat pertama kalinya memanaskan punggung kat KFC lama-lama.

Kat dalam, sejuk! Aku perhati suasana sekeliling. Sibuk dan sesak dgn manusia. Walaupun pernah disarankan utk sama-sama boikot KFC dan seangkatan dengannya atas sebab bersekongko dgn Yahudi, namun jelas itu hanya sementara. Orang Melayu memang hangat-hangat tahi saja. Bersungguh hanya pada mula, lepas seminggu dua, kembali sedia kala. Ehem!!

Aku tak keseorangan, bersama sorang kawan (semestinya laki2). Kami duduk di satu sudut, tak da plug pula utk charge laptop. Aku mara ke arah seorang pekerja dgn niat nak bertanya. Berdasarkan parasnya, kelihatan seperti seorang Cina. Berkulit putih pucat, mata agak sepet, paling penting make-up seperti wayang opera. Memang jelas. Comel!

"Cik, plug kosong ada katna?" Dia macam tak berfikir panjang, tak senyum, hanya tunjuk-tunjuk ke arah kaunter dan telinga dia. Huh, apa kes? Suruh tanya kat sana kot. Sombong betol! Takpa, aku cari sendiri. Lepas cari-cari siap tunduk-tunduk bawah meja lagi kat tengah orang ramai, jumpa la satu.

2 jam kemudian, aku baru perasan yg awek Chinese tadi dok cakap guna bahasa isyarat. Bisu rupanya. Mungkin ada masalah pendengaran sekali kot. Tu pasal time aku tanya dok tunjuk kat telinga dia ja. Walaupun dia camtu, tapi masih berusaha utk bekerja. Memang seorang hebat!

Jangan keluarkan apa-apa kenyataan selagi tak tau situasi sebenar. Selidik dulu. Sabar. Itu yg terbaik! Tak guna cakap banyak, tempias air liur tapi tak pasti fakta sendiri.



Sunday, February 27, 2011

Pertimbangan


Bismillah...

Petang Ahad yg permai. Bayu laut bertiupan sepoi-sepoi bahasa. Burung2 berkicauan riang ria, berterbangan di ruang angkasa tanpa perasaan risau. Tiada zon larangan terbang yg dicadangkan PBB utk Libya. Aman!

Di jalan raya, kereta lancar menyusuri jalan. Tiada hiruk pikuk kenderaan seperti biasa. Aku asyik menghayati keindahan panorama. Penuh warna!

Namun, hati masih tak tenteram. Ketenangan bagai direntap dek kejahilan lalu. Titik-titik hitam yg menodai sekeping hati belum disental sepenuhnya. Persoalan timbul. Kenapa aku tidak coba utk melangkah ke zaman renaissance diri, berubah kepada lebih baik?

Tidak! Aku pernah di situ, tapi aku terleka dgn ecstasy dunia. Kebahagiaan sementara membuatkan aku kembali ke singgahsana fana. Aku tak faham! Punya la susah aku berusaha menghindari, sekelip mata aku lupa kepada kepayahan tu. Kepayahan menafi kemahuan nafsu.

Ah, mudah sungguh aku menoda diri! Kat mana aku nak bersembunyi di Hari Pembalasan nanti bila diseru menghadap Maha Esa? Bersembunyi di dalam kubur, tak nak bangun setelah Israfil meniup sangkakala kedua? Jangan mimpi!

Aku tak menjaga amanah. Aku zalim! Aku zalim terhadap diri sendiri. Aku membuka peluang utk diri diseksa Munkar dan Nakir, seterusnya dihumban Malik yg tak ada belas kasihan ke dalam naar! Hakikat yg harus aku telan kalau tak ubah tabiat buruk. Na'uzubillah!

...................

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Masih membuka hati ini utk menerima hidayah. Dia kasihkan aku. Dia mahu aku berhijrah ke jalan bersuluh. Ditunjuk olehNya kebesaran ciptaan. Nikmat yg dipinjam masih terus dipinjamkan. Agar aku beriman...




