Tuesday, March 29, 2011

Gelora

Bismillah...

Bertemankan lampu kalimantang hasil gubahan daripada ilham Thomas Edison, si tua yg tak reti putus asa, aku duduk di sisi meja baca. Tangan pegang buku, kepala ngadap laptop. Perasaan bergaul rasa. Aku keliru, mana satu perasaan yg benar-benar di sanubari. Gembira? Resah? Seronok? Risau? Dia Maha Mengetahui.

'One in a Million' berkumandang. Mata dipejam, penghayatan seratus peratus. Bukan ingin menilai sejauh mana tahap kebagusan nyanyian, tapi lirik cuba difahami.

Dalam sehari, banyak yg terjadi. Banyaknya membuatkan bibir terukir senyum, walau kat dalam tak tentu arah. Kawalan emosi perlu stabil, itu basic jadi cikgu. Kadang-kadang member cakap aku gila, senyum sorang-sorang. Haha. Lagi buat aku senyum.

Kepala makin kusut. Aku terkena, memang kena. Mula niat nak jadi member, sekarang lain pulak jadinya. Puhh, pi jauh-jauh!!

...........................

Kerja tak sudah-sudah! Memang ingat minggu depan relax abis, tapi tak sangka, sama saja. Kesabaran diuji, ketenangan dicari. Kumpul tenaga + semangat nak mula first step. Step pertama penting! Tak da step pertama, apa yg diimpi, rendah probability utk jadi reality.

Sunday, March 27, 2011

Jauh Perjalanan

Bismillah...

Kedengaran gagak bersiul bersahutan. Pejalan kaki bersesak-sesak menuju ke perut feri Pulau Undan. Semuanya dengan satu misi, cari tempat duduk yg strategik dgn pemandangan dan selesa semestinya. Bagi yg tak kesah, tak menjadi masalah duduk kat mana-mana. Yg tak sempat, terpaksa lah berdiri. Adat!

Aku berjaya menempatkan diri di kerusi paling kiri, 7 dari depan. Pemandangan cantik. Walau aku selalu melihat pemandangan macam tu kerana aku memang penumpang setia, tetap cantik! Angin laut meniup perlahan ke muka. Tenang sekali.

Aku menyeluk tangan ke dalam beg, buku karya Faisal Tehrani dikeluarkan. Sekarang si pengarang dah bergelar doktor pun, PhD. Aku selak ke halaman yg aku tangguh bacaan, menyambung dgn penuh minat.

Bacaan aku semakin menghampiri kulit belakang. Cerita terakhir dalam koleksi 15 Cerita Mencabar Minda memang betul-betul mencabar, nak kena fikir. Banyak nama-nama tokoh falsafah yg aku tak penah tau. Pengarang memang banyak membaca. Jadi betollah orang cakap, kalau nak mengarang sesuatu mesti banyak membaca, selidik, baru bahan yg nak dihasilkan ada isi dan unsur ilmiah.

Feri dah mendekapkan depan pada jeti. Sauh dilabuh, jejambat diturun. Orang menderu keluar dari feri, melangkah hala tuju masing-masing. Aku cepat-cepat cari limo aku berlabel 303. Fuh, jumpa! Lepas bersapa dgn driver yg lama tak jumpa, ramai pulak yg nak tumpang. Tak apa, aku izinkan. Lagipun limo aku kan besar, panjang. Tak sesak pun.

Dalam limo. Ramai bangsa asing. Maksud aku, memang betol-betol asing, Siam, Bangla, Indon. Pergh, macam-macam bunyi ada. Dah bagi tumpang bising pulak!

Sesampainya kat Flat Pinang, kaki melangkah laju ke rumah 303. (Eh, baru perasan sama ngn nombor limo). Pintu dikuak, tuala dicapai. Memang tak tahan. Aku lari laju-laju ke tandas. Fuh, lega! Masuk bilik, duduk atas kerusi. Ish, sepertinya ada yg tak kena. Hati memang tak sedap.

Dalam keadaan terpaksa (sebab tak sedap hati), aku switch on netbook yg comel. Online. Buka facebook, sunyi. Skype, lagi sunyi. Blog, cari idea nak update. Yahoo Mail, email tak banyak. Tiba-tiba, pop out YM. "Amacam eseimen, bro?" ~~~~ Gulp!

Aaa, eseimen!!!! BERTIMBUN!!

Saturday, March 19, 2011

Gadis Istimewa

Bismillah...

Petang mendung menyelubungi Kota Setar. Sinar matahari masih dilitupi awan-awanan yg berkumpul, menanti titisan tumpah ke bumi. Aku masih di KFC, meng'online'kan diri. Buat pertama kalinya memanaskan punggung kat KFC lama-lama.

