Bismillah...
Gelas putih yang berisi jus oren dan grapefruit diminum sedikit. Walaupun ia manis, tapi kelat yang Jailan rasa. Jailan termenung di jendela kamar. Melihat langit biru, mendengar burung berkicau, cukup indah. Namun, pilu dan sayu yang Jailan ungkapkan...
......................
9 Julai 2011.
Hari ini hari gembira buat Jailan. Semenjak dirinya menjadi pelatih GERKO tenis di kolejnya, dah terbayang-bayang olehnya dia akan memiliki raket tenis. Idaman sejak dibangku sekolah bakal menjadi kenyataan! Peluang buatnya untuk terer dalam sukan tenis macam lagenda tenis, Rod Laver, semakin menampakkan cahaya.
Jailan bergerak ke Queensbay Mall bersama 2 lagi kawan, Big Boh dan Federer. Lancer yang dipandu Big Boh meluncur laju. Dalam diri Jailan memang dah tak keruan, lonjakan paradigma kegembiraan tak dapat nak ditangani lagi.
Kegembiraan mengatasi segalanya. Sesampainya di Queensbay, perut diisi. Jailan memang dah tak kesah bila Big Boh ajak ke restoran yang tak ada nasi tapi mahal, Dave's Deli. Federer yang memang wajib makan nasi hanya minum air sahaja. Jailan dan Big Boh makan tak ingat dunia.
Selesai... Dalam kepala Jailan kembali ligat memikirkan raket tenis. Satu demi satu kedai sukan diredahnya. Federer jadi tempat rujuk Jailan. Dia memang otai tenis kat kolej mereka. macam-macam jenis raket dah tengok, Wilson, Babolat, Dunlop, tapi yang Federer dok nampak RM400+. Memang tidak la kata Jailan. Dia cakap dia beginner, buat apa mahal-mahal lagi.
Dah berjam-jam survey, Federer pun dah naik boring. Jailan tak dak keputusan lagi. Budget Jailan dalam RM200 below saja. Tu pun kalau ada yang lagi murah tapi elok, memang dia nak sapu. (Demand bebenor, nak murah tapi elok. Jenuh cari!)
Dalam keserabutan itu, tetiba Jailan terserempak dengan Mr. Ong Tenis, sifu GERKO tenis Jailan. Beliau memberi cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan yang membina. Sinar kembali menyinar. Dengan segala cadangan, pandangan, tips dan motivasi yang diberi, Jailan dah aim satu raket. Wilson US Open Tennis Racket. Puas membelek, lalu dia membelinya..
Namun, kegembiraan Jailan tak lama...
10 Julai 2011.
Awal hari ni Jailan bangun. Semalam dia dah janji dengan Federer, nak rasmi raket barunya. Walau bagaimanapun, dalam benak Jailan seperti ada sesuatu yang tak best. Aahhh, mungkin itu hanya perasaan!
Jailan menggalas raketnya dengan penuh megah. Dia melangkah ke gelanggang bersama Federer. Jailan dapat rasa macam banyak mata memandang ke arahnya. Dia lebih bangga! Sedikit demi sedikit, Jailan dah tak macam dulu. Lagak jalannya dah lain.
Permainan bermula. Walaupun skill Jailan tak sehebat Federer, tapi dia rasa puas. Berlari ke sana ke mari, Jailan tak penat. Semangatnya lain. Federer hanya melayan karenah Jailan.
Set penentuan. Jailan dah berpeluh teruk. Federer masih tenang. Jailan cuba melakukan servis kencang. Bola dilambung, raket dihayun sekuat hati!
Out of the blue, tangan Jailan yang lincin tak dapat menggenggam erat raketnya. Wilson US Open Tennis Racket menghempap lantai gelanggang. Jailan terkaku diam. Raket pertamanya sudah berubah wajah, cacat, senget, bengkok!
.......................
Sudah berjam lamanya Jailan di sisi jendela. Pandangannya masih kosong. Mungkin hanya satu yang dapat mewarnai kembali pandangan kosongnya itu. Raket baru!!
p/s: akaun bank Jailan dah makin tenat.
5 comments:
harap2 semangat Jailan masih utuh...
amin. mudah2an makin membara
saba ye Jailan. . .
hidup Jailan kn mcm roda~
begitu juga riwayat raket Jailan. . .
Jailan cuba terima keadaan seadanya. harap Jailan redha, pasti ada hikmah.
nasihat untuk jailan, jangan hayun sekuat hati kalo hati belum cukup kuat
Post a Comment