Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Daki

Bismillahirrahmanirrahim...


hidup macam mendaki
jalan nak ke atas
memang sakit memang perit
bila dah kat atas
rasa seronok rasa puas
mula lupa lelah tadi
bila turun ke bawah
perit daki dah tak ingat
tahu-tahu dah kat bawah

mendaki tu gambarkan hidup
jalan nak daki jaya
memang sakit memang perit
bila dah kecap
rasa seronok rasa puas
dalam sekelip mata
jaya yang dikecap jadi abu
kalau tak ingat tak genggam
sakit perit mendaki


Friday, January 24, 2014

Manisnya Kenangan Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh! Jauh perjalanan luas pemandangan! Nikmat mata, nikmat hati kurniaan Tuhan dijamu dan diisi. Bahkan jika bijak, nikmat iman juga akan dirasai. 

Sungguh! Takkan sia-sia segala ciptaan Allah (yang amat luas dan tak terkira) bagi hamba-Nya yang menghayati setiap detik dan ketika yang dipinjamkan.

Sungguh! Perjalanan yang jauh akan mencipta, mengerat dan mengutuh silaturrahim insan. Maka terserlah lah jiwa sebenar hamba. 

Sungguh! Pengalaman (indah, duka, manis, cuka?) akan memutik kenangan, membuah pengajaran. 

Semua hanya buat sang hamba yang buka mata, buka dada, buka minda. Terima segalanya, seadanya.

Family Trip Langkawi

Trip to The South

(Orang buat collage aku pun nak jugak.)

p/s: Looking forward to the grand final class trip. (yet don't know when)

Saturday, February 2, 2013

Nak Mula Balik

Bismillah...

Setelah sekian lama aku pause dari blogging, malam ni aku amik inisiatif nak start balik. tapi tak tau la start tu maksudnya start terus atau akan pause balik. Haha.

Sebenarnya aku telah atau dalam BI-nya, I was inspired to post this entry lepas tengok satu blog ni yang sangat canti dan penuh warna warni walaupun background dia hitam legam. Tapi seriously, sangat inspired! Penuh gambar dan tak nampak plastik. Tau kan plastik di sini maksudnya apa. Jadi, oleh kerna itulah aku telah buka balik blog yang dah berapa kurun tak update ni.
Kalau tak mula sekarang, bila lagi ye dok?!

Sebab blog tu juga, tadi pun aku ada selongkar gambar2 dalam hard disk sebab nak upload kat sini lah. Rasa tak meriah kalau tak ada gambar. Aku pilih gambar ni sebab aku rasa gambar ni antara saat2 yang best dengan member.


Gambar ni ambik masa buat assingment untuk subjek EDU3106. Scene ni kat perkampungan nelayan. Tak ada la kampung sangat, tapi lebih macam tempat singgah nelayan parking bot dan punggah barang. Bila tak dapat idea lagi nak amik gambar, ini pun jadi lah.

Lagi satu, aku sangat teringin atau kata lain, rindu nak memanfaatkan waktu, menikmati masa dengan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Kalau tak jalan sekarang, bila lagi kan....bukan apa, kita dah tak banyak masa nak bersama....sob sob.

-end-.....teehee


Sunday, April 22, 2012

Kerata Lama Abah


Bismillah...

Malam yg dingin diiringi renyai2 hujan. Dua buah motosikal meluncur sederhana laju meredahi titisan rahmat demi beberapa suap nasi. Jelas terpancar sinar kelaparan pada wajah tiga jejaka di atas motor. Pada kelajuan 40km/j, mereka selamat sampai ke destinasi. Pesanan kpd abg waiter diberi. Sambil menanti hidangan disedia, tayangan cerita kung fu versi siam ala2 carte ditonton. Perut yg berkeroncong terlupa dek asyik tengok org kena sepak terajang, pastu pelanting tak mau2. Haih...

Tiba2 satu fon call masuk. "My mom is on the line!" getus hati. Tanpa berfikir 2, 3 atau 4 kali, aku terus jawab. Agak aneh, baru saja 2, 3 hari lepas bertemu mesra, dah call. Jarang2 sekali. Selalunya mau dekat seminggu.

..........................

Pernah dulu aku mintak abah ajar aku drive. Masa tu mmg macam desperate jugak lah suruh ajar sebab pada keesokannya aku kena pergi ke sekolah...sekolah memandu. Baru nak ambik lesen. Satu apa pun aku tak tau pasal drive ni kecuali nak tukar gear. Itu pun belajar time tgk org drive, berangan nak jadi driver Daytona. *banyak main game sangat la tu. 

