Tuesday, July 14, 2020

Iman dan Fitrah Manusia

Bismillahirrahmanirrahim...

Iman. Apa itu iman? Iman itu dalam bahasa kita, percaya. Kita manusia dalam diri sentiasa percaya wujudnya tuhan Yang Esa. Walaupun ada orang yang kata sebaliknya, tapi dalam lubuk hati yang paling dalam tetap ada kepercayaan itu. Di mulutnya sahaja tidak percaya.

Fitrah. Apa itu fitrah? Manusia dicipta mempunyai fitrah yang sentiasa diingin untuk dipenuhi. Kalau lapar, fitrahnya mahu makan. Kalau dahaga, fitrahnya mahu minum. Kalau sudah dewasa akil baligh, fitrahnya mahu menikah. Manusia tidak dapat lari dari fitrah ini. 


Begitulah juga dalam beragama. Fitrah manusia sentiasa ingin menyembah Sang Maha Esa. Perhatikan orang-orang lama. Ditemunya pohon besar disangka gah dan kuat. Lalu, disembahnya pohon itu. Ditemunya laut disangka pemberi rezeki. Lalu, disembahnya laut itu. Manusia itu tahu dia hamba. Cuma dia lupa siapa Penciptanya. Manusia telah menyaksi keEsaan Allah sebelum dilahir ke bumi. Bila tiba di dunia, tercari-cari semula yang menjadikan dia sebagai manusia.

Begitulah kita. Sekiranya tidak mendalami ilmu yang disuluh pesuruh Ilahi, maka tercari-carilah kita dalam kesesatan. Damping lah kita dengan yang arif dan alim dalam beragama supaya kita tidak lelah sendirian dalam pencarian. Itulah indahnya Islam. Hidup dalam kawanan jemaah yang sentiasa saling ingat mengingati kepada Pencipta.


p/s. Sedikit catatan sendiri daripada syarahan yang disampaikan Ustaz Abdul Somad.

Wednesday, June 24, 2020

2020: Tahun Berduka

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sangat sebenarnya tak bukak blog ni. Kalau tengok last update dah dekat 4 tahun dah, 2017 yang lalu. Sekarang 2020. Tahun yang ramai orang kata nak tengok kereta terbang. Tapi hakikatnya beza sekali. Belum muncul pun kereta terbang yang ditunggu tu.


2020. Politik negara tak pernah sunyi. Setiap hari akan ada bunyi rebut kerusi, jawatan, khianat dan sebagainya. Kejar dunia, memang tak pernah habis. Dan yang paling memahat sejarah dunia, Corona Virus atau lagi terkenal COVID-19. Kenapa 19? Sebab pertama kali ditemui pada tahun 2019 di Wuhan, China. Puncanya? Entah lah. Ada yang kata dari pemakanan exotic orang di Wuhan tu. Ada yang kata dari makmal. Wallahu'alam. Allah saja yang lebih tahu dari mana virus tu datang.

Penangan COVID-19 ni cukup besar. Bukan saja kat China, malah di seluruh dunia. Awal pengesanan virus ni, dunia tak ambil endah sangat. Ambil ringan seolah akan berlalu seperti angin bertiup walaupun masa tu keadaan di sana dah menunjukkan tanda yang kritikal. Di Malaysia, kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan awal seperti menghalang kemasukan pelancong dari negara tersebut yang berpotensi menjadi agen penyebar, malah menyeru rakyat sendiri untuk menerima mereka. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Akibat sikap acuh tak acuh dunia terhadap isu ini, ia telah merebak ke seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terlepas.

Dalam kesibukan melawan COVID-19, tiba-tiba negara dikejutkan dengan pengumuman PM, Tun Mahathir yang meletak jawatan beliau dek kerana isu dalaman PH yang tak pernah sunyi dengan perebutan jawatan. Fast forward, YDP Agong telah melantik PM baru buat Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM-8. PM baru lantik menteri-menteri baru. Selepas tu, dilaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPB (Perintah Kawalan Pergerkan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang bertujuan untuk mengawal virus korona untuk merebak ke seluruh negara. Hasilnya, Malaysia diiktiraf antara negara terbaik melawan virus ni.

