Wednesday, June 30, 2010

..Vanila Senja..

Time aku dok boring2, x da menda nak buat (of cos la), aku tercari2 la lagu2 english yg best as i plan i wanna improve my english this sem coz i have to take MUET (eh, sebab muet ja??..). hahaha. Org ckp kalau nak improve english, dgr lagu mat salih banyak2. Ha, aku amik nasihat tu la nih.. Then, dalam proses mencari tu, aku download la some songs yg aku harap sedap ketika mendengar, enak ketika....wtv. Damn, mmg ada yg best pun. One of those songs is Vanilla Twilight by Owl City. Wow, bley bla gak. Lirik dia pun bleh tahan sweet. haha. Aku rasa ni lagu dlm cita Twilight kot, tp mna 1 x tau la coz aku x amik tau sgt.

K, jom layan...

Vanilla Twilight – Owl City

The stars lean down to kiss you,

And I lie awake I miss you,

Pour me a heavy dose of atmosphere.

Cause I'll doze off safe and soundly,

But I'll miss your arms around me

I'll send a postcard to you dear,

Cause I wish you were here.


I'll watch the night turn light blue,

But it's not the same without you,

Because it takes two to whisper quietly,

The silence isn't so bad,

Till I look at my hands and feel sad,

Cause the spaces between my fingers

Are right where yours fit perfectly.


I'll find repose in new ways,

Though I haven't slept in two days,

Cause cold nostalgia chills me to the bone.

But drenched in Vanilla twilight,

I'll sit on the front porch all night,

Waist deep in thought because when I think of you.

I don't feel so alone.

I don't feel so alone.

I don't feel so alone.


As many times as I blink

I'll think of you... tonight.

I'll think of you tonight.


When violet eyes get brighter,

And heavy wings grow lighter,

I'll taste the sky and feel alive again.

And I'll forget the world that I knew,

But I swear I won't forget you,

Oh if my voice could reach back through the past,

I'd whisper in your ear,

Oh darling I wish you were here.



p/s: lagu cari sendiri ya...hehe

Monday, June 28, 2010

..Ku Faham..

Belakangan ini (ayat format bm sket ya..), aku sudah tidak ketahuan hendak mengepost apa dalam blog ini. haha, hambar betoii... Dulu aku reti complain ja psl blog member x update2, sekarang baru gua paham. Perghh, bukan senang nak gain idea ni beb. Susah woo, klu mood x sampai, kompom nganga ja. Cmna para penulis menulis novel ek. Mana la depa korek idea yang bertimbun untuk mengindahkan bahasa, mempuitiskan language agar para pembaca tidak jemu menelaah hasil penulisan mereka. Fuhh, gua tabik lor!! Kat sini aku bukan la nak cita pa2, just nak gtau yg aku impress ngan para penulis nih. Depa dianugerahkan kepala yg mempunyai otak yg telah dijana utk menjadi kreatif. Sungguh beruntung bg mereka yg dapat kurnia cmni. Tambahan pula (ini penanda wacana), kalau depa guna nikmat yg dipinjamkan tu ke jalan yg benar, jalan yg diredhai. Fuhh, x dapat dibayangkan. depa bukan saja bley dapat keseronokan kat dunia nih, insyaAllah depa punya happiness tu continue sampai akhirat. Fulamak, gua x tau r nak describe cmna tahap ke'best'an tuhh. Lebih dari tahap gaban wooo.. Haiyo, x tau nak end post ni cmna plak...emmm..

Konklusinya (ini juga penanda wacana), gunalah nikmat yg dipinjamkan nih dengan sebaiknya. Janganlah anda merapu-rapu dan membuang-buang bakat anda tu merata-rata. Sesungguhnya, dengan pensia-siaan itu, anda akan bertemu dengan kerugian akhirnya. Oleh itu, saya seru kepada seluruh rakyat Malaysia, bangkitlah, bangkitlah, BANGKITLAH!!!! anda dari tidur sebab waktu azan sudah berkumandang...sekian..haha

Thursday, June 3, 2010

.:Peace for Palestine!!:.

Walaupun aku sedang sibuk dok packing barang nak balik rumah utk menikmati cuti sem, namun hatiku terdetik untuk berkongsi dengan kalian tentang isu yg sangat hangat diperbualkan hari ini. Undang-undang antarabangsa telah dicabul oleh Israel tanpa rasa takut dan ragu. Israel semakin berani melakukan jenayah! Israel semakin biadap! Kat sini aku nak share info yg aku dapat dari blog sahabat aku yg dok study kat Cairo, Mesir. Info pasal bantuan keamanan ke Gaza yg telah diserang oleh komando Israel laknatullah, ' Freedom Flotilla'.