Dalam keadaan yg separuh merayu tu, abah aku reply, "Bayaq mahai2 sebab nak suruh depa ajaq la." Lebih kurang macam tu la gayanya. Aku dengan harapan menggunung ni, pommm berkecai. Lepas dah dapat P, aku mintak nak guna kereta. Nak ke rumah kawan. My mom tak bagi, tapi atas keyakinan kpd anak lelakinya yg sulung mungkin, abah memberi green light. Amboi, time tu. Gembira tak tau nak habaq. Tapi tak sampai beberapa meter, skreeeettttt! Aku main gesel2 kereta kat tembok pagar jiran. Hahaha

Lepas kejadian tu reda, tak lama kemudian, abah aku terpaksa suruh aku hantar adik lelaki aku yg form3 (masa tu) balik asrama sebab awal tahun buka sekolah. Kira siap bawak duit yuran la nak bayar siap2. Sekolah dia dgn rumah aku boleh tahan jauh jugak, dlm 30-45minit. Nak ke sana aku guna jalan belakang, lengang sikit tapi lurus ja. Masa tu la nak test power, 100-110km/j aku drive, cukup laju bagi aku.

Tak jauh dari tu terserempak dgn sebijik kereta lain, ada lekat P jugak macam aku. Perempuan pulak yg drive tapi mcm pelesit. Tak boleh jadi, kelakian gue dah tercabar ni. Vroooom! Aku follow rapat belakang dia, cucuk2 angin. Dah lama sangat follow, aku jadi leka sekejap. Out of the blue, kereta tu brek kejut. Bangggg!!! Makan bumper belakang dia. Bumper dia jatuh, kereta aku (abah aku) kemek. Ikut law, memang confirm aku salah. Jadi, terpaksa la settle kat situ dengan bayar ganti rugi...guna duit yuran sekolah adik aku tu. Huhuhu

...................

Salam diberi, khabar disapa.....blablablabla. Rupa-rupanya my mom call sebab nak bgtau kereta yg menjadi bahan eksperimen aku ketika masih hijau (skrg light green...lol) dlm bidang pemanduan sudah dijual abah. Kereta tu dah lama dgn kami, berbelas tahun. Abah pun tak rela nak lepaskan, terlalu banyak kenangan yg terbuku bersamanya. Tapi apakan daya, banyak sgt buat perangai, Nak baiki pun belum tentu berbaloi, jadi jual adalah jalan terbaik.

Kadang2 kita perlu lepaskan sesuatu untuk sesuatu yg lebih baik, walaupun ia adalah sesuatu yg kita sayang. Jangan menyesal kerana Dia dah susun yg terbaik buat kita. Lepaskan tak bermakna kita lupakan, tapi membenarkan episod baru berlaku dlm hidup. Episod yg lebih indah dan akan membuatkan kita lebih menghargai nikmat hayat di dunia. InsyaAllah...

Indahnya nikmat Allah



Wednesday, April 11, 2012

Lebih Baik Bunuh Diri

Bismillah...

Bangun pagi gosok gigi, pergi mandi, pergi sarapan di Taman Tun Sardi...ewah. Eh, Sardon lah! *punya la nak bagi sama rima akhir kan. Bahasa kebangsaan kena jaga. 

Berbalik kepada cerita. Semangat aku bangun untuk bersarapan. Biasalah, hari cuti. Hari ada kelas mana sempat nak sarapan2 ni. bangun pagi pun ngam2 nak bersiap2 saja. Jadi, aku gerak dengan 2 orang kawan dengan kancil...Perodua Kancil la tu. Sesampai di sana, cepat2 cari kedai yang menjadi favouritas aku iaitu kedai jual roti sandwich daging..*nama tak ingat..ditambah dengan teh tarik komtar. Perghhhh, wa cakap lu!

Aku menikmati sarapan dengan penuh rasa puas kerna tercapai hajatku. Haha. Sambil makan2, mata juga liar memerhati gelagat orang ramai yang pelbagai karenahnya. Dari anak kecil yang menangis mintak susu, minah saleh beli nasi lemak, anak2 muda berborak tawa dan hinggalah kepada si pengemis tua.


Sejenak terlintas difikiranku, kenapa begitu jadinya. Kita lebih rela memekakkan telinga dan membiarkan mereka memerhati kita dengan harapan.

Hakikat yang kita tahu; nikmat kesenangan yang kita peroleh bukan milik kita. Jadi, kenapa perlu kita berkelakuan sedemikian?!

Biar saat nikmat kita ditarik oleh Sang Pemilik, kita mampu mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan yang telah kita guna untuk manfaat bersama. Biar kepuasan berkongsi membatasi kepuasan untuk diri sendiri. Kerana yang itu akan berpanjangan kesannya...hingga syurga. InsyaAllah!

Kalau taknak nak kongsi, lebih baik bunuh diri saja. Sebab pentingkan diri sangat kan! Amboih, garang bebenor. Hahaha. Takdak kaitan plak tu...haha lagi.

Wednesday, August 17, 2011

Hikmah Ramadhan

Bismillah...

Memang jadi kerja gila dalam bulan puasa ni. Bersukan di bawah terik mentari pukul 10 adalah suatu pencapaian yang memberangsangkan. Itulah jadinya kalau dah tekad, apa pun boleh jadi. Jangankan main tengah panas, nak bangun qiyam pun kalau dengan tekad, pasti tak ada masalah!

