Saturday, July 30, 2011

Harapan Ramadhan

Bismillah...

Bait lagu dendangan Mambai bergema lagi, meruntun jiwa gelap hamba yang penuh dosa.

..................

Ya Allah,
jadikanlah Ramadhan kali ini suatu yang indah buatku.
Lapangkanlah hati ini untuk terus meningkatkan amalan
dan kuatkanlah hati ini untuk terus meninggalkan laranganMu.

Ya Allah,
jadikanlah Ramadhan kali ini penuh makna buatku.
aku tidak mahu jemu memuji dan memujaMu
aku ingin terus mencari redhaMu.

Ya Allah,
jadikanlah Lailatul Qadar sebagai malam teristimewa buatku.
aku ingin beribadah di dalamnya
kerana dia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan
malam yang sentiasa diburu.

Ya Allah,
ampunkanlah hambaMu.

.......................


Selamat berpuasa.
Selamat beribadah.
Selamat meningkatkan amalan.
Selamat memanfaatkan peluang yang terbentang.


p/s: Buat sahabat semua, maafku pohon atas segala khilaf selama ini.

Saturday, July 16, 2011

Kebangkitan Jailan

Bismillah...

Untuk memiliki sesuatu perlu sabar. Slow and steady. Step by step.
-Jailan (2011)-

...................

Sakit perut mengejutkan Jailan dari tidur yang lena dek ulikan mimpi sang bidadari kayangan. Penangan premium roast coffee yang Jailan belasah sampai 3 gelas di McD cukup memberi kesan. Sakit yang memulas membuat Jailan terkejar-kejar ke tandas. Kilang semakin tak sabar nak keluarkan produk!

Selesai... Segar bugar Jailan jadinya. Nak sambung tidur memang dah tak lalu. Masuk kali ni, dah 7 kali Jailan tawaf kaki lima aras biliknya. 24 kali ulang alik masuk keluar bilik. Tak tau nak buat apa!

Out of sudden, Zack Ballack merangkap rakan seguru tenis Jailan, menghantar pesanan ringkas. Jemputan untuk sama-sama menajamkan skill tertera di skrin X2. Serta merta Jailan sayu, keadaan raketnya menerawang di fikiran. Raket dah tak boleh dibaiki. Semangat Jailan pudar.
Sampai bila dia harus begini?! Mengenang kesilapan yang telah lalu adalah suatu yang sia-sia melainkan sebagai pengajaran.

Jailan cuba bangkit dari kekecewaan. Cuba menghadam kesilapan menjadi pengajaran yang tak mahu diulang lagi. Kata-kata semangat daripada kawannya, Casillas The Cats, dan perangsang daripada rakan-rakan yang lain ketika dia sedih akan keadaan raketnya, kembali menyemarakkan semangat Jailan!

Raket dipinjam, bola dipoket. Lalu, Jailan membonceng di belakang Zack Ballack dengan azam yang baru, memperbaiki segala skill yang patut dan keluar dari belenggu kesedihan. Letih akibat daripada meneran di tandas tadi masih terasa. Demi azam yang ingin dicapai, diabaikan keletihan itu!
.
.
.

Berjam-jam Jailan memukul dan membalas pukulan. Berjam-jam Jailan berlari dan membuat kejaran. Jailan semakin mampu membaca dan mengikut rentak lantunan bola. Pukulan semakin tenang, lembut, namun ada ketegasan.

Jailan menghayati setiap pukulan yang dibuat, setiap langkah yang diambil. Bait pesanan dari Casillas The Cats digenggam!

"Permulaan untuk menjadi seorang JAGUH tidak semudah yang disangka....hahahaha"
- July 10 at 12:14pm via Facebook




p/s: Langit tak akan selamanya mendung. Namun, jangan dilupa mendung mungkin kembali. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.


Sunday, July 10, 2011

Gembira Takkan Lama

Bismillah...

Gelas putih yang berisi jus oren dan grapefruit diminum sedikit. Walaupun ia manis, tapi kelat yang Jailan rasa. Jailan termenung di jendela kamar. Melihat langit biru, mendengar burung berkicau, cukup indah. Namun, pilu dan sayu yang Jailan ungkapkan...

......................

9 Julai 2011.

Hari ini hari gembira buat Jailan. Semenjak dirinya menjadi pelatih GERKO tenis di kolejnya, dah terbayang-bayang olehnya dia akan memiliki raket tenis. Idaman sejak dibangku sekolah bakal menjadi kenyataan! Peluang buatnya untuk terer dalam sukan tenis macam lagenda tenis, Rod Laver, semakin menampakkan cahaya.

Jailan bergerak ke Queensbay Mall bersama 2 lagi kawan, Big Boh dan Federer. Lancer yang dipandu Big Boh meluncur laju. Dalam diri Jailan memang dah tak keruan, lonjakan paradigma kegembiraan tak dapat nak ditangani lagi.

Kegembiraan mengatasi segalanya. Sesampainya di Queensbay, perut diisi. Jailan memang dah tak kesah bila Big Boh ajak ke restoran yang tak ada nasi tapi mahal, Dave's Deli. Federer yang memang wajib makan nasi hanya minum air sahaja. Jailan dan Big Boh makan tak ingat dunia.