Semakin jauh manusia dari Allah,
semakin hilang pertimbangan manusia itu.

Monday, February 21, 2011

Peperangan

Bismillah...

Teringat hasil pembacaan tentang Perang Badar. Di tengah padang pasir yg terik dalam bulan Ramadhan, kaum muslimin bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan Islam. Akhirnya, kemenangan milik mutlak muslimin dalam peperangan pertama mereka itu dengan hanya berbekalkan 313 bala tentera sahaja!

...............

Panas terik! Tekak mengilai meminta air. Lalu aku minum 2 3 teguk air mineral di dalam botol Dasani. Sengal sengal sendi dan tulang masih terasa. Semalaman rehat dan tidur belum cukup utk pulihkan letih berjuang, berperang kat padang hoki. Bermula pukul 2.30 petang ketika matahari sedang asyik melampiaskan haba hinggalah petang jam 6.50 semasa bulan mula nak mainkan peranan, syif malam.

Serang!!

Hanya 4 jam lebih di padang dan rehat diberi, itu pun dah tak terkata peritnya. Lenguh sini sana, mengah mengejar bola yg sebesar bola keriket cuma dan luka kecil akibat terjelepuk ke tanah. Baru sekecil halangan itu pun rungutan dari aku kedengaran. Jalan turun tangga ja, "Adeh, au au!". Sangat tak kuat!

Kalau begini kemampuan aku, sangat jauh utk dibandingkan dgn muslimin Madinah ketika perang Badar, 1430 tahun dulu. Sememangnya takkan tertanding pun! Sedangkan iman pun takat hujung kuku saja, itu pun turun naik, ada hati nak bandingkan diri dgn mereka tersebut. Tak sedar diri bebenor!

Ini benda serius kan. Umur dah dekat 20 tahun. Solat tunggang langgang, aurat tak terjaga, amalan lain apatah lagi. Cita-cita tinggi, nak jadi pemimpin keluarga berwibawa (keluarga ja?), nak bina baitul muslim (apa tah), tapi diri sendiri pulak tak terkontrol. Macam mana tu? Sabo je la. Eh, mana boleh sabo ja. Lawan diri, perang nafsu. Buat sesuatu kalau tak nak menyesal nanti!



p/s: Tune ayat tak betol, tetiba jadi ayat nada tinggi, hangin...uhuk2


Saturday, February 12, 2011

Tak De Buffering!

Bismillah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Akad nikah dilaksanakan dengan sekali lafaz saja. Tahniah Bro Syawal! Welcome to the family. Sebelum akad nikah, tok iman bg tazkirah dulu. Ni 1st time aku dengar tazkirah sebelum akad nikah. Selalunya, ada sesi soal siasat ja. Mantap betul tok iman nih! Sesungguhnya, segala apa yg disampaikan sangat bermakna buat bakal mempelai. Aku sendiri pun mendengar dgn khusyuk..ehem2.

Selesai saja Bro Syawal lafaz, "Aku terima nikahnya (nama sepupu aku) dgn mas kawen yg tersebut", hati aku yg kental bak roti canai dlm peti ais terus lebur. Sebak. Terharu sih, sepupu yg dulu jadi teman main sembunyi2 kini bergelar isteri orang. Rasa seperti baru semalam kakak nyanyi lagu Ziana Zain kat belakang rumah wan...hehe. Tumpang bahagia. Harap both of you mewarnai kehidupan rumahtangga dengan sinaran nur iman. Ingat pesan tok imam, penuhi nafkah batin (ilmu agama), insyaAllah bahagia dgn redhaNya.


..............