Pengalaman gila yang diabadikan dalam blog, maksudnya betul-betul berharga tu. Lagi berharga kalau pengalaman tu dihayati. Dihayati? Macam unik bunyinya, tapi nak buat macam mana itu saja perkataan yang terfikir sekarang. Menghayati sesuatu akan melahirkan syukur.

Time tengah main tadi, penat tu jangan cakaplah. Baju dah boleh perah. Tekak memang mintak air saja. Tiba-tiba tergetus di minda, bagaimana gamaknya muslimin di medan tempur Badar dulu. 313 lawan 1000. Subhanallah!

Sesampai di bilik memang asyik fikir nak tidur. Baru nak landing, tiba-tiba tak jadi. Diri ter'motivate' dengan pejuang Badar dulu.


"Puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas. Buktinya, perang Badar. Berjuang mencari redha Allah!"



p/s: Quote tercetus di sini.

Saturday, July 16, 2011

Kebangkitan Jailan

Bismillah...

Untuk memiliki sesuatu perlu sabar. Slow and steady. Step by step.
-Jailan (2011)-

...................

Sakit perut mengejutkan Jailan dari tidur yang lena dek ulikan mimpi sang bidadari kayangan. Penangan premium roast coffee yang Jailan belasah sampai 3 gelas di McD cukup memberi kesan. Sakit yang memulas membuat Jailan terkejar-kejar ke tandas. Kilang semakin tak sabar nak keluarkan produk!

Selesai... Segar bugar Jailan jadinya. Nak sambung tidur memang dah tak lalu. Masuk kali ni, dah 7 kali Jailan tawaf kaki lima aras biliknya. 24 kali ulang alik masuk keluar bilik. Tak tau nak buat apa!

Out of sudden, Zack Ballack merangkap rakan seguru tenis Jailan, menghantar pesanan ringkas. Jemputan untuk sama-sama menajamkan skill tertera di skrin X2. Serta merta Jailan sayu, keadaan raketnya menerawang di fikiran. Raket dah tak boleh dibaiki. Semangat Jailan pudar.
Sampai bila dia harus begini?! Mengenang kesilapan yang telah lalu adalah suatu yang sia-sia melainkan sebagai pengajaran.

Jailan cuba bangkit dari kekecewaan. Cuba menghadam kesilapan menjadi pengajaran yang tak mahu diulang lagi. Kata-kata semangat daripada kawannya, Casillas The Cats, dan perangsang daripada rakan-rakan yang lain ketika dia sedih akan keadaan raketnya, kembali menyemarakkan semangat Jailan!

Raket dipinjam, bola dipoket. Lalu, Jailan membonceng di belakang Zack Ballack dengan azam yang baru, memperbaiki segala skill yang patut dan keluar dari belenggu kesedihan. Letih akibat daripada meneran di tandas tadi masih terasa. Demi azam yang ingin dicapai, diabaikan keletihan itu!
.
.
.

Berjam-jam Jailan memukul dan membalas pukulan. Berjam-jam Jailan berlari dan membuat kejaran. Jailan semakin mampu membaca dan mengikut rentak lantunan bola. Pukulan semakin tenang, lembut, namun ada ketegasan.

Jailan menghayati setiap pukulan yang dibuat, setiap langkah yang diambil. Bait pesanan dari Casillas The Cats digenggam!

"Permulaan untuk menjadi seorang JAGUH tidak semudah yang disangka....hahahaha"
- July 10 at 12:14pm via Facebook




p/s: Langit tak akan selamanya mendung. Namun, jangan dilupa mendung mungkin kembali. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.


Sunday, July 10, 2011

Gembira Takkan Lama

Bismillah...

Gelas putih yang berisi jus oren dan grapefruit diminum sedikit. Walaupun ia manis, tapi kelat yang Jailan rasa. Jailan termenung di jendela kamar. Melihat langit biru, mendengar burung berkicau, cukup indah. Namun, pilu dan sayu yang Jailan ungkapkan...

......................

9 Julai 2011.

Hari ini hari gembira buat Jailan. Semenjak dirinya menjadi pelatih GERKO tenis di kolejnya, dah terbayang-bayang olehnya dia akan memiliki raket tenis. Idaman sejak dibangku sekolah bakal menjadi kenyataan! Peluang buatnya untuk terer dalam sukan tenis macam lagenda tenis, Rod Laver, semakin menampakkan cahaya.

Jailan bergerak ke Queensbay Mall bersama 2 lagi kawan, Big Boh dan Federer. Lancer yang dipandu Big Boh meluncur laju. Dalam diri Jailan memang dah tak keruan, lonjakan paradigma kegembiraan tak dapat nak ditangani lagi.

Kegembiraan mengatasi segalanya. Sesampainya di Queensbay, perut diisi. Jailan memang dah tak kesah bila Big Boh ajak ke restoran yang tak ada nasi tapi mahal, Dave's Deli. Federer yang memang wajib makan nasi hanya minum air sahaja. Jailan dan Big Boh makan tak ingat dunia.

