Friday, January 28, 2011

Kuliyyah Maghrib

Bismillah...

Khamis malam Jumaat. Malam yg selalunya orang ramai2 akan baca Yassin kat surau Al-Falah. Tapi kali ni diisi dengan ceramah (sebenarnya lebih kepada kuliah maghrib) yg disampaikan oleh seorang ustaz yg sangat berpengalaman yg berasal dari Kedah (bangga aku!). Ustaz tu balik cuti dari Kaherah (bertugas kat sana) selama 28 hari. Kuliah yg beliau sampaikan sangat lah best. Bukan setakat dari aspek penyampaian yg mampu menggamit ramai pengunjung, malahan isi yg padat, lazat lagi berkhasiat untuk rohani. Tak dapat dinafikan skill yg beliau miliki dlm penyampaian sangat tinggi. Gaya bersahaja, pandai amik hati, pandai bergurau, selain tegas dlm penyampaian. Hampir 1 jam lebih beliau bg kuliah, langsung tak boring dan aku rasa macam tak nak bg dia berhenti kuliah (tak sangka aku megeluarkan statement tu).

Banyak gila ilmu yg aku peroleh. Tapi disebabkan aku tak mengamal seperti apa yg disarankan iaitu tak bawa buku nota + pen, langsung tak boleh catat apa yg ustaz cakap. Ni lah masalah kita, nak berjaya tapi usaha setakat kuku kaki. Macam mana tu?

Sedang mendengar kuliah, aku terkial-kial nak mengingat apa yg disampaikan. Cuba menjadi insan yg sentiasa ada usaha utk berubah. Jadi, sebelum aku terlupa sepenuhnya apa yg aku dapat, adalah lebih baik aku semat di sini, kan.

Dalam mengharungi hidup sbg insan, khalifah atas muka bumi ni, kita tak akan terlepas dari peperiksaan. Peperiksaan di sekolah, di sekolah memandu, di IPT, di rumah (soal siasat oleh mak ayah) dan sebagainya. Hinggakan sampai dlm kubur nanti pun akan ada peperiksaan. Jadi, peperiksaan atau cabaran itu sememangnya adalah lumrah bg kita. Tapi cabaran yg paling utama dan terpenting utk setiap muslim ada 4; JAHIL, SYAITAN, NAFSU, DUNIA. Dan setiap cabaran ini ada hubung kait atau perhubungan antara satu sama lain.

JAHIL a.k.a cetek ilmu pengetahuan (terutamanya ilmu agama). Musuh utama dlm diri manusia kerana dengan jahil inilah yg membuat kita jadi keliru. Yg sepatutnya dijadikan kawan, kita jadikannya lawan. Yg sepatutnya dijadikan lawan, kita jadikan tempat rujukan. Siapa yg harus jadi kawan dan lawan? Yg namanya kawan itu adalah orang yg membimbing, menasihat, menjadi contoh buat kita utk berbuat baik, menjurus ke arah perubahan yg positif. Manakala, lawan pula sebaliknya. Bila kita dah keliru, tak tau nak beza antara 2 tu, maka sebab itulah ada dalam kalangan kita dok ikut telunjuk SYAITAN. Buat apa yg dilarang, tinggal apa yg diperintah.

Bila syaitan dah ada dlm kapilari darah dan menguasai hati, maka dgn mudah NAFSU kita turut dikuasai. Macam yg kita tau, nafsu cenderung utk melakukan sesuatu yg di luar batas syariat. Bila nafsu dituruti, maka jadilah seperti apa yg telah berlaku dlm masyarakat sekarang. Anak bunuh bapak, bapak rogol anak, mak buang anak, anak buang mak.

Dengan nafsu jugak lah manusia terkejar-kejar DUNIA. Harta, perempuan, pangkat diburu bagai cacing tak cukup makan. Allah dah berfirman, andai dunia ni ada nilainya walau seperti sebelah sayap nyamuk sekali pun, Allah tak akan benarkan orang2 kafir menikmati nikmat yg ada kat dunia. Jadi, mengapa perlu diburu sedemikian rupa. Cukuplah sekadar utk beribadah kpdNya. Bukan lah menikmati kemewahan dunia itu salah, tapi kalau dah sampai mengabaikan tanggungjawab sbg hamba, itu dah tak berguna. Tak ada keberkatan!

....................

