Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Kontradiksi Baju

Bismillahirrahmanirrahim...

esok lusa kenduri kahwin kawan aku

baju itu masih pilihan aku
tapi ada yang tak setuju
katanya tiap gambar
tiap kenduri
baju tu jugak

tapi aku rasa baru dua kali pakai

aku pergi mencari baju baru
dari kedai ke mall
dari bundle ke butik
tak ketemu
baju yang kena dengan aku

kena dengan jiwa
kena dengan selera
kena dengan sederhana
kena dengan cara yang aku selesa

katanya aku cerewet, memilih
tapi bukan itu maksud aku

baju nak pakai lama
bukan sekali dua

katanya lagi
kalau nak tau aku cari bini macam mana
tengok masa aku nak pilih beli baju

tapi aku rasa tak macam tu
tapi mungkin jugak
untuk baju tertentu

Saturday, May 24, 2014

Daki

Bismillahirrahmanirrahim...


hidup macam mendaki
jalan nak ke atas
memang sakit memang perit
bila dah kat atas
rasa seronok rasa puas
mula lupa lelah tadi
bila turun ke bawah
perit daki dah tak ingat
tahu-tahu dah kat bawah

mendaki tu gambarkan hidup
jalan nak daki jaya
memang sakit memang perit
bila dah kecap
rasa seronok rasa puas
dalam sekelip mata
jaya yang dikecap jadi abu
kalau tak ingat tak genggam
sakit perit mendaki


Wednesday, May 14, 2014

Tok

Teringat dulu  
waktu kau masih di sisi
saat ku berduka
kau ukir senyummu
terus hilang pedih ku rasa.

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat aku rebah
kau hulurkan tangan
paut ku bangun semula

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat jiwa ku kosong
kau bisikkan kata
agar ku tidak lupa Pencipta.

Tapi itu cerita dulu
duka ku kini
rebah ku kini
kosong hati ku kini
tanpa kau lagi di sisi
tiada lagi kau menemani.

Sungguh 
ku rindu senyum mu
ku rindu paut mu
ku rindu bisik mu
yang membawa sinar segenap ruang hati

Tok
cucumu kirim doa
semoga damai tenang kau di sisi-Nya
semoga bertemu kita di sana.

al-Fatihah

Friday, January 24, 2014

Manisnya Kenangan Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh! Jauh perjalanan luas pemandangan! Nikmat mata, nikmat hati kurniaan Tuhan dijamu dan diisi. Bahkan jika bijak, nikmat iman juga akan dirasai. 

Sungguh! Takkan sia-sia segala ciptaan Allah (yang amat luas dan tak terkira) bagi hamba-Nya yang menghayati setiap detik dan ketika yang dipinjamkan.

Sungguh! Perjalanan yang jauh akan mencipta, mengerat dan mengutuh silaturrahim insan. Maka terserlah lah jiwa sebenar hamba. 

Sungguh! Pengalaman (indah, duka, manis, cuka?) akan memutik kenangan, membuah pengajaran. 

Semua hanya buat sang hamba yang buka mata, buka dada, buka minda. Terima segalanya, seadanya.

Family Trip Langkawi

Trip to The South

(Orang buat collage aku pun nak jugak.)

p/s: Looking forward to the grand final class trip. (yet don't know when)

Saturday, February 2, 2013

Nak Mula Balik

Bismillah...

Setelah sekian lama aku pause dari blogging, malam ni aku amik inisiatif nak start balik. tapi tak tau la start tu maksudnya start terus atau akan pause balik. Haha.

Sebenarnya aku telah atau dalam BI-nya, I was inspired to post this entry lepas tengok satu blog ni yang sangat canti dan penuh warna warni walaupun background dia hitam legam. Tapi seriously, sangat inspired! Penuh gambar dan tak nampak plastik. Tau kan plastik di sini maksudnya apa. Jadi, oleh kerna itulah aku telah buka balik blog yang dah berapa kurun tak update ni.
Kalau tak mula sekarang, bila lagi ye dok?!

