Monday, July 5, 2010

..Sunny Monday..

Pada ketika ini aku sedang terkial-kial menaip sesuatu utk new post. Fikiran ku melayang-layang di awanan biru yg jelas dilihat melalui jendela bergril di bilikku. Angin sepoi-sepoi meniup lembut tirai usang yg sekali sekala mengganggu tumpuan. Namun aku selesa dengan keadaan itu. Kelihatan dua student junior baru melintasi kafe sambil menggalas beg baru. Beg IPG. Maybe baru habis kelas. Terdetik dihati, mungkin aku x sedar yg aku juga pernah di situ. Pernah di tempat mereka, membina keyakinan di tempat baru.

Petang ini ku rasakan cuaca sangat indah. Matahari seolah-olah mengeluarkan pancaran cahaya yg lembut agar tiada yg terasa bahangnya. Rumput seperti menari-nari tarian waka-waka (x dak idea dah). Semuanya kelihatan gembira, sempurna. Sempurna dari pandangan mata kasar.

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan. Kata orang, hidup di dunia hanya sekali, jadi kenapa perlu disia-siakan? Enjoy sepuas-puasnya!! Kata yg lain, nikmat di dunia hanya sementara. Abdikan diri pada yg Esa, insyaAllah kepuasan di akhirat hadiah paling bermakna. Eh, mana satu nak pilih ni, susah woo. Ishh, kalau amik akhirat, cmna ngan nikmat dunia nih. X kan nak lepas camtu ja, rugi la. Hmmm, kalau amik dunia pun rugi gak. Akhirat cmna plak.

Ha, kan boleh amik both. Tak yah pilih-pilih pun. Kita amik dunia, tp jgn tinggal akhirat. Tp ada kita kesah?? Eh, of course la kesah beb, sbb tu la aku selalu sembahyang, selalu baca quran. Eh, cukup ke tu? Walhal, kita dok wat dosa gak kan. Lagi banyak dari wat pahala plak tu. Kalau x tau or x sedar, ok la. Tp ni....hmm. Cmna la kita nak dapat redha Allah ek sedangkan perintah Allah pun dok serabut lg, ni plak larangan. Aiya...oh diri, kenapa begini??

p/s: nak post bnda len, bnda len plak yg di post. =D

2 comments:

Asyraf Ridzuan said...

wo... ayat puitis kowt!!

Afnan Muhyiddin said...

ayat cikgu kan..haha