Serba sedikit ilmu yg aku dapat. Ada la jugak tokok tambah di situ. Tapi insyaAllah tak lari dari isi sebenar yg ustaz tu sampaikan (kalau ada gak, 10 jari disusun). Walaubagaimanapun, harap bermanfaat.

p/s: Dah jadi macam entry tazkirah plak.

Thursday, January 27, 2011

Taiko Math

Bismillah...

Terasa seperti lama sudah aku tak meng'update' entry. Mungkin sebab blog2 yg aku follow turut tak ter'update', lalu buat aku rasa macam tu. Majalah G3 yg aku beli awal bulan ni sudah berkali2 aku khatam. Andai majalah G3 tu mempunyai isi kandungan seiras buku Kurikulum Pendidikan Matematik, sudah pasti aku dapat mengenali taiko ilmuan matematik umpama Liebniez, Brailse Pascal, Omar Khayyam dan Bhaskara dengan lebih mendalam.

Bertaip tentang tokoh ilmuan matematik, terimbas dlm kotak fikiran terhadap pembentangan semasa di dalam kelas tutorial MTE3102. Tokoh2 dan sumbangan mereka. Contohnya, Isaac Newton dan Liebniez menjadi perintis kpd terciptanya calculus, Brailse Pascal memperkenalkan konsep probablity ketika menceburkan diri dlm perjudian, Al-Khawarizmi mencetus idea algebra sehingga digelar Bapa Algebra dan Omar Khayyam melahirkan teori garis selari (parallel line).

Kadang2 aku rasa penemuan mereka agak membebankan aku sebagai pelajar matematik. Dalam kalangan kawan2 aku sendiri juga sering timbul pelbagai persoalan yg berbaur tak puas hati kat mereka nih. 'Pasal la yg nyusahkan diri dok cari benda tu? Kalau tak cari teori tu mesti senang ja aku belajar sekarang. F**k betol la. Tak guna!!!' (ayat sengaja dihiperbolakan agar timbul unsur dramatik) adalah antara ayat yg biasa terluah, mungkin bukan dari hati.

Kenapa begitu sekali kita fikir? Positifkan diri. Cuba kita selami ke dasar yg dalam sket. Mungkin kita akan terfikir yg Allah sengaja memberi ilham kpd mereka nih agar umat manusia, hambaNya dapat memajukan diri, masyarakat dan manusia sejagat. Kalau Allah tak pinjamkan orang2 macam tu kat dunia, apa akan jadi pd kita sekarang. Gelap. Sekarang, tugas kita pula utk kembangkan kemajuan yg sedia ada ni. Allah mendidik manusia melalui manusia. Dengan memanfaatkan akal yg diberi menjadikan kita dalam kalangan orang yg berfikir.

......................

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim. Kenapa wajib? sebab Allah nak hambaNya memajukan diri, seterusnya memartabatkan Islam.

Saturday, January 22, 2011

Bila dah rezeki

Bismillah...

"Apabila dah ditetapkan sesuatu menjadi rezeki buat kita, biar ke mana pun tetap menjadi milik kita." ~ibnu muhyiddin~

.................

Pagi tadi lepas balik dari berentap di atas meja ping pong dan menyapu licin gelas minuman di kafe mami, aku pulang ke bilik. Melihat pada 'handphone' tertera 2 panggilan tidak dijawab dan 1 mesej.

Pabila diteliti, panggilan dan mesej tu daripada mak cik aku yg tinggal di Ipoh. Mereka 1 famili datang lepak kat Recsam (house guest) rupanya. Terkejut aku. Nasib baik tak keluar dengan awek, jika tidak pasti kantoi. Uuh, nak sembunyi mana muka ni.
Aku diajak berjumpa petangnya. Namun kerana ada hal (tertidor), dibatalkan.

Malamnya, aku menerima panggilan lagi.

"Afnan, jomlah keluar makan. Mak cik tunggu dekat tempat parkir."
"Aaaa...errkkk..emmm, baiklah."

Sebenarnya, aku tak mahu. Tapi setelah situasi seakan memaksa, aku terima. uhuk2.
Sedang tunggu order (restoran yg sama dinner semester lepas), sebelah meja kami ada group masyarakat antarabangsa, dari uzbek atau iran atau iraq, mungkin. Setelah beberapa episod perbualan, tiba2 sepupu (darjah 4) menimbulkan persoalan yg membuatkan ibunya tersenyum,"Ma, diorang ni kira keturunan kita jugak lah kan. Sebab diorang pun dari Nabi Adam."