Sebab blog tu juga, tadi pun aku ada selongkar gambar2 dalam hard disk sebab nak upload kat sini lah. Rasa tak meriah kalau tak ada gambar. Aku pilih gambar ni sebab aku rasa gambar ni antara saat2 yang best dengan member.


Gambar ni ambik masa buat assingment untuk subjek EDU3106. Scene ni kat perkampungan nelayan. Tak ada la kampung sangat, tapi lebih macam tempat singgah nelayan parking bot dan punggah barang. Bila tak dapat idea lagi nak amik gambar, ini pun jadi lah.

Lagi satu, aku sangat teringin atau kata lain, rindu nak memanfaatkan waktu, menikmati masa dengan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Kalau tak jalan sekarang, bila lagi kan....bukan apa, kita dah tak banyak masa nak bersama....sob sob.

-end-.....teehee


Sunday, April 22, 2012

Kerata Lama Abah


Bismillah...

Malam yg dingin diiringi renyai2 hujan. Dua buah motosikal meluncur sederhana laju meredahi titisan rahmat demi beberapa suap nasi. Jelas terpancar sinar kelaparan pada wajah tiga jejaka di atas motor. Pada kelajuan 40km/j, mereka selamat sampai ke destinasi. Pesanan kpd abg waiter diberi. Sambil menanti hidangan disedia, tayangan cerita kung fu versi siam ala2 carte ditonton. Perut yg berkeroncong terlupa dek asyik tengok org kena sepak terajang, pastu pelanting tak mau2. Haih...

Tiba2 satu fon call masuk. "My mom is on the line!" getus hati. Tanpa berfikir 2, 3 atau 4 kali, aku terus jawab. Agak aneh, baru saja 2, 3 hari lepas bertemu mesra, dah call. Jarang2 sekali. Selalunya mau dekat seminggu.

..........................

Pernah dulu aku mintak abah ajar aku drive. Masa tu mmg macam desperate jugak lah suruh ajar sebab pada keesokannya aku kena pergi ke sekolah...sekolah memandu. Baru nak ambik lesen. Satu apa pun aku tak tau pasal drive ni kecuali nak tukar gear. Itu pun belajar time tgk org drive, berangan nak jadi driver Daytona. *banyak main game sangat la tu. 

Dalam keadaan yg separuh merayu tu, abah aku reply, "Bayaq mahai2 sebab nak suruh depa ajaq la." Lebih kurang macam tu la gayanya. Aku dengan harapan menggunung ni, pommm berkecai. Lepas dah dapat P, aku mintak nak guna kereta. Nak ke rumah kawan. My mom tak bagi, tapi atas keyakinan kpd anak lelakinya yg sulung mungkin, abah memberi green light. Amboi, time tu. Gembira tak tau nak habaq. Tapi tak sampai beberapa meter, skreeeettttt! Aku main gesel2 kereta kat tembok pagar jiran. Hahaha

Lepas kejadian tu reda, tak lama kemudian, abah aku terpaksa suruh aku hantar adik lelaki aku yg form3 (masa tu) balik asrama sebab awal tahun buka sekolah. Kira siap bawak duit yuran la nak bayar siap2. Sekolah dia dgn rumah aku boleh tahan jauh jugak, dlm 30-45minit. Nak ke sana aku guna jalan belakang, lengang sikit tapi lurus ja. Masa tu la nak test power, 100-110km/j aku drive, cukup laju bagi aku.

Tak jauh dari tu terserempak dgn sebijik kereta lain, ada lekat P jugak macam aku. Perempuan pulak yg drive tapi mcm pelesit. Tak boleh jadi, kelakian gue dah tercabar ni. Vroooom! Aku follow rapat belakang dia, cucuk2 angin. Dah lama sangat follow, aku jadi leka sekejap. Out of the blue, kereta tu brek kejut. Bangggg!!! Makan bumper belakang dia. Bumper dia jatuh, kereta aku (abah aku) kemek. Ikut law, memang confirm aku salah. Jadi, terpaksa la settle kat situ dengan bayar ganti rugi...guna duit yuran sekolah adik aku tu. Huhuhu

...................

