Monday, September 23, 2013

See It Deeper

Bismillahirrahmanirrahim...










Nothing can change you if you don't want to.

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
ar-Rad | 11


Saturday, August 3, 2013

Bagaimana kita?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini ialah pak cik yang bertugas sebagai tukang sapu di sekolah tempat aku berpraktikum sekarang. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tiada peluang untuk minum apa lagi makan, namun tidak pernah aku lihat riak letih atau penat dari wajahnya. Tidak pernah terdengar rungutan atau keluhan. Kerjanya tetap seperti biasa setiap hari.

Bagaimana kita?

Wednesday, July 31, 2013

Harap Masih Belum Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini sudah masuk hari ke-22 kita melayari Ramadhan dan hari ke-17 para pelajar guru semester 6 berpraktikum. Alhamdulillah, praktikum kali ini Allah telah permudahkan segala urusan (dan harap berterusan hendaknya).

Semasa praktikum, kadang-kadang terasa berat sangat untuk menjalankan tanggungjawab, namun its end up with aku selesai juga laksanakannya. Sebagai contoh, rancangan pengajaran harian lah. Itu part paling penting dalam praktikum selain portfolio dan lain-lain. Itu hal praktikum.
.........

Ramadhan sudah melepasi dua fasa dan sekarang kita berada dalam fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Dan dalam fasa ini iaitu 10 malam terakhir, ada 1 malam yang sangat dicari-cari oleh semua Muslim. Malam tersebut ialah lailatul qadar. Malam yang padanya tersimpan 1001 kebaikan buat orang yang terpilih. Hanya yang terpilih.

Sudah 22 kali aku bertemu Ramadhan, namun kelibat lailatul qadar belum sekali pun. Setiap tahun dipasang azam, namun setiap kali itulah kecundang. Aku terdetik, masakan nak dipilih kalau usaha hanya ala kadar. Terlebih utamakan yang tak pasti berbanding yang terang-terang dijanjikan ganjaran.

Teringat kata-kata ustaz semasa kelas PAFA dulu, "Kalaulah Allah bagi kita lihat pahala tu macam mana, pasti tak ada yang sanggup lepaskannya."

Dan pasti tak ada seorang pun dari kita yang ingin terlepas dari merebut ganjaran dalam bulan ini terutama dalam lailatul qadar. Ganjarannya lebih baik daripada beribadah selama 83 tahun 4 bulan.

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 3)

Allah Maha Pengasih, sentiasa buka pintu kebaikan untuk hambaNya. Inilah saatnya kita tebus kembali segala peluang kebaikan yang telah kita abaikan.

"Ya Allah. sebagaimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan jua kami dengan Lailatul Qadar. Ya Allah, kurniakan kami peluang beribadah di dalamnya dan berkatilah kami."

Harap masih belum terlambat...

Tuesday, July 9, 2013

Mulianya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...



Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembezaan (antara yang benar dan batil). 

Karena itu, barang siapa dalam kalangan kamu berada di dalam bulan itu, maka berpuasalah. 


Dan barangsiapa sakit atau bermusafir (dan tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. 



(Dengan ketetapan sedemikian) Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. 
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur. 


al-baqarah |185

Sunday, March 17, 2013

Hakikat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ar-Rahman, adalah asma Allah yang penuh dengan kecintaan dan cinta itu sifatnya memberi dan tidak pernah menerima. Oleh kerana itulah, Allah sentiasa memberi dan tidak pernah menuntut atas apa sekalipun daripada hambaNya.

Sejenak, cuba kita renung...dari mana datangnya cinta ini?
Cinta ialah suatu nikmat dalam bentuk emosi yang positif yang dikurniakan Allah kepada setiap hambaNya.

Kerana itulah, dalam diri setiap manusia sentiasa dahagakan cinta dan kasih sayang. Hatta, Nabi Adam dan Hawa juga bertemu semula di dunia kerana cinta. Cinta yang setia kerana Maha Esa.

Hakikatnya, cinta itu suci. Cinta akan membuatkan kita sentiasa rindu, taat dan sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Pencipta Sekalian Alam. Dengan tersebarnya cinta, membuatkan kita semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Namun, cinta itu jarang ditemui kini. Fitrah cinta yang sepatutnya seiringan dengan iman, telah dicemari manusia dengan nafsu. Cinta sekarang penuh dengan cinta syahwat. Cinta yang didasari nafsu hukumnya haram!

Cinta ini akan mengotorkan hati dan membuatkan manusia semakin menjauhi Ar-Rahman. Na'uzubillahiminzalik!

Kawallah nafsu. Jangan biarkan ia terus merajai hati!
Musuhilah syaitanirrajim. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata!