Assalamualaikum w.b.t.... (Jarang aku mula entry bg salam cmni kan...;D )
Baiklah, kali ini kita akan membincangkan tentang tajuk kuliah kita iaitu rukun solat, ya. Ingat, insan yg cemerlang bkn hanya cemerlang di dunia, tp juga cemerlang dlm aspek akhirat. Sebab apa? Sebab kecemerlangan dari aspek itulah yg akan menjamin tempat kita di akhirat kelak.
Wah, apakah? Ni sebab terpengaruh ngn classmate aku la ni. Suka sgt nak jd Dato' Dr. Fadzilah Kam....( ha, sambung sendiri). Ya, mmg aku nak sentuh sket psl rukun solat. Utk peringatan aku sendiri gak. Tp nak cakap psl 1 perkara ja, takbiratul ihram. Bukan apa, aku pun baru diingatkan semula pasal perkara ni (akan diperkatakan). Tu pun lps dgr kuliah.
Rukun solat ada 13. Takbiratul ihram ni merupakan rukun solat yg ke-2 lps berdiri tegak. Ha, ingat lg tak apa yg hampa belajaq kat sekolah dulu? Tak ingat? Bg ingat.
Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:
Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)
Ucapan "Allahhu Akbar" disebut Takbiratul Ihram (hukumnya wajib) kemudian pada saat peralihan gerak atau sikap, sangat dianjurkan mengucapkan takbir "Allahhu Akbar".
Perkara yg aku kata aku nak cakap tu adalah pasal ucapan takbiratul ihram. Bila nama ja ucapan, mesti la kena lafaz. Kalau x lafaz, x jadi la ucapan. Yg nak habaq kat sini, tak sah solat kita kalau takbiratul ihram kita sekadar dalam hati ja. Tapi jgn plak lafaz kuat-kuat, satgi org sangka kita nak marah plak. Cukup la sekadar hanya kita ja yg dengar.
Seingat aku, sebelum ni aku pun kadang2 tak lafaz takbiratul ihram. Tp alhamdulillah, Allah masih bg aku peluang utk sedar dan ubah. Sebab tu la aku nak share sket. Bak kata cikgu EQ aku, tak rugi kita kongsi ilmu...=D
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yg lepas...
p/s: Betulkan yg biasa, biasakan yg betul. (prinsip cikgu math aku time form3)...=D
2 comments:
ayuh kita berubah ke arah kebaekan~~
nic epost!!
=)
ya, ayuhlah!!
tq2..=D
Post a Comment