Tuesday, July 6, 2010

..Lalai/Leka..

Tersentap seluruh jiwaku tatkala membaca message yg disend dlm fb aku. Terkesima for a while. Actually, dah lama dapat message tu, cuma baru hari ni tergerak hati nak baca. Alhamdulillah, hidayah Allah telah menyedarkan aku.

Cepat benar engkau melupakan aku, wahai sahabat, walhal aku senantiasa menantikan pujian-pujian darimu. Apakah kata-kataku selama ini tiada nikmatnya. Atau engkau bersangka aku berjenaka seperti jenakanya teman-temanku itu?

Sahabat, demi kasihku padamu biarku peringatkan berkali-kali tentang Neraka Wail yang dahsyat itu - iaitu tempat mereka yang lalai dan tidak khusuk dalam solat mereka. Di mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Apakah tidak engkau perhatikan bukti-bukti nyata di sekelilingmu...

"Neraka Wail bagi mereka yang bersembahyang, yang mana ia lalai di dalam solatnya" Al-Maun: 4-5

Perhatikanlah mereka-mereka yang tidak khusuk dalam solatnya - kulit mereka terbakar hangus. Biarpun saling diganti baru tetapi tetap juga hangus dibakar Wail. Bahkan mereka keluar dan terjun kembali berulang-ulang, musibah dari kelalaian mereka... Oleh itu, khusuklah dalam solatmu agar kamu bertemu kekasihmu sepertimana para wali-wali itu lalui, insyaAllah...

Sahabat, fahamkah engkau apa yang kami cuba terangkan itu. Fahamkah engkau tentang solat, tentang khusuk, tentang neraka wail, tentang kulit yang terbakar, tentang bahan bakarnya...

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu..." At-Tahrim: 6

Jika sahabat sudah faham, bertambahlah kasih kami kepada tuan. Jika kami lalai dan tidak khusuk dalam solat kami, menjadi hak tuan pula peringatkan kami...

p/s: Ni baru gambaran api kat dunia..nauzubillah..

2 comments:

-Mai- said...

insaf2..tq..=)

aminaim said...

x da hal..
our responsible to remind each other..=D