Kat dalam, sejuk! Aku perhati suasana sekeliling. Sibuk dan sesak dgn manusia. Walaupun pernah disarankan utk sama-sama boikot KFC dan seangkatan dengannya atas sebab bersekongko dgn Yahudi, namun jelas itu hanya sementara. Orang Melayu memang hangat-hangat tahi saja. Bersungguh hanya pada mula, lepas seminggu dua, kembali sedia kala. Ehem!!

Aku tak keseorangan, bersama sorang kawan (semestinya laki2). Kami duduk di satu sudut, tak da plug pula utk charge laptop. Aku mara ke arah seorang pekerja dgn niat nak bertanya. Berdasarkan parasnya, kelihatan seperti seorang Cina. Berkulit putih pucat, mata agak sepet, paling penting make-up seperti wayang opera. Memang jelas. Comel!

"Cik, plug kosong ada katna?" Dia macam tak berfikir panjang, tak senyum, hanya tunjuk-tunjuk ke arah kaunter dan telinga dia. Huh, apa kes? Suruh tanya kat sana kot. Sombong betol! Takpa, aku cari sendiri. Lepas cari-cari siap tunduk-tunduk bawah meja lagi kat tengah orang ramai, jumpa la satu.

2 jam kemudian, aku baru perasan yg awek Chinese tadi dok cakap guna bahasa isyarat. Bisu rupanya. Mungkin ada masalah pendengaran sekali kot. Tu pasal time aku tanya dok tunjuk kat telinga dia ja. Walaupun dia camtu, tapi masih berusaha utk bekerja. Memang seorang hebat!

Jangan keluarkan apa-apa kenyataan selagi tak tau situasi sebenar. Selidik dulu. Sabar. Itu yg terbaik! Tak guna cakap banyak, tempias air liur tapi tak pasti fakta sendiri.



Tuesday, March 1, 2011

Abang Tebar

Bismillah...

Perut mula berkeroncong. Sedari pagi aku hanya makan nasi lemak dgn soya Season saja. Aku renung ke arah kafe dari tingkat atas tajam-tajam, dalam-dalam. Bayangan udang panggang berempah, sotong goreng tepung dan sup cendawan payung berlegar di fikiran. Perut perlu diisi tapi tak nak terlalu penuh. Susah nak beribadah!

................

Dulu, ramai pelanggan tak puas hati! Air, gulai, sup, nasi, semua berperisa klorin (Cl). Rungutan dengar sana sini. Siap ada yg berdemonstrasi ala-ala Libya. Sepanduk dan poster tanda protes dipasang keliling kafe, hingga tak nampak pintu masuk. Kat dalam, macam Gua Kelam. Hanya bersuluh kalimantang.

Abang tebar tak tahan, lalu berenti kerja. Bukan sebab gelap, tapi katanya merajuk. Ramai sangat pelanggan datang kat beliau angkara tak nak makan gulai, sup, nasi berklorin. Kesannya, dia tak dapat nak fokus dalam penebaran. "Roti yg tak cukup kasih sayang tak sedap!", tambahnya.

Lama juga konti roti sunyi. Bunyi tepuk-tepuk meja hasil geseran tepung yg diuli dgn tangan tak lagi kedengaran. Semua menjadi suram, tak semeriah dulu. Ramai pelanggan rindu lihat abang tebar beraksi. Semenjak itu, kafe mula lengang. (bunyi cengkerik).

...............

Tapi tu cerita dulu. Sekarang dah masuk bulan ke-3 dalam kalender Masihi. Banyak yg dah berubah. Biasalah, peredaran masa. Abang tebar pun dah kembali ke konti untuk beraksi. Khabarnya, dia dah dapat tips nak lebih fokus ketika di dapur dari Chef Wan.

Perkembangan kafe pun dah bertambah maju. TV LCD, roti durian, char kue teaw, ais kacang, cendol, wafer. Semuanya hasil bentangan kertas kerja abang tebar. Perghh, hebat!

Abang tebar dengan topi yg tak pernah bertukar memang banyak berjasa. Sekarang dia dah ada assistant. Fokus lebih kepada tebaran, dah kurang melayan pelanggan. Mungkin itu tips Chef Wan bagi. Skill tebar dia menuntut dgn bekas penari kebudayaan Kg Pisang.

Dengan lemah gemalai tangannya mengulik tepung yg diadun sebati, dia meneruskan tugasnya. Memberi kepuasan kpd pelanggan yg dahagakan roti. Semuanya kembali meriah!


Tugas nampak simple, tapi impact besar!
Macam cikgu...

Great teacher inspired!