Selesai... Dalam kepala Jailan kembali ligat memikirkan raket tenis. Satu demi satu kedai sukan diredahnya. Federer jadi tempat rujuk Jailan. Dia memang otai tenis kat kolej mereka. macam-macam jenis raket dah tengok, Wilson, Babolat, Dunlop, tapi yang Federer dok nampak RM400+. Memang tidak la kata Jailan. Dia cakap dia beginner, buat apa mahal-mahal lagi.

Dah berjam-jam survey, Federer pun dah naik boring. Jailan tak dak keputusan lagi. Budget Jailan dalam RM200 below saja. Tu pun kalau ada yang lagi murah tapi elok, memang dia nak sapu. (Demand bebenor, nak murah tapi elok. Jenuh cari!)

Dalam keserabutan itu, tetiba Jailan terserempak dengan Mr. Ong Tenis, sifu GERKO tenis Jailan. Beliau memberi cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang membina. Sinar kembali menyinar. Dengan segala cadangan, pandangan, tips dan motivasi yang diberi, Jailan dah aim satu raket. Wilson US Open Tennis Racket. Puas membelek, lalu dia membelinya..

Namun, kegembiraan Jailan tak lama...

10 Julai 2011.

Awal hari ni Jailan bangun. Semalam dia dah janji dengan Federer, nak rasmi raket barunya. Walau bagaimanapun, dalam benak Jailan seperti ada sesuatu yang tak best. Aahhh, mungkin itu hanya perasaan!

Jailan menggalas raketnya dengan penuh megah. Dia melangkah ke gelanggang bersama Federer. Jailan dapat rasa macam banyak mata memandang ke arahnya. Dia lebih bangga! Sedikit demi sedikit, Jailan dah tak macam dulu. Lagak jalannya dah lain.

Permainan bermula. Walaupun skill Jailan tak sehebat Federer, tapi dia rasa puas. Berlari ke sana ke mari, Jailan tak penat. Semangatnya lain. Federer hanya melayan karenah Jailan.
Set penentuan. Jailan dah berpeluh teruk. Federer masih tenang. Jailan cuba melakukan servis kencang. Bola dilambung, raket dihayun sekuat hati!

Out of the blue, tangan Jailan yang lincin tak dapat menggenggam erat raketnya. Wilson US Open Tennis Racket menghempap lantai gelanggang. Jailan terkaku diam. Raket pertamanya sudah berubah wajah, cacat, senget, bengkok!

Hanya mampu bertahan untuk 12 jam (mungkin kurang).


Retak.
Bengkok.







.......................

Sudah berjam lamanya Jailan di sisi jendela. Pandangannya masih kosong. Mungkin hanya satu yang dapat mewarnai kembali pandangan kosongnya itu. Raket baru!!



p/s: akaun bank Jailan dah makin tenat.

Sunday, July 3, 2011

Berat Nanang Gilew

Bismillah...

Masa berlalu dengan begitu pantas. Weekday yang bermula dengan hari Isnin tiba-tiba dah jadi Jumaat. Pantas kan?! Setiap hari berlalu tanpa aku sedar hingga kadang-kadang aku tak perasan apa yang aku dah buat hari-hari sebelumnya. Adakah itu masalah memory, atau memang aku tak sedar apa yang aku buat. Kes berat nanang ni!

Hidup dekat maktab semakin menarik dan mencabar. Dulu awal-awal masuk masa tahun 2009, terasa diri ini kerdil saja. Tapi bila dah 2011, junior pun dah bertambah, perasaan jiwa sebagai senior mendadak menerjah. Nak jalan mau angkat dada, kepala kasi dongak sikit, mata tengok hujung-hujung saja. Ego! Hahaha. Pergh, menipu! Sebenarnya, semua macam biasa saja. Tapi part perasan senior tu memamg ada la. Hoho..

.........................


Minggu belajar dah mula sejak 2 minggu lepas, 20/6/11. Feel dan mood belajar dah mula terasa. Itu pun sebab tengok member buat kerja (tapi aku tak buat jugak). Dah dapat feel dengan mood tu kira bagus la kan! Haha.. Bukan senang nak cari mood belajar lepas cuti tanpa gaji selama sebulan. Itu baru sebulan, yang budak universiti sampai 4 bulan cuti. Tak tau la mengkome lagu mana. Be prepared, der!

Dalam 2 minggu ni, ada beberapa perkara yang aku perasan berlaku pada diri aku. Perkara pertama dan memang selalu berlaku, nak bagi tumpuan dan membina semangat untuk belajar punya la susah. Ni nak update blog ni pun mau kena paksa diri. (Kalau lah aku mampu paksa diri untuk study camni kan bagus.)

Kedua, untuk semester ni aku rasa aku makin aktif dalam bersosial (positif). Alhamdulillah! Mungkin perubahan hormon kearah lebih matang kot. Ketiga dan yang tak leh blah; hormon nak berkasih sesama manusia makin ter'secrete'. Deymn, part ni memang menakutkan. Behave! Kawal!!!

