Friday, January 28, 2011

Kuliyyah Maghrib

Bismillah...

Khamis malam Jumaat. Malam yg selalunya orang ramai2 akan baca Yassin kat surau Al-Falah. Tapi kali ni diisi dengan ceramah (sebenarnya lebih kepada kuliah maghrib) yg disampaikan oleh seorang ustaz yg sangat berpengalaman yg berasal dari Kedah (bangga aku!). Ustaz tu balik cuti dari Kaherah (bertugas kat sana) selama 28 hari. Kuliah yg beliau sampaikan sangat lah best. Bukan setakat dari aspek penyampaian yg mampu menggamit ramai pengunjung, malahan isi yg padat, lazat lagi berkhasiat untuk rohani. Tak dapat dinafikan skill yg beliau miliki dlm penyampaian sangat tinggi. Gaya bersahaja, pandai amik hati, pandai bergurau, selain tegas dlm penyampaian. Hampir 1 jam lebih beliau bg kuliah, langsung tak boring dan aku rasa macam tak nak bg dia berhenti kuliah (tak sangka aku megeluarkan statement tu).

Banyak gila ilmu yg aku peroleh. Tapi disebabkan aku tak mengamal seperti apa yg disarankan iaitu tak bawa buku nota + pen, langsung tak boleh catat apa yg ustaz cakap. Ni lah masalah kita, nak berjaya tapi usaha setakat kuku kaki. Macam mana tu?

Sedang mendengar kuliah, aku terkial-kial nak mengingat apa yg disampaikan. Cuba menjadi insan yg sentiasa ada usaha utk berubah. Jadi, sebelum aku terlupa sepenuhnya apa yg aku dapat, adalah lebih baik aku semat di sini, kan.

Dalam mengharungi hidup sbg insan, khalifah atas muka bumi ni, kita tak akan terlepas dari peperiksaan. Peperiksaan di sekolah, di sekolah memandu, di IPT, di rumah (soal siasat oleh mak ayah) dan sebagainya. Hinggakan sampai dlm kubur nanti pun akan ada peperiksaan. Jadi, peperiksaan atau cabaran itu sememangnya adalah lumrah bg kita. Tapi cabaran yg paling utama dan terpenting utk setiap muslim ada 4; JAHIL, SYAITAN, NAFSU, DUNIA. Dan setiap cabaran ini ada hubung kait atau perhubungan antara satu sama lain.

JAHIL a.k.a cetek ilmu pengetahuan (terutamanya ilmu agama). Musuh utama dlm diri manusia kerana dengan jahil inilah yg membuat kita jadi keliru. Yg sepatutnya dijadikan kawan, kita jadikannya lawan. Yg sepatutnya dijadikan lawan, kita jadikan tempat rujukan. Siapa yg harus jadi kawan dan lawan? Yg namanya kawan itu adalah orang yg membimbing, menasihat, menjadi contoh buat kita utk berbuat baik, menjurus ke arah perubahan yg positif. Manakala, lawan pula sebaliknya. Bila kita dah keliru, tak tau nak beza antara 2 tu, maka sebab itulah ada dalam kalangan kita dok ikut telunjuk SYAITAN. Buat apa yg dilarang, tinggal apa yg diperintah.

Bila syaitan dah ada dlm kapilari darah dan menguasai hati, maka dgn mudah NAFSU kita turut dikuasai. Macam yg kita tau, nafsu cenderung utk melakukan sesuatu yg di luar batas syariat. Bila nafsu dituruti, maka jadilah seperti apa yg telah berlaku dlm masyarakat sekarang. Anak bunuh bapak, bapak rogol anak, mak buang anak, anak buang mak.

Dengan nafsu jugak lah manusia terkejar-kejar DUNIA. Harta, perempuan, pangkat diburu bagai cacing tak cukup makan. Allah dah berfirman, andai dunia ni ada nilainya walau seperti sebelah sayap nyamuk sekali pun, Allah tak akan benarkan orang2 kafir menikmati nikmat yg ada kat dunia. Jadi, mengapa perlu diburu sedemikian rupa. Cukuplah sekadar utk beribadah kpdNya. Bukan lah menikmati kemewahan dunia itu salah, tapi kalau dah sampai mengabaikan tanggungjawab sbg hamba, itu dah tak berguna. Tak ada keberkatan!

....................

Serba sedikit ilmu yg aku dapat. Ada la jugak tokok tambah di situ. Tapi insyaAllah tak lari dari isi sebenar yg ustaz tu sampaikan (kalau ada gak, 10 jari disusun). Walaubagaimanapun, harap bermanfaat.

p/s: Dah jadi macam entry tazkirah plak.

2 comments:

-Mai- said...

info yg menarik & berguna..syukran..=)

aminaim said...

'afwan..
rugi klu x kongsi, nti lupa cmtu ja..