Sekarang, Malaysia menunjukkan tanda-tanda yang positif dalam pemulihan pelbagai sektor termasuk ekonomi dan sebagainya, Sekolah pun dah mula buka untuk guru dan murid. Bermula 24 Jun dibuka untuk murid form 5 dan form 6. Dan antara highlight penting dalam sektor pendidikan, KPM mengeluarkan Pindaan Penggal Persekolahan 2020. Tempoh persekolahan ditarik hingga 18 Disember 2020. Kesannya, cuti penggal 2 dan cuti hujung tahun dipendekkan. Sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pendidikan Malaysia. Sememangnya perubahan ni memberi kesan kepada semua pihak dan guru-guru antara yang paling merasainya. 

Kenapa perlu dilanjut tempoh persekolahan sedangkan semasa PKP, PdPc tetap berlangsung secara maya? Itu antara rungutan yang didengari. Aku faham keadaan ini. Guru-guru ini bukan bermaksud menafikan pembelajaran murid-murid. Namun apa yang lebih menjadi perhatian, cuti-cuti dipendekkan. Hal ini memberi kesan kepada guru yang PJJ dengan suami isteri atau yang sudah tidak bertemu dengan ibu bapa sekian lama bagi yang berada di Borneo. Antara cuti yang dinanti ialah raya haji yang asalnya jatuh dalam cuti penggal selama 9 hari iaitu dari 25 Jun hingga 2 Ogos. Sekarang jadi 3 hari cuti raya haji (31 Julai - 1 Ogos) dan 5 hari cuti penggal (20 Ogos - 24 Ogos). Tarikhnya berasingan pula. Untuk cuti hujung tahun daripada 41 hari (21 Nov - 31 Dis) kepada 14 hari (19 Dis - 31 Dis). Tiket flight semua dah beli. Ibu bapa ternanti-nanti.

Sesungguhnya tahun 2020 ini merupakan tahun yang mencabar buat semua. Tahun 2020 akan menjadi tahun yang paling diingati bagi yang berada di dalamnya. Kita telah menyaksikan lakaran sejarah penting buat diri, negara dan dunia. Bayangkan, ibadah haji yang tiap-tiap tahun tak putus orang kerjakan tetapi tahun ini tiada buat rakyat Malaysia. Itu memang real punya mencabar.

Apapun semoga tahun ini berlalu dengan lebih baik dan gembira. Paling penting, semoga Allah merahmati kita semua dalam setiap apa yang kita lakukan. Allah lah yang menurunkan ujian dan Dia lah juga yang akan menariknya kembali. Allah lah yang memberi kedukaan dan Allah jua yang menurunkan pelangi. Yakin lah setiap apa yang kita lalui tidak sia-sia.

Sekian, sembang kali ni. Harap rajin nak conteng lagi lepas ni.

Thursday, December 21, 2017

Permudahkanlah Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, ampunilah segala dosa dan khilafku, ya Allah. Aku selalu hanya mencariMu bila dalam kesusahan, dan sering pula melupakanMu bila datangnya senang.

Ya Allah, hambaMu ini sangat lemah, ya Allah. Engkau lah pemilik hatiku, Engkau yang memberinya nikmat iman, dan Engkau jua lah yang mampu menghilangkannya. Engkau pemilik hidayah, ya Allah, maka isikanlah hati ini dengan cinta untuk dekat denganMu.

Ya Allah, hari ini benda yang aku tak jangka berlaku telah terjadi. Mungkin lebih tepat benda yang aku nanti utk berlaku telah berlaku. Dan tiada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuanMu dan sesungguhnya perancanganMu lah yang terbaik.

Ya Allah, seandainya insan yang ku temui ini, kehadirannya adalah baik untuk agamaku, akhiratku, duniaku, keluargaku, dan insan disekeliling ku, maka Engkau permudahkanlah urusan kami. Satukanlah hati kami dalam redha dan rahmatMu. Jadikan lah hati kami sentiasa berpaut pada tali agamaMu, memburu cinta dan redhaMu, sentiasa mengingatiMu setiap masa.

