Bila ditanya kenapa Allah bagi dugaan kat kita, jawapan yang kita sering dan selalu dengaq adalah kerana Allah nak tahu tahap kesabaran kita.
Tapi kita juga tahu yg Allah kan Maha Mengetahui, jadi pasal Dia nak menguji kita sebegitu sedangkan Dia dah tahu akan setiap sesuatu?
Na’uzubillah. Ya, benar Allah bersifat dengan sifat Maha Mengetahui.
Yang sebenar-benarnya bukan Allah nak tahu tahap kesabaran kita tapi Allah nak kita sendiri yang tahu sejauh mana kita mampu bersabar bila Dia bagi ujian kat kita.
Memang kena dengan sifat manusia yang sering alpa, leka, ralit dan lupa. Bila Allah bagi nikmat, kita tak sedar dan tak bersyukur. Sebaliknya, bila Allah tarik balik nikmat tu dan bagi ujian sikit baru la kita terhegeh-hegeh nak merintih bantuan dari-Nya.
Namun, kasih Allah terhadap hambaNya dgn sifat ar-Rahman tak pernah putus. Dia masih bagi kita peluang untuk merasai nikmatNya even bergunung dosa yg kita buat.
Kasih Allah sememangnya tak ada tandingan.
Sabar lah. Setiap sesuatu itu ada hikmah dan didikan dari Allah.
3 comments:
ye..mmg btul..insaf~~~
senyum la wlupon sdg diuji...
i2 yg ak cube lakukan skg~~
hope i can be strong...
berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...
dengarkan lagu maher zain: InshaAllah...:)
Post a Comment