Monday, February 4, 2013

Hari Ini Hari Isnin

Bismillah... Hari ni kelas sampai jam 4.30 ptg. dan hari ni merupakan hari di mana aku senyap dlm kelas. Kalau hari2 sebelum ni, aku rasa suara aku mmg boleh dgr di setiap pelosok kelas ni. Fyi, kelas aku ni kecik ja. So, memang lah kan.. Aku pun rasa lain sebenarnya dengan sikap aku today. Tapi aku dapat rasa sesuatu yg baru bila diam ni. First, bila aku diam aku rasa macam dapat berfikir dgn baik. Kedua, bila aku diam aku rasa lebih tenang dan emotional control adalah sangat baik. Ketiga, aku bila aku diam aku dapat berfikir dgn lebih rasional. Perghh, hebat tak aku?! Heabat kan! Haha. Sampai eja pun dah salah. Astaghfirullah, Allah tunjuk terus tu. Di samping itu, mintak perhatian jugak, diam kat sini bukannya tak cakap langsung. Tapi lebih kpd kurang bercakap drpd hari2 biasa. Kalau tak cakap langsung tu bukan aku lah tu.. Walau bagaimanapun, aku gembira dgn diri aku hari ini. Jadi, harapan aku utk hari esok dan seterusnya ialah aku akan maintain keadaan ni atau jadi lebih baik. Wah, hebat azam kau Afnan! Hohoh. Tapi satu masalah besar, aku sendiri tak yakin esok akan jadi macam ni lagi. Sobsob. Bukan apa, esok aku boleh makan. Biasalah kalau dah makan, senang hati terlebih ye dok?! Bila senang terlwbih, haaa tak duduk diam pulok. Oh, berat nanang. Apa pun, kalau tak cuba mana nak tahu kan?! Kalau tak cuba hari ini, bila lagi..ye dok?!! (p/s. ini adalah entry yg diupdate melalui fon. So, agak terhad editting nya. Nak letak gambo pun tak leh...sobsob)

3 comments:

AMD said...

canggihnya fon.

aminaim said...

sbb tak canggih la takleh nak edit bg kemaih sikit. hohoh

khairul naim jaafar said...

err........

x perlu calap apa-apa, senyum..=)