Ya Allah, jagakan lah hati kami agar tiada dalam tempoh perkenalan ini berlaku sesuatu yang di luar dari redhaMu. Tiada hubungan yang lebih sempurna tanpa rahmat dari Mu. Limpahkan lah rahmatMu kepada kami. Jaga lah hatiku dan hatinya.

Ya Allah, perkenankan lah doaku.

Thursday, August 27, 2015

Fun in the Farm

Wan Chik is a farmer. He has a big farm in Perak.

Last Saturday morning, I visited his farm. It was a big farm. I saw some ducks and some chicks. I also saw a white kid. It only had three legs.

Then I had lunch with Wan Chik. We had a long chat. Wan Chik gave me some yam chips. I was happy. Later in the evening, I went home. 

Tuesday, November 4, 2014

Dan Semalam

Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam
detik yang bila ku kenang
terasa hangat gerimis
bergenang di kelopak

Semalam
bila ku pejamkan mata
mengimbas cerita kita
terukir senyum di bibir
indah

Semalam
telah tersurat
menjadi lipatan sejarah
dalam memoir aku dan kau
kenangan kita

Dan semalam
apakah akan berulang
saat suka
saat duka
perjalanan bersama
yang bila ku kenang ia
luluh rasa
pedih raga
basah mata
namun tetap tersenyum jua


02:16 | GA311 | IPGKPP

Thursday, May 29, 2014

Kontradiksi Baju

Bismillahirrahmanirrahim...

esok lusa kenduri kahwin kawan aku

baju itu masih pilihan aku
tapi ada yang tak setuju
katanya tiap gambar
tiap kenduri
baju tu jugak

tapi aku rasa baru dua kali pakai

aku pergi mencari baju baru
dari kedai ke mall
dari bundle ke butik
tak ketemu
baju yang kena dengan aku

kena dengan jiwa
kena dengan selera
kena dengan sederhana
kena dengan cara yang aku selesa

katanya aku cerewet, memilih
tapi bukan itu maksud aku

baju nak pakai lama
bukan sekali dua

katanya lagi
kalau nak tau aku cari bini macam mana
tengok masa aku nak pilih beli baju

tapi aku rasa tak macam tu
tapi mungkin jugak
untuk baju tertentu

Wednesday, May 28, 2014

Insomnia Aku

Bismillahirrahmanirrahim...


aku rasa aku perlu dia
tapi aku juga rasa belum sampai masa

perlu ada kereta
perlu punya harta
perlu penuh ilmu di dada

kerna nanti aku ketua
kerna nanti aku lah kepala
kerna nanti aku akan ditanya

aku mahu kita bahagia
aku perlu waktu untuk bersedia

supaya aku kau kita mampu bersama hingga ke syurga

Saturday, May 24, 2014

Daki

Bismillahirrahmanirrahim...


hidup macam mendaki
jalan nak ke atas
memang sakit memang perit
bila dah kat atas
rasa seronok rasa puas
mula lupa lelah tadi
bila turun ke bawah
perit daki dah tak ingat
tahu-tahu dah kat bawah

mendaki tu gambarkan hidup
jalan nak daki jaya
memang sakit memang perit
bila dah kecap
rasa seronok rasa puas
dalam sekelip mata
jaya yang dikecap jadi abu
kalau tak ingat tak genggam
sakit perit mendaki


Saturday, May 17, 2014

Kita Tahu

Kau tahu,
aku tahu,
apa tujuan hidup,
apa hakikat sebenar hidup,
kita sentiasa tahu.

Cuma kadangnya
mata sengaja dipejam,
telinga sengaja dituli.
kita tipu diri sendiri.

Namun,
hati takkan mati
dari sedarnya
erti sebenar hidup ini.

Walau sengaja kau cari
makna hidup pada jalan lain,
Hakikatnya kau sendiri tahu,
tiada jalan lain selain yang satu itu.

kenali Dia
dekati Dia
sayangi Dia
abdikan diri pada Dia.

Kau kan temu tenang,
tenang yang hakiki.