Salam diberi, khabar disapa.....blablablabla. Rupa-rupanya my mom call sebab nak bgtau kereta yg menjadi bahan eksperimen aku ketika masih hijau (skrg light green...lol) dlm bidang pemanduan sudah dijual abah. Kereta tu dah lama dgn kami, berbelas tahun. Abah pun tak rela nak lepaskan, terlalu banyak kenangan yg terbuku bersamanya. Tapi apakan daya, banyak sgt buat perangai, Nak baiki pun belum tentu berbaloi, jadi jual adalah jalan terbaik.

Kadang2 kita perlu lepaskan sesuatu untuk sesuatu yg lebih baik, walaupun ia adalah sesuatu yg kita sayang. Jangan menyesal kerana Dia dah susun yg terbaik buat kita. Lepaskan tak bermakna kita lupakan, tapi membenarkan episod baru berlaku dlm hidup. Episod yg lebih indah dan akan membuatkan kita lebih menghargai nikmat hayat di dunia. InsyaAllah...

Indahnya nikmat Allah



Wednesday, August 17, 2011

Hikmah Ramadhan

Bismillah...

Memang jadi kerja gila dalam bulan puasa ni. Bersukan di bawah terik mentari pukul 10 adalah suatu pencapaian yang memberangsangkan. Itulah jadinya kalau dah tekad, apa pun boleh jadi. Jangankan main tengah panas, nak bangun qiyam pun kalau dengan tekad, pasti tak ada masalah!

Pengalaman gila yang diabadikan dalam blog, maksudnya betul-betul berharga tu. Lagi berharga kalau pengalaman tu dihayati. Dihayati? Macam unik bunyinya, tapi nak buat macam mana itu saja perkataan yang terfikir sekarang. Menghayati sesuatu akan melahirkan syukur.

Time tengah main tadi, penat tu jangan cakaplah. Baju dah boleh perah. Tekak memang mintak air saja. Tiba-tiba tergetus di minda, bagaimana gamaknya muslimin di medan tempur Badar dulu. 313 lawan 1000. Subhanallah!

Sesampai di bilik memang asyik fikir nak tidur. Baru nak landing, tiba-tiba tak jadi. Diri ter'motivate' dengan pejuang Badar dulu.


"Puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas. Buktinya, perang Badar. Berjuang mencari redha Allah!"



p/s: Quote tercetus di sini.

Sunday, July 10, 2011

Gembira Takkan Lama

Bismillah...

Gelas putih yang berisi jus oren dan grapefruit diminum sedikit. Walaupun ia manis, tapi kelat yang Jailan rasa. Jailan termenung di jendela kamar. Melihat langit biru, mendengar burung berkicau, cukup indah. Namun, pilu dan sayu yang Jailan ungkapkan...

......................

9 Julai 2011.

Hari ini hari gembira buat Jailan. Semenjak dirinya menjadi pelatih GERKO tenis di kolejnya, dah terbayang-bayang olehnya dia akan memiliki raket tenis. Idaman sejak dibangku sekolah bakal menjadi kenyataan! Peluang buatnya untuk terer dalam sukan tenis macam lagenda tenis, Rod Laver, semakin menampakkan cahaya.

Jailan bergerak ke Queensbay Mall bersama 2 lagi kawan, Big Boh dan Federer. Lancer yang dipandu Big Boh meluncur laju. Dalam diri Jailan memang dah tak keruan, lonjakan paradigma kegembiraan tak dapat nak ditangani lagi.