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan cikgu kelas sebelah time sekolah dulu, 'Perasaan tak mampu dihalang tapi boleh dikawal.' Oyeahh, fighty!!



p/s: Sangat susah nak mulakan balik apa yang dah lama berhenti dilakukan. Contohnya, study. Berat nanang!

Saturday, April 23, 2011

Kesedaran Batiniah

Bismillah...

Setiap orang akan lalui fasa-fasa tertentu dalam hidup. Ada masa kita akan gembira dan akan tiba masanya kita akan bersedih. Lumrah hidup. Tak mungkin akan terus ceria dan pastinya tak akan terus mengalir air mata. Ada masa kita akan kena marah, masa yang lain pulak kita akan tengok orang kena marah. Jadi, jangan ingat dalam menjalani hidup di dunia ni kita sentiasa di satu takok sahaja!
.................

Jam pukul 3.30 pagi. Aku golek-golek atas katil, tak mampu nak pejam mata. Kepala ni kusut, macam-macam masalah. Tiba-tiba Abu masuk bilik, dia ajak pi cari makan. Huh, pagi-pagi buta cari makan, perut apa ni. Tadi pun dah bantai nasi kandar Kapitan 2 pinggan. Hmm, mungkin dia labur banyak sangat tadi, lapar balik. Tak pa, aku teman.

Pusing-pusing Pulau Pinang cari kedai oblong tak jumpa, tutup dah mungkin. Nak tak nak, kena cari kedai burger 24 jam la. Motor yang dibonceng aku, ditunggang Abu menggelungsur laju ke perkarangan McD. Pagi-pagi buta pun orang ramai lagi. Patutlah kat Malaysia banyak restoran tak tidur malam.

Selesai di kaunter, kami duduk di meja tepi sekali. Baru nak suap Big Mac ke mulut, Abu mula bicara...

"Setiap hari ada saja ujian yang datang bertimpa-timpa. Ujian dan dugaan yang datang tu diterima oleh manusia dalam pelbagai cara, bersyukur, merungut, merengek dan banyak lagi lah. Ada orang bila sampai 'giliran' dia sakit, dia akan merungut. "Adus, sakit lagi. Susah nak hidup camni..". Tu yang extream punya rungutan. Ada pulak yang sikit-sikit ja macam sigh.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

"Dalam kita tak sedar, ada hikmah Allah uji kita. Salah satunya, sakit sebagai penghapus dosa. Bersyurlah! Dosa berkilo-kilo kita buat, tanpa kita mintak Allah hadirkan sakit untuk padamkan dosa yang berkilo-kilo tu. Setiap sakit atau ujian yang Allah bagi adalah atas daya kita. Dia takkan uji melebihi kemampuan. Kalau kita rasa ujian tu berat, itu bukti kita kuat. Yakinlah dengan Allah!"

Fuhh, bicara Abu memang dalam. Plus, kali ni Abu cakap memang panjang lebar. Bila direnung, bagus juga ada bincang-bincang macam ni. Aku pun dah lama tak join kuliah Subuh, sunyi hati ni. Sekurang-kurangnya, terisi jugak.

Tiba-tiba orang meja sebelah bersuara. "Betul cakap saudara. Kita kena sedar, setiap ujian yang kita dapat tu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Kalau Dia tak uji....tiada Tuhan selainNya."

Erk, aku terpinga. Kat dalam McD semua dah tunduk, yang sedu sedan pun ada.

Azan Subuh berkumandang...


Tuesday, April 19, 2011

Fikir Aras Tinggi

Bismillah...

Sebenarnya susah nak diungkap perjalanan sehari-hari. Ada saja benda baru yang dipelajari. Kalau tak pun, revision dari apa yang berlaku. Maksud kat sini bukan pasal study akademik, tapi lebih kepada sifat dan tingkah perilaku khalifah muka bumi. Banyak ragam. Banyak perangai.


"Diberi peluang untuk buka mata kepala dan mata hati melihat ciptaanNya luar dalam adalah suatu yang wajar disyukuri. Tak semua yang dapat, kau ada? Apapun, tidak pada semua keadaan menjadi pemerhatian, ada yang tak dapat ditafsir. Tak sampai tahap pikiran mungkin.

"Ramai orang, banyak pulak gayanya. Masing-masing ada unik tersendiri. Ketikanya, aku tak paham gaya pikiran yang lain. Lain orang, lain cara berfikir, lain cara mentafsir sesuatu.

"Walau kepelbagaian tu dalam pemikiran yang macam mana sekalipun, kita tetap ada landasan yang wajib diturut. Al-Quran dan sunnah patut dijadikan pencorak cara berfikir. Tak perlu dilampiaskan segala apa yang terbuku. Tapis dulu. Pertimbang. Kalau patut, silakan, hamburkan dengan cara yang lebih baik."

.............

Terkadang dahi berkerut. Kata-kata Abu aku cuba telan, hadam lumat-lumat. Bahasa yang diguna ada masa tinggi sangat. Tak larat nak panjat cari maksud. Tapi sedaya mungkin cuba dipahami.

