Tuesday, November 16, 2010

Adiós

Salam sejahtera ke atas kamu...

Sekarang pukul 10 pagi. Aku baru siap kemas barang utk balik. Sebentar lagi aku akan memandu sebuah Liteace milik arwah tok wan (atuk) untuk pulang ke kampung halaman. Terasa penuh kebanggaan di hati ini. Tapi kegusaran tetap berada di sanubari. Liteace tu gear manual, dan aku x berapa arif drive manual ni. Terutama nak naik bukit. Waduh2, cabaran.

Hmm, dalam perjalanan jauh, drive sorang2 memang ternyata membosankan. Apabila di check sistem audio, alhamdulillah berfungsi. Harap2 perjalanan ini tak la seboring yg aku bayangkan. Pernah sekali, akibat terlalu bosan aku terlelap time drive. Pergh..sangat mendebarkan. Astaghfirullah, time camni pi cerita sebegini pula. Tak bagus!!



Old skul, pilihan aku.


Perjalanan mesti sentiasa ceria.


Tadi sempat aku blogwalking. Seorang sahabat mengingatkan agar baca doa dulu sebelum mulakan perjalanan. Aku dah lupa pulak pasal tu. Trimas. Dan trimas juga ditujukan kepada sorang lagi sahabat yg menemani aku gi amik Liteace.


Esok dah Hari Raya. Selamat beraya semua. Maaf zahir batin.
Jangan lupa mandi sunat dan solat sunat aidil adha.
Selamat beribadah korban.

Ok, selamat pulang semua. Doakan perjalanan aku lancar.


*Gambar hanya gambaran.
Assalamu'alaikum...

Thursday, November 4, 2010

Laporan Banjir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, sari berita terkini.

Keadaan banjir di Kedah semakin menjadi-jadi. Walaupun hujan tidak turun, tetapi air sungai tetap bertambah hingga mencapai paras yg membahayakan. Hal ini adalah berpunca daripada perlepasan keluarga air secara berjemaah di empangan-empangan yg berdekatan. Antara empangan tersebut ialah Empangan Timah Tasoh, Perlis dan Empangan Pedu, Kuala Nerang. Tujuan utama perlepasan ini adalah bagi mengelakkan lebih ramai lagi keluarga air terlepas secara haram ke sungai-sungai di Kedah. Sekiranya, ini berlaku, kemungkinan besar tragedi ini dinamakan 2010 yang diilhamkan dari filem 2012. Sbb tak sempat nak 2012, jd amik 2010. Semua penduduk yg terlibat secara langsung dengan bencana ini telah dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan yg lebih tinggi seperti di Gunung Keriang ataupun Gunung Jerai.

Namun begitu, ada yg masih bergedil tak mahu berpindah ke tempat yg dicadangkan. Nak jugak tinggal di kawasan banjir yg merbahaya, salah, berbahaya. Berikut merupakan laporan yg kami peroleh daripada wartawan kami yg sangat gigih berusaha (aku jumpa bakul td..).



Ni adalah jalan ke market basah. Asal wujudnya mmg dah basah, maka bertambah-tambah basah la.


Sungai Langgar (bkn nama sebenar). Berjaya menenggelamkan 50% rumah berhampiran dengannya.



Dulunya sawah padi yg indah. Kini tasik yg tenang.



Keadaan sekolah berhampiran rumah aku (lama). Tinggal anak ikan ja yg bersekolah.

Titi kecil lagi comel di belakang rumah aku (lama) dimamah air sungai yang garang.


Sungai sebelah rumah aku. Asalnya hanya sedalam betis Sharapova, tp sekarang tinggi Micheal Jordan pun tak leh lawan.


Mama yg terchinta. Memerhati gelagat anak-anak air yg bermain kejar-kejar dicelahan pokok-pokok renek.


Halaman rumah pada hari kedua kepulanganku, Rabu.


Terkini. Khamis 4/11/2010. Laksana istana di tengah tasik Chini.



Lagak seorang pemuda yg baru pulang dari pengembaraan yg sangat adventure. Meredah lautan belantara dengan beraninya.



Sekian sahaja berita terkini. Kembali kepada rakan setugas.

Ya, terima kasih kepada wartawan kita yg berada di tempat kejadian. Kita teruskan berita kita dengan segmen politik.
Laporan PRK Batu Sapi dan Galas.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas
dimenangi BN
dengan majoriti masing-masing
6,359 undi dan 1,190 undi.


Sekian, trimas...

Tuesday, November 2, 2010

Balik!!


Pulang mengumpul semangat untuk terus berjuang!! yuhuu!!