Kegembiraan mengatasi segalanya. Sesampainya di Queensbay, perut diisi. Jailan memang dah tak kesah bila Big Boh ajak ke restoran yang tak ada nasi tapi mahal, Dave's Deli. Federer yang memang wajib makan nasi hanya minum air sahaja. Jailan dan Big Boh makan tak ingat dunia.

Selesai... Dalam kepala Jailan kembali ligat memikirkan raket tenis. Satu demi satu kedai sukan diredahnya. Federer jadi tempat rujuk Jailan. Dia memang otai tenis kat kolej mereka. macam-macam jenis raket dah tengok, Wilson, Babolat, Dunlop, tapi yang Federer dok nampak RM400+. Memang tidak la kata Jailan. Dia cakap dia beginner, buat apa mahal-mahal lagi.

Dah berjam-jam survey, Federer pun dah naik boring. Jailan tak dak keputusan lagi. Budget Jailan dalam RM200 below saja. Tu pun kalau ada yang lagi murah tapi elok, memang dia nak sapu. (Demand bebenor, nak murah tapi elok. Jenuh cari!)

Dalam keserabutan itu, tetiba Jailan terserempak dengan Mr. Ong Tenis, sifu GERKO tenis Jailan. Beliau memberi cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang membina. Sinar kembali menyinar. Dengan segala cadangan, pandangan, tips dan motivasi yang diberi, Jailan dah aim satu raket. Wilson US Open Tennis Racket. Puas membelek, lalu dia membelinya..

Namun, kegembiraan Jailan tak lama...

10 Julai 2011.

Awal hari ni Jailan bangun. Semalam dia dah janji dengan Federer, nak rasmi raket barunya. Walau bagaimanapun, dalam benak Jailan seperti ada sesuatu yang tak best. Aahhh, mungkin itu hanya perasaan!

Jailan menggalas raketnya dengan penuh megah. Dia melangkah ke gelanggang bersama Federer. Jailan dapat rasa macam banyak mata memandang ke arahnya. Dia lebih bangga! Sedikit demi sedikit, Jailan dah tak macam dulu. Lagak jalannya dah lain.

Permainan bermula. Walaupun skill Jailan tak sehebat Federer, tapi dia rasa puas. Berlari ke sana ke mari, Jailan tak penat. Semangatnya lain. Federer hanya melayan karenah Jailan.
Set penentuan. Jailan dah berpeluh teruk. Federer masih tenang. Jailan cuba melakukan servis kencang. Bola dilambung, raket dihayun sekuat hati!

Out of the blue, tangan Jailan yang lincin tak dapat menggenggam erat raketnya. Wilson US Open Tennis Racket menghempap lantai gelanggang. Jailan terkaku diam. Raket pertamanya sudah berubah wajah, cacat, senget, bengkok!

Hanya mampu bertahan untuk 12 jam (mungkin kurang).


Retak.
Bengkok.







.......................

Sudah berjam lamanya Jailan di sisi jendela. Pandangannya masih kosong. Mungkin hanya satu yang dapat mewarnai kembali pandangan kosongnya itu. Raket baru!!



p/s: akaun bank Jailan dah makin tenat.

Sunday, March 27, 2011

Jauh Perjalanan

Bismillah...

Kedengaran gagak bersiul bersahutan. Pejalan kaki bersesak-sesak menuju ke perut feri Pulau Undan. Semuanya dengan satu misi, cari tempat duduk yg strategik dgn pemandangan dan selesa semestinya. Bagi yg tak kesah, tak menjadi masalah duduk kat mana-mana. Yg tak sempat, terpaksa lah berdiri. Adat!

Aku berjaya menempatkan diri di kerusi paling kiri, 7 dari depan. Pemandangan cantik. Walau aku selalu melihat pemandangan macam tu kerana aku memang penumpang setia, tetap cantik! Angin laut meniup perlahan ke muka. Tenang sekali.

Aku menyeluk tangan ke dalam beg, buku karya Faisal Tehrani dikeluarkan. Sekarang si pengarang dah bergelar doktor pun, PhD. Aku selak ke halaman yg aku tangguh bacaan, menyambung dgn penuh minat.

