Thursday, June 3, 2010

.:Peace for Palestine!!:.

Walaupun aku sedang sibuk dok packing barang nak balik rumah utk menikmati cuti sem, namun hatiku terdetik untuk berkongsi dengan kalian tentang isu yg sangat hangat diperbualkan hari ini. Undang-undang antarabangsa telah dicabul oleh Israel tanpa rasa takut dan ragu. Israel semakin berani melakukan jenayah! Israel semakin biadap! Kat sini aku nak share info yg aku dapat dari blog sahabat aku yg dok study kat Cairo, Mesir. Info pasal bantuan keamanan ke Gaza yg telah diserang oleh komando Israel laknatullah, ' Freedom Flotilla'.

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan"Lifeline4gaza" Pengepungan ini menyebabkan keadaan ummat Islam di Palestin semakin tertekan kerana kitaran makanan, ubat-ubatan, senjata, dll disekat. Kekejaman bertambah apabila Mesir bersekongkol untuk membina tembok yg tinggi lagi dalam.

2. Misi ini disertai lebih 50 buah negara dari pelbagai NGO seperti Free Gaza Movement di Cyprus, IHH dari Turki, MERC dan Kispa dari Indonesia, dan NGO-NGO dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella serta byk lagi. Setiap negara dibenarkan hantar beberapa orang wakil. Malaysia menghantar 12 orang wakil termasuk 2 orang wakil media dari Astro Awani. Kebanyakan negara menghantar ahli-ahli parlimen termasuk negara-negara dari Europe sebagai tanda sokongan.

3. Armada ini diketuai oleh sebuah kapal yg bernama "Mavi Marmara" direncanakan untuk berangkat dari Istanbul pada Mei, 15 2010. Terdiri daripada 20 kapal kargo yang sarat dengan kelengkapan pembinaan, generator, peralatan perubatan, bahan pendidikan dll yang beratnya dipercayai melebihi 10,000 tan. Mereka akan belayar melalui Laut Mediterranean.


4. Armada ini membawa misi keamanan dan jelas tidak membawa senjata. Anak kapal terdiri dari aktivis keamanan, ahli parlimen, journalist , ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun dan orang awam. Mereka bukan kader-kader tentera yang diutus untuk berperang. Lihat bagaimana kebodohan dan kekejaman Rejim Zionis terserlah apabila armada ini dikepung di perairan Gazzah, kurang 100 km dari tebing dan seterusnya , Israel menurukan komander mereka yg lengkap bersenjata dari helikopter ke atas kapal dan menembak anak-anak kapal sehingga menyebabkan beberapa orabg syahid dan ramai yang tercedera termasuk Syiekh Raed Salah (seorang aktivis keamanan Palestin yg sudah tua). Sungguh biadap !!

5.Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain :
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.


6. Setelah serangan tersebut, kedutaan rejim di Turki diserang teruk impak kemarahan penduduk Turki, tetapi polis berjaya meredakan keadaan. Penduduk dunia juga merancang untuk mengadakan demo besar-besaran tanda protes dengan tindakan Israel yang biadap. Hari ini 1 Jun 2010, Demo di seluruh dunia. Negara UE juga Washington DC. Mari kita kuatkan solidariti !


7. Sekarang,Israel berjaya merampas armada ini dan misi ini tergendala. Keadaan meraka belum dapat dipastikan kerana Israel memutuskan hubungan dengan media.Web rasmi IHH telah diserang (cyber-attack) dan masih belum dapat diakses, juga beberapa web lain yang berkaitan juga diganggu.


8. Tugas kita sekarang ialah menyebarkan maklumat dan terus berdoa moga-moga misi ini dapat diteruskan , bantuan dapat disalurkan terus kepada Hamas dan ahli armada selamat. Bagi yang mempunyai akaun Facebook dicadang untuk mengibarkan bendera Palestin padaprofile picture. Berikut saya senaraikan beberapa link untuk kita sentiasa update dengan isu ini :
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://palestinkini.info/
http://www.lifeline4gaza.org
http://twitter.com/freegazaorg

"Wahai kaumku ! masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh) nanti kamu akan menjadi orang yang rugi " (Maidah:21)

*p/s : kepada semua pembaca silakan "copy and paste" dan sebarkan maklumat ini semampu anda. Ini adalah tugas kita disamping berdoa.Wahai Palestina tercinta, kami bersamamu !!!

3 comments:

-Mai- said...

syukran for sharing the vital info..amat berguna..=)

faris_jayz said...

salam pk nan...
check out latest entry aku psl Konsert Sua Rasa yg kte p smlm... ;)
http://www.polaroidblogger.com/2010/06/konsert-sua-rasa-kedah-2010.html

~HuSnA ZuBiR~ said...

eh..pak nan..ang ada blog, eh..awat x mai mlawat aku...nnti aku link kn, blog ang..;)