Selesai... Dalam kepala Jailan kembali ligat memikirkan raket tenis. Satu demi satu kedai sukan diredahnya. Federer jadi tempat rujuk Jailan. Dia memang otai tenis kat kolej mereka. macam-macam jenis raket dah tengok, Wilson, Babolat, Dunlop, tapi yang Federer dok nampak RM400+. Memang tidak la kata Jailan. Dia cakap dia beginner, buat apa mahal-mahal lagi.

Dah berjam-jam survey, Federer pun dah naik boring. Jailan tak dak keputusan lagi. Budget Jailan dalam RM200 below saja. Tu pun kalau ada yang lagi murah tapi elok, memang dia nak sapu. (Demand bebenor, nak murah tapi elok. Jenuh cari!)

Dalam keserabutan itu, tetiba Jailan terserempak dengan Mr. Ong Tenis, sifu GERKO tenis Jailan. Beliau memberi cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang membina. Sinar kembali menyinar. Dengan segala cadangan, pandangan, tips dan motivasi yang diberi, Jailan dah aim satu raket. Wilson US Open Tennis Racket. Puas membelek, lalu dia membelinya..

Namun, kegembiraan Jailan tak lama...

10 Julai 2011.

Awal hari ni Jailan bangun. Semalam dia dah janji dengan Federer, nak rasmi raket barunya. Walau bagaimanapun, dalam benak Jailan seperti ada sesuatu yang tak best. Aahhh, mungkin itu hanya perasaan!

Jailan menggalas raketnya dengan penuh megah. Dia melangkah ke gelanggang bersama Federer. Jailan dapat rasa macam banyak mata memandang ke arahnya. Dia lebih bangga! Sedikit demi sedikit, Jailan dah tak macam dulu. Lagak jalannya dah lain.

Permainan bermula. Walaupun skill Jailan tak sehebat Federer, tapi dia rasa puas. Berlari ke sana ke mari, Jailan tak penat. Semangatnya lain. Federer hanya melayan karenah Jailan.
Set penentuan. Jailan dah berpeluh teruk. Federer masih tenang. Jailan cuba melakukan servis kencang. Bola dilambung, raket dihayun sekuat hati!

Out of the blue, tangan Jailan yang lincin tak dapat menggenggam erat raketnya. Wilson US Open Tennis Racket menghempap lantai gelanggang. Jailan terkaku diam. Raket pertamanya sudah berubah wajah, cacat, senget, bengkok!

Hanya mampu bertahan untuk 12 jam (mungkin kurang).


Retak.
Bengkok.







.......................

Sudah berjam lamanya Jailan di sisi jendela. Pandangannya masih kosong. Mungkin hanya satu yang dapat mewarnai kembali pandangan kosongnya itu. Raket baru!!



p/s: akaun bank Jailan dah makin tenat.

Sunday, July 3, 2011

Berat Nanang Gilew

Bismillah...

Masa berlalu dengan begitu pantas. Weekday yang bermula dengan hari Isnin tiba-tiba dah jadi Jumaat. Pantas kan?! Setiap hari berlalu tanpa aku sedar hingga kadang-kadang aku tak perasan apa yang aku dah buat hari-hari sebelumnya. Adakah itu masalah memory, atau memang aku tak sedar apa yang aku buat. Kes berat nanang ni!

Hidup dekat maktab semakin menarik dan mencabar. Dulu awal-awal masuk masa tahun 2009, terasa diri ini kerdil saja. Tapi bila dah 2011, junior pun dah bertambah, perasaan jiwa sebagai senior mendadak menerjah. Nak jalan mau angkat dada, kepala kasi dongak sikit, mata tengok hujung-hujung saja. Ego! Hahaha. Pergh, menipu! Sebenarnya, semua macam biasa saja. Tapi part perasan senior tu memamg ada la. Hoho..

.........................


Minggu belajar dah mula sejak 2 minggu lepas, 20/6/11. Feel dan mood belajar dah mula terasa. Itu pun sebab tengok member buat kerja (tapi aku tak buat jugak). Dah dapat feel dengan mood tu kira bagus la kan! Haha.. Bukan senang nak cari mood belajar lepas cuti tanpa gaji selama sebulan. Itu baru sebulan, yang budak universiti sampai 4 bulan cuti. Tak tau la mengkome lagu mana. Be prepared, der!

Dalam 2 minggu ni, ada beberapa perkara yang aku perasan berlaku pada diri aku. Perkara pertama dan memang selalu berlaku, nak bagi tumpuan dan membina semangat untuk belajar punya la susah. Ni nak update blog ni pun mau kena paksa diri. (Kalau lah aku mampu paksa diri untuk study camni kan bagus.)

Kedua, untuk semester ni aku rasa aku makin aktif dalam bersosial (positif). Alhamdulillah! Mungkin perubahan hormon kearah lebih matang kot. Ketiga dan yang tak leh blah; hormon nak berkasih sesama manusia makin ter'secrete'. Deymn, part ni memang menakutkan. Behave! Kawal!!!

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan cikgu kelas sebelah time sekolah dulu, 'Perasaan tak mampu dihalang tapi boleh dikawal.' Oyeahh, fighty!!



p/s: Sangat susah nak mulakan balik apa yang dah lama berhenti dilakukan. Contohnya, study. Berat nanang!