Thursday, November 4, 2010

Laporan Banjir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, sari berita terkini.

Keadaan banjir di Kedah semakin menjadi-jadi. Walaupun hujan tidak turun, tetapi air sungai tetap bertambah hingga mencapai paras yg membahayakan. Hal ini adalah berpunca daripada perlepasan keluarga air secara berjemaah di empangan-empangan yg berdekatan. Antara empangan tersebut ialah Empangan Timah Tasoh, Perlis dan Empangan Pedu, Kuala Nerang. Tujuan utama perlepasan ini adalah bagi mengelakkan lebih ramai lagi keluarga air terlepas secara haram ke sungai-sungai di Kedah. Sekiranya, ini berlaku, kemungkinan besar tragedi ini dinamakan 2010 yang diilhamkan dari filem 2012. Sbb tak sempat nak 2012, jd amik 2010. Semua penduduk yg terlibat secara langsung dengan bencana ini telah dinasihatkan untuk berpindah ke kawasan yg lebih tinggi seperti di Gunung Keriang ataupun Gunung Jerai.

Namun begitu, ada yg masih bergedil tak mahu berpindah ke tempat yg dicadangkan. Nak jugak tinggal di kawasan banjir yg merbahaya, salah, berbahaya. Berikut merupakan laporan yg kami peroleh daripada wartawan kami yg sangat gigih berusaha (aku jumpa bakul td..).



Ni adalah jalan ke market basah. Asal wujudnya mmg dah basah, maka bertambah-tambah basah la.


Sungai Langgar (bkn nama sebenar). Berjaya menenggelamkan 50% rumah berhampiran dengannya.



Dulunya sawah padi yg indah. Kini tasik yg tenang.



Keadaan sekolah berhampiran rumah aku (lama). Tinggal anak ikan ja yg bersekolah.

Titi kecil lagi comel di belakang rumah aku (lama) dimamah air sungai yang garang.


Sungai sebelah rumah aku. Asalnya hanya sedalam betis Sharapova, tp sekarang tinggi Micheal Jordan pun tak leh lawan.


Mama yg terchinta. Memerhati gelagat anak-anak air yg bermain kejar-kejar dicelahan pokok-pokok renek.


Halaman rumah pada hari kedua kepulanganku, Rabu.


Terkini. Khamis 4/11/2010. Laksana istana di tengah tasik Chini.



Lagak seorang pemuda yg baru pulang dari pengembaraan yg sangat adventure. Meredah lautan belantara dengan beraninya.



Sekian sahaja berita terkini. Kembali kepada rakan setugas.

Ya, terima kasih kepada wartawan kita yg berada di tempat kejadian. Kita teruskan berita kita dengan segmen politik.
Laporan PRK Batu Sapi dan Galas.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas
dimenangi BN
dengan majoriti masing-masing
6,359 undi dan 1,190 undi.


Sekian, trimas...

7 comments:

foo said...

pagaq dah siap!
titi tu tmpat acap posing dlu. dpt tau kt dia naya.

GigiWangi said...

semoga korang tabah dengan ujian ini :)

ouh, sempat lagi terselit result pilihanraya. haha

AMD said...

xpa weh..ada tempat yg lg teruk..sabo je la..

aminaim said...

foo

kepulangan ku dinanti oleh pagar tu. teruja aku dibuatnya.
btw, tolong sembunyikan gambar tu dr acap. takut dia nak ikut aku blek nanti.

aminaim said...

gigiwangi

gigi ko mmg wangi lah!!
trimas atas ucapan tu. ujian dariNya. semoga menjadi pringatan..
Kata berita. mesti la ada result tu..heehe

aminaim said...

cik

trima kasih. atas supportive anda..
sob..sob

Asyraf Ridzuan said...

haha...aq dah tgk dah...