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan"Lifeline4gaza" Pengepungan ini menyebabkan keadaan ummat Islam di Palestin semakin tertekan kerana kitaran makanan, ubat-ubatan, senjata, dll disekat. Kekejaman bertambah apabila Mesir bersekongkol untuk membina tembok yg tinggi lagi dalam.

2. Misi ini disertai lebih 50 buah negara dari pelbagai NGO seperti Free Gaza Movement di Cyprus, IHH dari Turki, MERC dan Kispa dari Indonesia, dan NGO-NGO dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella serta byk lagi. Setiap negara dibenarkan hantar beberapa orang wakil. Malaysia menghantar 12 orang wakil termasuk 2 orang wakil media dari Astro Awani. Kebanyakan negara menghantar ahli-ahli parlimen termasuk negara-negara dari Europe sebagai tanda sokongan.

3. Armada ini diketuai oleh sebuah kapal yg bernama "Mavi Marmara" direncanakan untuk berangkat dari Istanbul pada Mei, 15 2010. Terdiri daripada 20 kapal kargo yang sarat dengan kelengkapan pembinaan, generator, peralatan perubatan, bahan pendidikan dll yang beratnya dipercayai melebihi 10,000 tan. Mereka akan belayar melalui Laut Mediterranean.


4. Armada ini membawa misi keamanan dan jelas tidak membawa senjata. Anak kapal terdiri dari aktivis keamanan, ahli parlimen, journalist , ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun dan orang awam. Mereka bukan kader-kader tentera yang diutus untuk berperang. Lihat bagaimana kebodohan dan kekejaman Rejim Zionis terserlah apabila armada ini dikepung di perairan Gazzah, kurang 100 km dari tebing dan seterusnya , Israel menurukan komander mereka yg lengkap bersenjata dari helikopter ke atas kapal dan menembak anak-anak kapal sehingga menyebabkan beberapa orabg syahid dan ramai yang tercedera termasuk Syiekh Raed Salah (seorang aktivis keamanan Palestin yg sudah tua). Sungguh biadap !!

5.Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain :
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.


6. Setelah serangan tersebut, kedutaan rejim di Turki diserang teruk impak kemarahan penduduk Turki, tetapi polis berjaya meredakan keadaan. Penduduk dunia juga merancang untuk mengadakan demo besar-besaran tanda protes dengan tindakan Israel yang biadap. Hari ini 1 Jun 2010, Demo di seluruh dunia. Negara UE juga Washington DC. Mari kita kuatkan solidariti !


7. Sekarang,Israel berjaya merampas armada ini dan misi ini tergendala. Keadaan meraka belum dapat dipastikan kerana Israel memutuskan hubungan dengan media.Web rasmi IHH telah diserang (cyber-attack) dan masih belum dapat diakses, juga beberapa web lain yang berkaitan juga diganggu.


8. Tugas kita sekarang ialah menyebarkan maklumat dan terus berdoa moga-moga misi ini dapat diteruskan , bantuan dapat disalurkan terus kepada Hamas dan ahli armada selamat. Bagi yang mempunyai akaun Facebook dicadang untuk mengibarkan bendera Palestin padaprofile picture. Berikut saya senaraikan beberapa link untuk kita sentiasa update dengan isu ini :
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://palestinkini.info/
http://www.lifeline4gaza.org
http://twitter.com/freegazaorg

"Wahai kaumku ! masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh) nanti kamu akan menjadi orang yang rugi " (Maidah:21)

*p/s : kepada semua pembaca silakan "copy and paste" dan sebarkan maklumat ini semampu anda. Ini adalah tugas kita disamping berdoa.Wahai Palestina tercinta, kami bersamamu !!!

Tuesday, June 1, 2010

Diriku...

Diriku,
kau semakin jauh dari-Nya,
kau semakin leka dengan dunia,
tidakkah kau takut dan risau akan perkara itu?
dunia ini hanya sementara,
tiada yang akan kekal kecuali yang Maha Esa,
Dialah pemilik Hari Pembalasan.

Diriku,
sedarlah dunia ini hanya mainan semata-mata,
sekali kau dibuai tipu daya duniawi,
sedarlah dan kembalilah ke pangkal jalan,
Allah Maha Pengampun.
jangan kau sengaja mencari dosa,
jangan kau sengaja menempah neraka,
hidayah Allah hanya sekali,
jika kau abaikan, akan kau rugi selamanya.

Diriku,
kau impikan isteri solehah,
isteri yang boleh mengingatkanmu di kala kau jauh dari-Nya,
kau impikan zuriat yang beriman,
zuriat yang mampu membahagiakanmu di akhirat kelak,
namun adakah kau cuba untuk mengejar impianmu itu?

Diriku, ingatlah,
isteri yang baik hanya untuk lelaki yang baik,
anak yang taat pada perintah-Nya
adalah daripada ibu bapa yang sentiasa ingat pada-Nya.

Renungkanlah bait ini wahai diriku...