Itu hakikat hidup.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku.
az-zariyat | 56



*diinspirasi dari Tahu oleh Fynn Jamal.

Fynn Jamal - Tahu

Wednesday, May 14, 2014

Tok

Teringat dulu  
waktu kau masih di sisi
saat ku berduka
kau ukir senyummu
terus hilang pedih ku rasa.

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat aku rebah
kau hulurkan tangan
paut ku bangun semula

Teringat dulu
waktu kau masih di sisi
saat jiwa ku kosong
kau bisikkan kata
agar ku tidak lupa Pencipta.

Tapi itu cerita dulu
duka ku kini
rebah ku kini
kosong hati ku kini
tanpa kau lagi di sisi
tiada lagi kau menemani.

Sungguh 
ku rindu senyum mu
ku rindu paut mu
ku rindu bisik mu
yang membawa sinar segenap ruang hati

Tok
cucumu kirim doa
semoga damai tenang kau di sisi-Nya
semoga bertemu kita di sana.

al-Fatihah

Friday, January 24, 2014

Manisnya Kenangan Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh! Jauh perjalanan luas pemandangan! Nikmat mata, nikmat hati kurniaan Tuhan dijamu dan diisi. Bahkan jika bijak, nikmat iman juga akan dirasai. 

Sungguh! Takkan sia-sia segala ciptaan Allah (yang amat luas dan tak terkira) bagi hamba-Nya yang menghayati setiap detik dan ketika yang dipinjamkan.

Sungguh! Perjalanan yang jauh akan mencipta, mengerat dan mengutuh silaturrahim insan. Maka terserlah lah jiwa sebenar hamba. 

Sungguh! Pengalaman (indah, duka, manis, cuka?) akan memutik kenangan, membuah pengajaran. 

Semua hanya buat sang hamba yang buka mata, buka dada, buka minda. Terima segalanya, seadanya.

Family Trip Langkawi

Trip to The South

(Orang buat collage aku pun nak jugak.)

p/s: Looking forward to the grand final class trip. (yet don't know when)

Monday, September 23, 2013

See It Deeper

Bismillahirrahmanirrahim...










Nothing can change you if you don't want to.

"Sesungguhnya Allah tidak akan menguah nasib sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."
ar-Rad | 11


Saturday, August 3, 2013

Bagaimana kita?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini ialah pak cik yang bertugas sebagai tukang sapu di sekolah tempat aku berpraktikum sekarang. Walaupun dalam bulan Ramadhan, tiada peluang untuk minum apa lagi makan, namun tidak pernah aku lihat riak letih atau penat dari wajahnya. Tidak pernah terdengar rungutan atau keluhan. Kerjanya tetap seperti biasa setiap hari.

Bagaimana kita?

Wednesday, July 31, 2013

Harap Masih Belum Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini sudah masuk hari ke-22 kita melayari Ramadhan dan hari ke-17 para pelajar guru semester 6 berpraktikum. Alhamdulillah, praktikum kali ini Allah telah permudahkan segala urusan (dan harap berterusan hendaknya).

Semasa praktikum, kadang-kadang terasa berat sangat untuk menjalankan tanggungjawab, namun its end up with aku selesai juga laksanakannya. Sebagai contoh, rancangan pengajaran harian lah. Itu part paling penting dalam praktikum selain portfolio dan lain-lain. Itu hal praktikum.
.........

Ramadhan sudah melepasi dua fasa dan sekarang kita berada dalam fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Dan dalam fasa ini iaitu 10 malam terakhir, ada 1 malam yang sangat dicari-cari oleh semua Muslim. Malam tersebut ialah lailatul qadar. Malam yang padanya tersimpan 1001 kebaikan buat orang yang terpilih. Hanya yang terpilih.

Sudah 22 kali aku bertemu Ramadhan, namun kelibat lailatul qadar belum sekali pun. Setiap tahun dipasang azam, namun setiap kali itulah kecundang. Aku terdetik, masakan nak dipilih kalau usaha hanya ala kadar. Terlebih utamakan yang tak pasti berbanding yang terang-terang dijanjikan ganjaran.