Orang, pemikiran, hati, perasaan, nafsu, amarah, suka. Semua tu kalau tak disertakan dengan iman, habis punah!

~mungkin itu point Abu sebenarnya.

Tuesday, March 29, 2011

Gelora

Bismillah...

Bertemankan lampu kalimantang hasil gubahan daripada ilham Thomas Edison, si tua yg tak reti putus asa, aku duduk di sisi meja baca. Tangan pegang buku, kepala ngadap laptop. Perasaan bergaul rasa. Aku keliru, mana satu perasaan yg benar-benar di sanubari. Gembira? Resah? Seronok? Risau? Dia Maha Mengetahui.

'One in a Million' berkumandang. Mata dipejam, penghayatan seratus peratus. Bukan ingin menilai sejauh mana tahap kebagusan nyanyian, tapi lirik cuba difahami.

Dalam sehari, banyak yg terjadi. Banyaknya membuatkan bibir terukir senyum, walau kat dalam tak tentu arah. Kawalan emosi perlu stabil, itu basic jadi cikgu. Kadang-kadang member cakap aku gila, senyum sorang-sorang. Haha. Lagi buat aku senyum.

Kepala makin kusut. Aku terkena, memang kena. Mula niat nak jadi member, sekarang lain pulak jadinya. Puhh, pi jauh-jauh!!

...........................

Kerja tak sudah-sudah! Memang ingat minggu depan relax abis, tapi tak sangka, sama saja. Kesabaran diuji, ketenangan dicari. Kumpul tenaga + semangat nak mula first step. Step pertama penting! Tak da step pertama, apa yg diimpi, rendah probability utk jadi reality.

Sunday, March 27, 2011

Jauh Perjalanan

Bismillah...

Kedengaran gagak bersiul bersahutan. Pejalan kaki bersesak-sesak menuju ke perut feri Pulau Undan. Semuanya dengan satu misi, cari tempat duduk yg strategik dgn pemandangan dan selesa semestinya. Bagi yg tak kesah, tak menjadi masalah duduk kat mana-mana. Yg tak sempat, terpaksa lah berdiri. Adat!

Aku berjaya menempatkan diri di kerusi paling kiri, 7 dari depan. Pemandangan cantik. Walau aku selalu melihat pemandangan macam tu kerana aku memang penumpang setia, tetap cantik! Angin laut meniup perlahan ke muka. Tenang sekali.

Aku menyeluk tangan ke dalam beg, buku karya Faisal Tehrani dikeluarkan. Sekarang si pengarang dah bergelar doktor pun, PhD. Aku selak ke halaman yg aku tangguh bacaan, menyambung dgn penuh minat.

Bacaan aku semakin menghampiri kulit belakang. Cerita terakhir dalam koleksi 15 Cerita Mencabar Minda memang betul-betul mencabar, nak kena fikir. Banyak nama-nama tokoh falsafah yg aku tak penah tau. Pengarang memang banyak membaca. Jadi betollah orang cakap, kalau nak mengarang sesuatu mesti banyak membaca, selidik, baru bahan yg nak dihasilkan ada isi dan unsur ilmiah.

Feri dah mendekapkan depan pada jeti. Sauh dilabuh, jejambat diturun. Orang menderu keluar dari feri, melangkah hala tuju masing-masing. Aku cepat-cepat cari limo aku berlabel 303. Fuh, jumpa! Lepas bersapa dgn driver yg lama tak jumpa, ramai pulak yg nak tumpang. Tak apa, aku izinkan. Lagipun limo aku kan besar, panjang. Tak sesak pun.

Dalam limo. Ramai bangsa asing. Maksud aku, memang betol-betol asing, Siam, Bangla, Indon. Pergh, macam-macam bunyi ada. Dah bagi tumpang bising pulak!

Sesampainya kat Flat Pinang, kaki melangkah laju ke rumah 303. (Eh, baru perasan sama ngn nombor limo). Pintu dikuak, tuala dicapai. Memang tak tahan. Aku lari laju-laju ke tandas. Fuh, lega! Masuk bilik, duduk atas kerusi. Ish, sepertinya ada yg tak kena. Hati memang tak sedap.

Dalam keadaan terpaksa (sebab tak sedap hati), aku switch on netbook yg comel. Online. Buka facebook, sunyi. Skype, lagi sunyi. Blog, cari idea nak update. Yahoo Mail, email tak banyak. Tiba-tiba, pop out YM. "Amacam eseimen, bro?" ~~~~ Gulp!

Aaa, eseimen!!!! BERTIMBUN!!

Saturday, March 19, 2011

Gadis Istimewa

Bismillah...

Petang mendung menyelubungi Kota Setar. Sinar matahari masih dilitupi awan-awanan yg berkumpul, menanti titisan tumpah ke bumi. Aku masih di KFC, meng'online'kan diri. Buat pertama kalinya memanaskan punggung kat KFC lama-lama.