Semalam time naik bas, aku berdiri kat tangga bas sambil memberi lambaian kpd penghantar. Tetiba, ada sorang gadis berbangsa Cina meluru ke arah aku sambil tunjuk2 tiket, "Bang, boley tunggu sebentar tak..." Dengan pantas aku jawab, "Maaf, saya bukanlah sorang pemandu bas!"
Huh, aku memiliki lagak pemandu bas? (Bakat terpendam!).




p/s: Kepulangan aku memang dinanti. Berita gembira telah aku terima. Wimax berjaya dipasang dan ...... aku boleh surfing dengan bergaya! Tak de buffering, bro!!!!! hohoho (action kamen)

Wednesday, February 2, 2011

Pakcik Kasut


Bismillah...

Pagi2 membawa diri ke Alor Setar, kotaraya yg sarat pembangunan. Kasut aku lekang lagi di tapak. Baru beli (raya lepas), tak berkualiti gamaknya. Jadi, kenalah jumpa pakarnya. Skuter ku pandu laju menyusuri jalan yg masih lengang. Dari jauh mata liar mencari lokasi yg selalu pakcik2 kasut lepak. Masih banyak port yg belum dibuka, namun ada sebuah yg sudah mula operasi.

Aku parkir skuter di bahu jalan. Bimbang juga kalau2 ada abang MPKS lalu, free kena saman. Tapi hanya sebentar aku singgah, jadi tak kesah. Pakcik kasut sibuk mengemas peralatan. Aku beri salam, dengan pantas dijawabnya. Setelah dihulur selipar dan menyatakan hajat kemari, aku mengambil tempat utk duduk. Sambil menunggu, pakcik kasut memulakan bicara. Seperti yg dijangka, memang kebanyakan karyawan seperti beliau adalah peramah. Aku bersedia utk layan.

Aku ingat beliau nak mula dengan bertanya khabar atau datang dari mana atau masih menuntut ka. Tapi lain pula jadinya. Sidang bicara dimulakan dengan penaklukan Constantinople. Aku terkelu. Ni bukan bidang aku, camna nak respon. Aku cuba tukar topik dengan tanya kadar masa beliau memulakan kerjaya sbg pakcik kasut, namun tak dilayan. Jawab sepatah, pastu masuk balik dengan perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh yg meluaskan legasi sejak umur 20an.

Wah, pakcik ni nampak ja selekeh! Pakai t-shirt rock hitam dgn seluar jeans (tunggu tak koyak2 ja) tapi ilmu penuh didada. Aku tabik. Segan nak mengaku yg aku sedang menuntut utk ilmu perguruan. Sekali lagi terbukti, jangan nilai orang berdasarkan penampilan. Begitu jugalah yg dikehendaki agama. Biar apa, bagaimana, macam mana sekalipun setiap individu itu, harus dihormati.

Aku hanya tadah telinga dan 'ya' sahaja. Tak tau nak respon kerana kagum. Bangga ada pakcik kasut cam beliau!! Walau kerja di pandang hina, tapi anak sudah di menara gading. Katanya ada sorang anaknya sedang Asasi Law kat UiTM Merbok. (Bangga lagi).




*Risau keadaan kawan2 kat Mesir. Macam mana la depa kat sana. Huru sana, hara sini. Harap selamat.

Friday, January 28, 2011

Kuliyyah Maghrib

Bismillah...

Khamis malam Jumaat. Malam yg selalunya orang ramai2 akan baca Yassin kat surau Al-Falah. Tapi kali ni diisi dengan ceramah (sebenarnya lebih kepada kuliah maghrib) yg disampaikan oleh seorang ustaz yg sangat berpengalaman yg berasal dari Kedah (bangga aku!). Ustaz tu balik cuti dari Kaherah (bertugas kat sana) selama 28 hari. Kuliah yg beliau sampaikan sangat lah best. Bukan setakat dari aspek penyampaian yg mampu menggamit ramai pengunjung, malahan isi yg padat, lazat lagi berkhasiat untuk rohani. Tak dapat dinafikan skill yg beliau miliki dlm penyampaian sangat tinggi. Gaya bersahaja, pandai amik hati, pandai bergurau, selain tegas dlm penyampaian. Hampir 1 jam lebih beliau bg kuliah, langsung tak boring dan aku rasa macam tak nak bg dia berhenti kuliah (tak sangka aku megeluarkan statement tu).