Emm, ada kebenaran di situ. Tak sangka budak sekolah rendah pun boleh pikir macam tu. Mencabar la tugasan aku selaku guru nanti. Itu belum yg tanya macam mana mak dia mengandung. Pastinya sukar memberi penerangan.

...............

Perut kenyang bila sampai di bilik. Sempat mengucapkan terima kasih kepada yg belanja dinner. Alhamdulillah, murah rezeki aku hari ni. Mudah2an rezeki semakin bertambah dalam keberkatan.

Menu pilihan utk dinner
(pastinya bukan aku pilih)

Wednesday, January 19, 2011

Pahit awal, Manis kemudian

Bismillah...

Terusik lagi dalam kamus limpa aku. Dalam kelancaran menyusuri sungai hidup, tetap terselit titik hitam kegagalan (kecewa). Itulah hidup. Bukanlah kegagalan yg besar, tapi cukup utk buat kalbu ini diusik. Terlalu banyak alasan yg aku bagi semata-mata nak elak dari buat kebajikan, sumbangan, ibadah...menderma. Derma darah. Tak patut aku tak join derma sebab nak gi main ja. Dah la main tak menjadi. (Hikmah tak mengutamakan yg lebih penting). Mengabaikan sesuatu yg dituntut melebihi yg sepatutnya.

Aku kagum ramai budak2 Chinese support kempen tu. Sampai ada yg meleleh2 darah keluar. Sesuatu yg harus dipuji.

Sedih2. Aku tak yakin dgn kemampuan diri. Tak tau apa yg diri nak sebenarnya. Aspek yg sepatutnya dikikis, dicungkil dan diletak dalam tong sampah. Kenapa la susah sangat nak buat baik? Hmm, mungkin sbb syurga tu indah kan. Perlu lawan nafsu, itu satu jihad! (motivasi). Ya lah, selalu dengarkan, 'kenapa perjuangan itu pahit? sebab syurga itu manis.'

Bayangkan kalau tetiba sampai ajal ketika menderma. Subhanallah! Mati dalam keadaan sedang berjihad. Mulia di sisi Allah. Kenapa la tak terfikir sebelum ni. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak guna menyesal. Terlepas peluang berjihad. Harap masih ada peluang, mungkin dengan cara yg berbeza...insyaAllah..

Saturday, January 15, 2011

Jarum, Darah


Bismillah..

Beberapa hari sebelum ni, aku ada tengok budak Chinese semakin aktif dlm menganjurkan program2 amal. (Awal tahun lagi dah aktif dah, bagu betol!) Contohnya program kitar semula dan yg akan datang, program derma darah a.k.a blood donation program. Saban tahun diorang akan anjur program ni. Kat hati ni ada la jugak terdetik nak join derma, tapi bila direnung balik, erkkkk...tak jadi la.

..............

Alkisah, kat PLKN dulu aku ada join program derma darah utk para pelatih.
Mula2 start dgn check blood group. Semasa kena cucuk ngn jarum kenit (mcm paku tekan), aku dah tersentap sebab tak ready dan agak sakit (seperti digigit semut api tanpa diduga). Tapi masih mampu bertahan. Alhamdulillah, aku lulus utk menderma. Sihat la maksudnya.

Kemudian, kena tunggu giliran. Sambil2 tunggu tu, aku ziarah kawan2 yg dok terlentang atas katil penderma. Sampai kat sorang member nih, nurse baru nak cucuk jarum kat lengan dia. Aku pun tengok lah jugak sebab nak minda bersedia.

Akibat member ni badan agak gempal, urat darah agak sukar dikesan. Dua kali kena cucuk. Time first cucuk, nurse tersilap tempat. Cari urat tak jumpa. Pastu, nurse cabut jarum dan cucuk sekali lagi kat tempat lain. Mengeliat kawan aku nih. Perghhh, pucat muka beliau. Aku dah resah. Tak kan tetiba nak cancel, tak macho lah kan.

Bila sampai turn aku, nurse cakap pack darah yg sesuai dgn aku kehabisan. Rasa selamat yg amat sangat menyelinap di segenap tubuh.

................