Kat dalam, sejuk! Aku perhati suasana sekeliling. Sibuk dan sesak dgn manusia. Walaupun pernah disarankan utk sama-sama boikot KFC dan seangkatan dengannya atas sebab bersekongko dgn Yahudi, namun jelas itu hanya sementara. Orang Melayu memang hangat-hangat tahi saja. Bersungguh hanya pada mula, lepas seminggu dua, kembali sedia kala. Ehem!!

Aku tak keseorangan, bersama sorang kawan (semestinya laki2). Kami duduk di satu sudut, tak da plug pula utk charge laptop. Aku mara ke arah seorang pekerja dgn niat nak bertanya. Berdasarkan parasnya, kelihatan seperti seorang Cina. Berkulit putih pucat, mata agak sepet, paling penting make-up seperti wayang opera. Memang jelas. Comel!

"Cik, plug kosong ada katna?" Dia macam tak berfikir panjang, tak senyum, hanya tunjuk-tunjuk ke arah kaunter dan telinga dia. Huh, apa kes? Suruh tanya kat sana kot. Sombong betol! Takpa, aku cari sendiri. Lepas cari-cari siap tunduk-tunduk bawah meja lagi kat tengah orang ramai, jumpa la satu.

2 jam kemudian, aku baru perasan yg awek Chinese tadi dok cakap guna bahasa isyarat. Bisu rupanya. Mungkin ada masalah pendengaran sekali kot. Tu pasal time aku tanya dok tunjuk kat telinga dia ja. Walaupun dia camtu, tapi masih berusaha utk bekerja. Memang seorang hebat!

Jangan keluarkan apa-apa kenyataan selagi tak tau situasi sebenar. Selidik dulu. Sabar. Itu yg terbaik! Tak guna cakap banyak, tempias air liur tapi tak pasti fakta sendiri.



Monday, February 21, 2011

Peperangan

Bismillah...

Teringat hasil pembacaan tentang Perang Badar. Di tengah padang pasir yg terik dalam bulan Ramadhan, kaum muslimin bertungkus lumus mempertahankan kedaulatan Islam. Akhirnya, kemenangan milik mutlak muslimin dalam peperangan pertama mereka itu dengan hanya berbekalkan 313 bala tentera sahaja!

...............

Panas terik! Tekak mengilai meminta air. Lalu aku minum 2 3 teguk air mineral di dalam botol Dasani. Sengal sengal sendi dan tulang masih terasa. Semalaman rehat dan tidur belum cukup utk pulihkan letih berjuang, berperang kat padang hoki. Bermula pukul 2.30 petang ketika matahari sedang asyik melampiaskan haba hinggalah petang jam 6.50 semasa bulan mula nak mainkan peranan, syif malam.

Serang!!

Hanya 4 jam lebih di padang dan rehat diberi, itu pun dah tak terkata peritnya. Lenguh sini sana, mengah mengejar bola yg sebesar bola keriket cuma dan luka kecil akibat terjelepuk ke tanah. Baru sekecil halangan itu pun rungutan dari aku kedengaran. Jalan turun tangga ja, "Adeh, au au!". Sangat tak kuat!

Kalau begini kemampuan aku, sangat jauh utk dibandingkan dgn muslimin Madinah ketika perang Badar, 1430 tahun dulu. Sememangnya takkan tertanding pun! Sedangkan iman pun takat hujung kuku saja, itu pun turun naik, ada hati nak bandingkan diri dgn mereka tersebut. Tak sedar diri bebenor!

Ini benda serius kan. Umur dah dekat 20 tahun. Solat tunggang langgang, aurat tak terjaga, amalan lain apatah lagi. Cita-cita tinggi, nak jadi pemimpin keluarga berwibawa (keluarga ja?), nak bina baitul muslim (apa tah), tapi diri sendiri pulak tak terkontrol. Macam mana tu? Sabo je la. Eh, mana boleh sabo ja. Lawan diri, perang nafsu. Buat sesuatu kalau tak nak menyesal nanti!



p/s: Tune ayat tak betol, tetiba jadi ayat nada tinggi, hangin...uhuk2


Sunday, February 20, 2011

Posmotem


Bismillah...

Hidup ni perlu ada arah tuju. Perlu ada penetapan haluan. Dalam kata mudah, ada guideline utk diikuti. Bila ada, baru pengurusan lebih kemas. Hidup tak serabut. Dan paling penting, hati tenang.




Malam yg agak suram. Jam baru pukul 12, tapi suasana kat sini dah macam pukul 3 pagi. Sunyi. Mungkin ramai yg keletihan sebab bertungkus lumus berjuang main kat padang dan court siang tadi. Punya lah bosan sampai terlayan lagu dari filem Fanaa, Chanda Chamke. Gandingan Amir Khan, Kajol dan sorang budak kecik. Boleh tahan.

