Thursday, November 3, 2011

Main Tagtag

Bismillah...

Untuk kesekian kalinya aku telah di tag untuk menjawab segala persoalan yang telah ditimbulkan oleh pen'tag' ataupun tagger, Izzat Azahar. Terharu beb!

Berikut adalah syarat yang telah ditetapkan oleh orang yang mencipta tag-tag ni:

Rules
1. Each person must post 11 things randomly about themselves.
2. Answer the questions the tagger has set for you in their post and create 11 new questions.
3. Tag 11 persons and link them to the post.
4. Go to their page and tell them you have tagged her.
5. No tags back! 


11 Perkara Pasal Aku (tak boleh lebih?)

1. Aku adalah seorang lelaki, semestinya.
2. Penah study kat UiTM Merbok, Kedah. Amik pre-Law lagi. Hoho
3. Tapi sekarang dah lain, a future teacher-in-making. Boleh caya? Tolong lah caya. Gua tak tipu. Serius!
4. Aku bukan nak cakap lah, tapi aku rasa dulu aku seorang yang berbudi pekerti mulia masa zaman sekolah. Bila dah besar, macam-macam pulak jadinya. Huahua
5. Mengimpikan seorang (lebih pun takpa) isteri yang solehah. (ada ka yang nak bini samseng?)
6. Juga mengidamkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bekalan untuk akhirat.
7. Walaupun blog aku ni ada macam-macam kaler, hakikatnya warna biru tetap di hati.
8. Sangat rajin dengar lagu. Macam-macam lagu. Even sekarang pun dengar lagu, nasyid gitu.
9. Mudah sangat terikut-ikut dengan style orang. Cara cakap, cara menulis, ayat dalam ni pun banyak terikut-ikut. Bajet nak bagi nampak cool lah kan...kuang3
10. Malas study.
11. Nak jadi rajin study. Exam next week boh!!

11 Soalan-dari-Tagger

1. Iklhas tak nak balas tag?
Oh, perlukan gua jawab soalan ni. Gua tak ikhlas langsung. ada ka orang tengah sibuk tengok movie suruh main benda-benda cenggini. Nak exam next week tahu! (Palsu belaka, palsu!)

2.Perkara paling romantik pernah buat?
Ish, seganlah! Ish, ish! *pang penampor*. Gua penah bagi present kat sorang awek ni, time PLKN. Ni kira berani mati la ni. Masa tu pagi nak pulang ke rumah masing-masing. Gua bagi present sampai awek tu nangis terharu beb! Siap peluk gua lagi, merayu taknak berpisah. Perghhh! K, yang hujung tu menipu.

3. Perkara paling bodoh/ gila yang pernah dibuat?
Ni perkara gila, bukan bodoh okay. Gua confess kat awek yang di atas. Hahaha. Tapi sayang dia tak paham. Sebabnya ayat gua putar belit sangat. Tak reti ah nak straight-straight ni, takda feel.

4.Nama first crush?
First crush tu apa? Kalau aiskrim crush yang RM1.50 kat kedai runcit dalam peti ais Walls gua tau. Dulu aiskrim tu besar, tapi sekarang makin pendek pulak. Krisis air kot.

5. Apa  yang patut aku buat dengan blog aku ni?
Buang dalam longkang. Buang masa, bro! Bawak-bawak la berzikir, baca Quran.

6. Kalau kaya nak buat apa?
Kalau aku kaya? Of course lah nak menderma rumah anak yatim, rumah orang tua-tua dan macam-macam rumah lagi lah. Kahkah. Cliche kan.

7. Kalau terkandas dipulau terbiar, dengan siapa yang ko nak terkandas? (nama 3 orang kawan)
At least kawan yang dapat bimbing aku ke jalan benar. Mungkin dengan Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Ilias. Diorang ni kawan aku tau. Tak caya check facebook.

8.Ciri soulmate yang diimpikan?
Solehah, pandai jaga anak, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga harta, pandai amik hati gua, pandai layan gua, dll. Pendek kata, pandai segala-gala lah. Hahaha. Cliche lagi kan.

9. Apa sebab korang blogging?
Gua fikir kat blog ni sesuai nak luah pendapat, perasaan dan apa yang terlintas difikiran dan difikirkan sesuai.  Tambahan pula, blog aku ni tak ramai yang tau, jadi lagi mudah lah nak maki hamun. Astaga...

10.Berikan 2 kelebihan dan 2 kekurangan aku.
Lu hensem bro, tapi lu takda awek.
Lu cute bro, tapi lu takda gf.
Ha, pantun dua kerat aku bagi. Hehe. Tapi jangan risau, jodoh dah ditentukan.

11. Will u marry me? why?!
Sampai mati aku takkan kawen dengan hang. Ni jujur ni, dari hati yang mulus, suci lagi murni. Nabi tak mengaku ummat woo! Biaq Elton John sorang dah la.



Okay, sekarang turn aku pulak nak tag orang kan, sekali dengan 11 soalan dari aku kan. Ha, aku takda banyak masa sebenarnya. Sibuk tengok movie study la katakan. Jadi, 11 soalan yang telah dijawab oleh aku seperti di atas, adalah untuk orang yang kena tag seperti di bawah.


Alamak, lagi 4 tak jumpa. 7 pun ok lah kan. Kehkeh.



7 comments:

GigiWangi said...

Ceh !

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

erk!!

D.MasterMind said...

haha~~ sempoi2~~ kelemahan dan kekuatan tu betoi ka? hang yakn ka?

Asyraf Ridzuan said...

perghh...romantik smpai awek tu nangis kot...haha...

aminaim said...

gigiwangi,
apa ceh2, buat. haha

kak wan,
jgn terkejut, sila2

izzat,
tak yakin sgt, tp base hg punya tag, cmtu la.

acap,
haha. romantik macam mana pun tak tau lah

amaa said...

ceh aku pon kene haha !
thanks afnan
nanti gua buat okay :D

aminaim said...

amaa,
haha. buat2. tp ko buat utk invited readers ja, cmna gua nak baca. :(