Bacaan aku semakin menghampiri kulit belakang. Cerita terakhir dalam koleksi 15 Cerita Mencabar Minda memang betul-betul mencabar, nak kena fikir. Banyak nama-nama tokoh falsafah yg aku tak penah tau. Pengarang memang banyak membaca. Jadi betollah orang cakap, kalau nak mengarang sesuatu mesti banyak membaca, selidik, baru bahan yg nak dihasilkan ada isi dan unsur ilmiah.

Feri dah mendekapkan depan pada jeti. Sauh dilabuh, jejambat diturun. Orang menderu keluar dari feri, melangkah hala tuju masing-masing. Aku cepat-cepat cari limo aku berlabel 303. Fuh, jumpa! Lepas bersapa dgn driver yg lama tak jumpa, ramai pulak yg nak tumpang. Tak apa, aku izinkan. Lagipun limo aku kan besar, panjang. Tak sesak pun.

Dalam limo. Ramai bangsa asing. Maksud aku, memang betol-betol asing, Siam, Bangla, Indon. Pergh, macam-macam bunyi ada. Dah bagi tumpang bising pulak!

Sesampainya kat Flat Pinang, kaki melangkah laju ke rumah 303. (Eh, baru perasan sama ngn nombor limo). Pintu dikuak, tuala dicapai. Memang tak tahan. Aku lari laju-laju ke tandas. Fuh, lega! Masuk bilik, duduk atas kerusi. Ish, sepertinya ada yg tak kena. Hati memang tak sedap.

Dalam keadaan terpaksa (sebab tak sedap hati), aku switch on netbook yg comel. Online. Buka facebook, sunyi. Skype, lagi sunyi. Blog, cari idea nak update. Yahoo Mail, email tak banyak. Tiba-tiba, pop out YM. "Amacam eseimen, bro?" ~~~~ Gulp!

Aaa, eseimen!!!! BERTIMBUN!!

Saturday, February 12, 2011

Tak De Buffering!

Bismillah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Akad nikah dilaksanakan dengan sekali lafaz saja. Tahniah Bro Syawal! Welcome to the family. Sebelum akad nikah, tok iman bg tazkirah dulu. Ni 1st time aku dengar tazkirah sebelum akad nikah. Selalunya, ada sesi soal siasat ja. Mantap betul tok iman nih! Sesungguhnya, segala apa yg disampaikan sangat bermakna buat bakal mempelai. Aku sendiri pun mendengar dgn khusyuk..ehem2.

Selesai saja Bro Syawal lafaz, "Aku terima nikahnya (nama sepupu aku) dgn mas kawen yg tersebut", hati aku yg kental bak roti canai dlm peti ais terus lebur. Sebak. Terharu sih, sepupu yg dulu jadi teman main sembunyi2 kini bergelar isteri orang. Rasa seperti baru semalam kakak nyanyi lagu Ziana Zain kat belakang rumah wan...hehe. Tumpang bahagia. Harap both of you mewarnai kehidupan rumahtangga dengan sinaran nur iman. Ingat pesan tok imam, penuhi nafkah batin (ilmu agama), insyaAllah bahagia dgn redhaNya.


..............

Semalam time naik bas, aku berdiri kat tangga bas sambil memberi lambaian kpd penghantar. Tetiba, ada sorang gadis berbangsa Cina meluru ke arah aku sambil tunjuk2 tiket, "Bang, boley tunggu sebentar tak..." Dengan pantas aku jawab, "Maaf, saya bukanlah sorang pemandu bas!"
Huh, aku memiliki lagak pemandu bas? (Bakat terpendam!).




p/s: Kepulangan aku memang dinanti. Berita gembira telah aku terima. Wimax berjaya dipasang dan ...... aku boleh surfing dengan bergaya! Tak de buffering, bro!!!!! hohoho (action kamen)