Hari ni hari sebagai pengelola bola jaring. Bola jaring! Alhamdulillah, selesai dgn jayanya. Semua bergembira. Ada juga saat cemas di kala matahari terpacak. Namun, alhamdulillah kembali pulih. Ada hikmahnya. Sebelum bekerja perlu bersarapan, tenaga perlu dikerah utk berjaya. Jadi, bila dah bersarapan, tenaga dapat dirembes dgn baik. Tambahan, malam sebelumnya perlu tidur lebih awal. Tenaga akan dijana dgn cemerlang. Tak ada masalah. Jaga kesihatan adalah ibadah. Bersyukur dgn nikmat yg dikurnia.

Selain itu, rehat. Rehat sangat perlu ketika diri penat, letih, tak larat. Sebab itu setiap perlawanan dalam sukan ada masa rehat. Seminit, 5 minit, setengah jam? Tak kesah. Janji ada rehat. Tenaga dapat dipulihkan bila rehat. Minum minuman oren Sunquick mahupun pilihan Tesco yg disediakan pihak penganjur adalah salah satu cara memulihkan tenaga. Tak usah banyak sampai perut buncit, sikit sudah memadai. Skill tak dapat dimanfaatkan kalau perut terlalu kedepan.

Kalau ada emergency, bertindak dgn pantas. Jangan berlengah, nanti jadi masalah. Hulurkan bantuan, ringankan beban.



p/s: Kalau nak kejayaan, pengorbanan itu penting. Sama juga dgn perubahan. Hijrah itu sunnah!



Saturday, February 12, 2011

Tak De Buffering!

Bismillah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Akad nikah dilaksanakan dengan sekali lafaz saja. Tahniah Bro Syawal! Welcome to the family. Sebelum akad nikah, tok iman bg tazkirah dulu. Ni 1st time aku dengar tazkirah sebelum akad nikah. Selalunya, ada sesi soal siasat ja. Mantap betul tok iman nih! Sesungguhnya, segala apa yg disampaikan sangat bermakna buat bakal mempelai. Aku sendiri pun mendengar dgn khusyuk..ehem2.

Selesai saja Bro Syawal lafaz, "Aku terima nikahnya (nama sepupu aku) dgn mas kawen yg tersebut", hati aku yg kental bak roti canai dlm peti ais terus lebur. Sebak. Terharu sih, sepupu yg dulu jadi teman main sembunyi2 kini bergelar isteri orang. Rasa seperti baru semalam kakak nyanyi lagu Ziana Zain kat belakang rumah wan...hehe. Tumpang bahagia. Harap both of you mewarnai kehidupan rumahtangga dengan sinaran nur iman. Ingat pesan tok imam, penuhi nafkah batin (ilmu agama), insyaAllah bahagia dgn redhaNya.


..............

Semalam time naik bas, aku berdiri kat tangga bas sambil memberi lambaian kpd penghantar. Tetiba, ada sorang gadis berbangsa Cina meluru ke arah aku sambil tunjuk2 tiket, "Bang, boley tunggu sebentar tak..." Dengan pantas aku jawab, "Maaf, saya bukanlah sorang pemandu bas!"
Huh, aku memiliki lagak pemandu bas? (Bakat terpendam!).




p/s: Kepulangan aku memang dinanti. Berita gembira telah aku terima. Wimax berjaya dipasang dan ...... aku boleh surfing dengan bergaya! Tak de buffering, bro!!!!! hohoho (action kamen)

Friday, February 11, 2011

Rantauan


























Bismillah...

Esok malam aku akan bertolak ke Ipoh seorang diri. Member cakap ada orang tawarkan diri utk temankan, tapi tak jadi plak, hmm. Ramai tanya, mimpi apa aku tetiba ke Ipoh ni. Sebenarnya utk hadiri akad nikah dan kenduri kawen sepupu aku. Anak sulung pak cik aku. Bila dah anak sulung, makan mesti besar kan. Tak kan nak lepaskan rezki, tak bagus!

Malam ni keadaan agak tak tenteram. Gelisah sebab malam esok kena naik bas sendirian 1 hal. Di tambah lagi, malam ni bunyi dentuman sana sini. Bunga api! Katanya utk perayaan Dewa Langit. Permulaan letupan ok, boleh adapt malah rasa syok pula. Tapi bila dah berlanjutan dekat 2-3 jam, sapa boleh tahan. Suasana dah macam kat Palestine sana. Bom sana, bom sini! Ini baru mercun dan bunga api, belum atom dan grenade lagi. Apa khabar lah saudara se-Islam di sana. Aman kah mereka macam kita?

Tadi aku ditemankan seorang member beli tiket. Baru jejak kaki masuk ke kawasan kaunter jual beli, 2 3 orang brader agen bas serbu. Serabut dibuatnya! Namun, segala seruan brader2 tadi aku tak layan sebab misi hanya satu, Sri Maju. Syarikat bas yg menjadi pilihan member kpd member yg temankan aku. Khabarnya murah, itu yg penting!

Tapi pilihan tersebut tak menjadi pilihan atas beberapa sebab. Era Mesra terpaksa dipilih. Memang tak pernah dengar namanya, namun bunyi seperti selesa. Harap begitulah.
Semoga perjalanan lancar.