Banyak gila ilmu yg aku peroleh. Tapi disebabkan aku tak mengamal seperti apa yg disarankan iaitu tak bawa buku nota + pen, langsung tak boleh catat apa yg ustaz cakap. Ni lah masalah kita, nak berjaya tapi usaha setakat kuku kaki. Macam mana tu?

Sedang mendengar kuliah, aku terkial-kial nak mengingat apa yg disampaikan. Cuba menjadi insan yg sentiasa ada usaha utk berubah. Jadi, sebelum aku terlupa sepenuhnya apa yg aku dapat, adalah lebih baik aku semat di sini, kan.

Dalam mengharungi hidup sbg insan, khalifah atas muka bumi ni, kita tak akan terlepas dari peperiksaan. Peperiksaan di sekolah, di sekolah memandu, di IPT, di rumah (soal siasat oleh mak ayah) dan sebagainya. Hinggakan sampai dlm kubur nanti pun akan ada peperiksaan. Jadi, peperiksaan atau cabaran itu sememangnya adalah lumrah bg kita. Tapi cabaran yg paling utama dan terpenting utk setiap muslim ada 4; JAHIL, SYAITAN, NAFSU, DUNIA. Dan setiap cabaran ini ada hubung kait atau perhubungan antara satu sama lain.

JAHIL a.k.a cetek ilmu pengetahuan (terutamanya ilmu agama). Musuh utama dlm diri manusia kerana dengan jahil inilah yg membuat kita jadi keliru. Yg sepatutnya dijadikan kawan, kita jadikannya lawan. Yg sepatutnya dijadikan lawan, kita jadikan tempat rujukan. Siapa yg harus jadi kawan dan lawan? Yg namanya kawan itu adalah orang yg membimbing, menasihat, menjadi contoh buat kita utk berbuat baik, menjurus ke arah perubahan yg positif. Manakala, lawan pula sebaliknya. Bila kita dah keliru, tak tau nak beza antara 2 tu, maka sebab itulah ada dalam kalangan kita dok ikut telunjuk SYAITAN. Buat apa yg dilarang, tinggal apa yg diperintah.

Bila syaitan dah ada dlm kapilari darah dan menguasai hati, maka dgn mudah NAFSU kita turut dikuasai. Macam yg kita tau, nafsu cenderung utk melakukan sesuatu yg di luar batas syariat. Bila nafsu dituruti, maka jadilah seperti apa yg telah berlaku dlm masyarakat sekarang. Anak bunuh bapak, bapak rogol anak, mak buang anak, anak buang mak.

Dengan nafsu jugak lah manusia terkejar-kejar DUNIA. Harta, perempuan, pangkat diburu bagai cacing tak cukup makan. Allah dah berfirman, andai dunia ni ada nilainya walau seperti sebelah sayap nyamuk sekali pun, Allah tak akan benarkan orang2 kafir menikmati nikmat yg ada kat dunia. Jadi, mengapa perlu diburu sedemikian rupa. Cukuplah sekadar utk beribadah kpdNya. Bukan lah menikmati kemewahan dunia itu salah, tapi kalau dah sampai mengabaikan tanggungjawab sbg hamba, itu dah tak berguna. Tak ada keberkatan!

....................

Serba sedikit ilmu yg aku dapat. Ada la jugak tokok tambah di situ. Tapi insyaAllah tak lari dari isi sebenar yg ustaz tu sampaikan (kalau ada gak, 10 jari disusun). Walaubagaimanapun, harap bermanfaat.

p/s: Dah jadi macam entry tazkirah plak.

Thursday, January 27, 2011

Taiko Math

Bismillah...