Sampai hari ni aku still tak boleh lupa adegan tu. Sebab tu aku sekarang agak cuak utk buat derma darah ni. Tapi keinginan tu ada, semangat ja kurang sket.

Rabu akan datang ada program derma darah. Aku masih tak buat keputusan lagi samada nak join atau tak. Tak sangka aku yg dulunya (zaman sekolah rendah) tak takut jarum, sekarang dah jadi fobia dgn beliau. Ish2, sangat tak bagus!


Aku ada terbaca artikel dari blog sorang kawan. Dia pun cedok artikel tu dari paper online ja. Dalam artikel tu ada tertaip, 'hukum derma darah adalah fardhu kifayah'. Jadi, kalau ada dalam sesuatu kawasan tu tak menderma, maksudnya semua berdosa lah. *Semangat kembali terbakar utk menderma.




Wednesday, January 12, 2011

Pendosa


Hijrah also means kau tinggal sesuatu benda dan kau benci untuk kembali kepada ia. Meninggalkan dengan penuh dendam. Menyampah . Meluat. Kau rasa sakit hati bila ingat balik.

'Benci kepada Jahiliyyah, seperti mana kau benci untuk dicampakkan ke dalam api. Sekarang, esok, semalam atau sampai bila-bila pun, kau benci untuk dicampakkan ke dalam api'

Agaknya bagaimana lah perasaan Saidina Umar Al Khattab, sewaktu mengenang jahiliyyah beliau.

Cabaran Baru

Bismillah...

Apa yg baik kita perlu contohi bukan? ya, itu semestinya. Start entry dgn 'bismillah' adalah idea yg dicopy paste oleh aku sebab kan bagus tu. Ingat Allah sebelum buat sesuatu.

...................................

Piuhhhh!! Start tahun baru dgn menjadi new class monitor mmg sesuatu yg agak mencabar dan banyak berpeluh. Kena pergi sana, terkejar ke sini, sangat berkepentingan! Oleh kerana itu yg dikatakan tanggungjawab, tetap kena pikul even sesusah mana pun tugasnya. (Yea, positif kan diri adalah satu motivasi.) Banyak benda nak kena handle. Jumpa lecturer, set kelas, amik buku, hantar buku, tulis nama org bising dalam kelas (haha, teringat jadi KK time sekolah rendah). Eh, sekarang tak perlu dah tulis2 nama bising nih, kan udah beso semuanya. Lecturer pun dah tak amik tau sangat. Dulu tulis pun sebab cikgu suruh ja. Apa pun, mmg berat tugas nih.

Namun, dalam setiap kesulitan yg aku hadapi, orang sekeliling sentiasa ada menghulurkan dana tenaga. Yg berat rasa ringan, yg ringan tak rasa apa-apa. Syukur padaMu ya Allah, kerana menempatkan aku dalam kalangan orang yg sebegini. Semoga kami sentiasa diberkati. Amin..

.....................

Btw, ingin mengucapkan tahniah kepada aku kerana berjaya memperoleh dua surat 'layang' dari KJ. Sangat ngeri. Orang len dapat satu ja, aku sapu dua sekali. Tahniah2.
Kena put lots of efforts nih. Gambate-gambate-fura-fura..(sambil buat hakka dgn muka bersemangat.)

Thursday, January 6, 2011

Episod Baru

Bismillah...

Tahun baru menjelma lagi. 2011 menggantikan 2010 yg penuh bitter-sweet experienced. Bermulalah juga kehidupan aku sebagai guru pelatih sepenuh masa di Pulau Mutiara. Pabila dah masuk ke ruang angkasa ijazah, ditambah dengan tugas sebagai KK yang baru, tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Selain itu, aku masih dibayangi bayangan di mana nombor index exam aku disebut 2 kali semasa sesi bersama KJ. Sangat mengerikan. Tekad dan azam utk tahun baru; memperbaiki rekod peribadi utk subjek Matematik yg kini telah beralih bahasa. Bunyi istilah-istilah yang digunakan semakin unik. Moga-moga otak ku akan semakin cerdas untuk menerima segala input yang dilontarkan para pensyarah.


.................

Dah berbulan-bulan tak meng'update' blog ini. Jadi ini entry pertama buat 2011.

Esok ada tournament bowling peringkat 'wakil bilik'. Agak gusar kerana takut menghampakan rakan sepasukan.

.................

Mudah-mudahan semuanya lancar hendaknya sepanjang semester ini.