Teringat kata-kata ustaz semasa kelas PAFA dulu, "Kalaulah Allah bagi kita lihat pahala tu macam mana, pasti tak ada yang sanggup lepaskannya."

Dan pasti tak ada seorang pun dari kita yang ingin terlepas dari merebut ganjaran dalam bulan ini terutama dalam lailatul qadar. Ganjarannya lebih baik daripada beribadah selama 83 tahun 4 bulan.

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 3)

Allah Maha Pengasih, sentiasa buka pintu kebaikan untuk hambaNya. Inilah saatnya kita tebus kembali segala peluang kebaikan yang telah kita abaikan.

"Ya Allah. sebagaimana Kau pertemukan kami dengan Ramadhan, pertemukan jua kami dengan Lailatul Qadar. Ya Allah, kurniakan kami peluang beribadah di dalamnya dan berkatilah kami."

Harap masih belum terlambat...

Tuesday, July 9, 2013

Mulianya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...



Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembezaan (antara yang benar dan batil). 

Karena itu, barang siapa dalam kalangan kamu berada di dalam bulan itu, maka berpuasalah. 


Dan barangsiapa sakit atau bermusafir (dan tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. 



(Dengan ketetapan sedemikian) Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. 
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur. 


al-baqarah |185

Sunday, March 17, 2013

Hakikat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ar-Rahman, adalah asma Allah yang penuh dengan kecintaan dan cinta itu sifatnya memberi dan tidak pernah menerima. Oleh kerana itulah, Allah sentiasa memberi dan tidak pernah menuntut atas apa sekalipun daripada hambaNya.

Sejenak, cuba kita renung...dari mana datangnya cinta ini?
Cinta ialah suatu nikmat dalam bentuk emosi yang positif yang dikurniakan Allah kepada setiap hambaNya.

Kerana itulah, dalam diri setiap manusia sentiasa dahagakan cinta dan kasih sayang. Hatta, Nabi Adam dan Hawa juga bertemu semula di dunia kerana cinta. Cinta yang setia kerana Maha Esa.

Hakikatnya, cinta itu suci. Cinta akan membuatkan kita sentiasa rindu, taat dan sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Pencipta Sekalian Alam. Dengan tersebarnya cinta, membuatkan kita semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Namun, cinta itu jarang ditemui kini. Fitrah cinta yang sepatutnya seiringan dengan iman, telah dicemari manusia dengan nafsu. Cinta sekarang penuh dengan cinta syahwat. Cinta yang didasari nafsu hukumnya haram!

Cinta ini akan mengotorkan hati dan membuatkan manusia semakin menjauhi Ar-Rahman. Na'uzubillahiminzalik!

Kawallah nafsu. Jangan biarkan ia terus merajai hati!
Musuhilah syaitanirrajim. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata!


Saturday, March 9, 2013

Langit Biru Kan Kelabu Juga

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam pada kita sedang bergembira, bersuka ria, beriang ketawa, senang hati hulala, ingatlah yang kita takkan selamanya bergembira, bersuka ria...(sila ulang di atas). 

Suatu masa akan tiba giliran kita untuk sedih, rungsing, sakit hati, tension, stress dan seangkatan dengannya. Cumanya, kita tak tahu bila dan di mana. Mungkin hanya dalam sekelip mata dari gembira bertukar duka. Mungkin dua kelip, tiga kelip. Semua itu terpulang kepada Yang Maha Kuasa.


Jadi, bersedialah! Ujian dari Allah akan hadir bila-bila saja...


Saturday, March 2, 2013

Pendapat Mungkin Salah

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada saat akhir (seperti biasa), kami bertungkus lumus menyiapkan penulisan ilmiah berkenaan tajuk pembentangan yang menyentuh isu integrasi sosial dalam negara kita. 


Isu ini bukan isu main-main! Ini isu yang mana kalau tersalah fakta dan huraian, dan membawa kepada maksud yang tak sepatutnya, boleh terjejas konsentrasi lecturer aku nak bagi markah. Tak pasal-pasal kena buat lain pulak.  