Terasa seperti lama sudah aku tak meng'update' entry. Mungkin sebab blog2 yg aku follow turut tak ter'update', lalu buat aku rasa macam tu. Majalah G3 yg aku beli awal bulan ni sudah berkali2 aku khatam. Andai majalah G3 tu mempunyai isi kandungan seiras buku Kurikulum Pendidikan Matematik, sudah pasti aku dapat mengenali taiko ilmuan matematik umpama Liebniez, Brailse Pascal, Omar Khayyam dan Bhaskara dengan lebih mendalam.

Bertaip tentang tokoh ilmuan matematik, terimbas dlm kotak fikiran terhadap pembentangan semasa di dalam kelas tutorial MTE3102. Tokoh2 dan sumbangan mereka. Contohnya, Isaac Newton dan Liebniez menjadi perintis kpd terciptanya calculus, Brailse Pascal memperkenalkan konsep probablity ketika menceburkan diri dlm perjudian, Al-Khawarizmi mencetus idea algebra sehingga digelar Bapa Algebra dan Omar Khayyam melahirkan teori garis selari (parallel line).

Kadang2 aku rasa penemuan mereka agak membebankan aku sebagai pelajar matematik. Dalam kalangan kawan2 aku sendiri juga sering timbul pelbagai persoalan yg berbaur tak puas hati kat mereka nih. 'Pasal la yg nyusahkan diri dok cari benda tu? Kalau tak cari teori tu mesti senang ja aku belajar sekarang. F**k betol la. Tak guna!!!' (ayat sengaja dihiperbolakan agar timbul unsur dramatik) adalah antara ayat yg biasa terluah, mungkin bukan dari hati.

Kenapa begitu sekali kita fikir? Positifkan diri. Cuba kita selami ke dasar yg dalam sket. Mungkin kita akan terfikir yg Allah sengaja memberi ilham kpd mereka nih agar umat manusia, hambaNya dapat memajukan diri, masyarakat dan manusia sejagat. Kalau Allah tak pinjamkan orang2 macam tu kat dunia, apa akan jadi pd kita sekarang. Gelap. Sekarang, tugas kita pula utk kembangkan kemajuan yg sedia ada ni. Allah mendidik manusia melalui manusia. Dengan memanfaatkan akal yg diberi menjadikan kita dalam kalangan orang yg berfikir.

......................

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim. Kenapa wajib? sebab Allah nak hambaNya memajukan diri, seterusnya memartabatkan Islam.

Wednesday, January 19, 2011

Pahit awal, Manis kemudian

Bismillah...

Terusik lagi dalam kamus limpa aku. Dalam kelancaran menyusuri sungai hidup, tetap terselit titik hitam kegagalan (kecewa). Itulah hidup. Bukanlah kegagalan yg besar, tapi cukup utk buat kalbu ini diusik. Terlalu banyak alasan yg aku bagi semata-mata nak elak dari buat kebajikan, sumbangan, ibadah...menderma. Derma darah. Tak patut aku tak join derma sebab nak gi main ja. Dah la main tak menjadi. (Hikmah tak mengutamakan yg lebih penting). Mengabaikan sesuatu yg dituntut melebihi yg sepatutnya.

Aku kagum ramai budak2 Chinese support kempen tu. Sampai ada yg meleleh2 darah keluar. Sesuatu yg harus dipuji.

Sedih2. Aku tak yakin dgn kemampuan diri. Tak tau apa yg diri nak sebenarnya. Aspek yg sepatutnya dikikis, dicungkil dan diletak dalam tong sampah. Kenapa la susah sangat nak buat baik? Hmm, mungkin sbb syurga tu indah kan. Perlu lawan nafsu, itu satu jihad! (motivasi). Ya lah, selalu dengarkan, 'kenapa perjuangan itu pahit? sebab syurga itu manis.'

Bayangkan kalau tetiba sampai ajal ketika menderma. Subhanallah! Mati dalam keadaan sedang berjihad. Mulia di sisi Allah. Kenapa la tak terfikir sebelum ni. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak guna menyesal. Terlepas peluang berjihad. Harap masih ada peluang, mungkin dengan cara yg berbeza...insyaAllah..