Friday, August 20, 2010

Buatmu yg tercinta

Tanggal 20 Ogos 1964, lahirlah seorang putera ke dunia yg penuh panca roba, onak duri dan badai dugaan. Kelahirannya sangat dinanti oleh kedua-dua orang tuanya. Derai tangisan yang memecah keheningan hari disambut dgn air mata kegembiraan. Tahun berganti tahun, putera itu meningkat dewasa. Mula mengatur langkah menggapai cita, mengejar impian untuk berjaya. Putera itu kemudian mendirikan rumah tangga. Dibentuk dan dibinanya keluarga dgn penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Amanah yang dipikul, digalasnya dgn berhati-hati. Kini, dia bukan sahaja seorang putera bagi bonda malah perwira dan raja bagi isteri dan anak-anaknya. Genap 46 tahun kau mengharungi fana dunia. Satu per satu kau tempuhi dgn sabar.

Selamat Hari Lahir
buat
Abah
yg tercinta


*putera bersama bonda


Jasa, pengorbanan dan kasih sayang yg kau curahkan selama 19 tahun kita bersama dan sejak saat aku sedar kau disisi,
membuatkan hidup ini menjadi lebih sempurna.
Ampunkan dosa anakmu ini atas segala lakunya yg mengguris hatimu.

Semoga abah sentiasa dalam limpah rahmat dan kasihNya.



~10 Ramadhan 1431 bersamaan 20 ogos 2010~

3 comments:

~Fattah~ said...

amin.

aminaim said...

=)...ameen

Asyraf Ridzuan said...

puitis ar ayat hg... bleh jadi penulis ni...hehe..:)