Di sebalik tabir itu, aku sedar akan suatu perkara yang mana sebelum ni mungkin aku hanya persoalkan sendirian dan tak ambik kesah untuk fikir lebih kritis. Aku terfikir; mungkinkah realitinya masyarakat kita belum lagi berintegrasi, sebab itu masih wujud tohmahan terhadap berlainan kaum.


"...sememangnya masih ada isu-isu yang menjadi penghalang kepada usaha bagi merealisasikan integrasi sosial dalam kalangan masyarakat di negara kita. Walaupun telah banyak dasar yang digubal, program yang dilancar dan usaha untuk memurnikan ikatan antara kaum telah diadakan, namun perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam ruang lingkup sosial, politik dan ekonomi tersebut tidak dapat dielakkan. Isu sepenting integrasi sosial ini tidak mungkin selesai jika usaha yang diambil hanya dari sesetengah pihak sahaja. Bak kata pepatah, ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Jika tiada kesatuan, maka hilanglah kekuatan. Bagaimana ingin direalisasikan Wawasan 2020 jika cabaran yang pertama dalam 9 cabaran utama Wawasan 2020 belum dicapai?" 


Jadi, mungkin benarlah kita belum bersatu...bersatu hati.




























*aku tak paham kenapa entry ni jadi sgt serius. 
Tapi yg pasti, pendapat mungkin salah. 
Jadi memang tak sesuai jadi bahan rujukan! 
teehee...

Sunday, February 10, 2013

Forum Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izinNya aku dapat menghadiri satu taman syurga pada malam ni yg dihadiri oleh para pendakwah hebat iaitu Ust Haslin Baharin. Ustaz Imran Ibrahim dan Ustaz Tarmizi. Setelah macam2 dilalui, akhirnya aku sampai dan duduk bersama-sama dengan ratusan atau mungkin ribuan muslimin muslimat yang lain di Masjid at-Taqwa.

Berikut adalah antara input yang aku sempat salin dari jutaan input yg diberi dlm forum bertajuk 'Cinta kpd Rasul: Realiti vs Fantasi'.

  • Cinta kpd Rasulullah tiada musimnya. Seharusnya berterusan tanpa ada jarak dan waktu.
  • Cinta kpd rasul telah wujud sejak dulu dan akan berterusan selamaya. Nabi Adam a.s pernah berdoa bg memohon keampunan Allah dgn nama 'Ahmad' yg dilihat baginda tertulis di syurga.
  • Masalah umat skrg. Cinta dan rindu kpd Rasulullah sering dilafazkan tapi angsung tidak dizahirkan dgn mengamalkan segalan apa yg disuruh baginda.
  • Berkat berselawat kpd nabi Muhammad mampu utk menyelamatkan kita dari sifat munafiq. (klu tak silap lebih dr 100 kali selawat)
  • Allah boleh bagi dunia pada sesiapa sahaja yg menginginkan, tapi Allah hanya bagi agama kpd hambanya yg dipilih sahaja.
  • Kuasa iqra' (membaca) lebih berkuasa dari mana2 kuasa di dunia (baca: mampu mengubah dunia)
  • Cinta kpd Rasulullah adalah cinta yg takkan sia-sia.

Jarang salin nota time kuliah, jadi cmni la. Asyik mendengar, bila balik apa pun tak ingat.
Disamping itu, Ust Haslin Baharin turut menyampaikan satu puisi dalam bahasa Urdu yg katanya dikarang oleh sahabatnya. Dan ini adalah terjemahan yg turut didendangkan

"Wahai kawan,
akan datang suatu hari 
yg tinggal hanya Allah,
Dia yg mencipta kita,
Dia yg memberi rezeki kpd kita."

Dan aku sempat salin satu hadis dr banyak2 hadis yg dipetik,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati jahilliah."
Dlm riwayat lain,
"Sesiapa hidup tiada azam utk majukan agama, matinya ialah mati munafiq."

Na'uzubillahiminzalik....

Akhirul kalam...betulkan saya jika salah. 

Thursday, February 7, 2013

Hadapilah dengan Tawakal

Bismillahirrahmanirrahim...


Sesungguhnya, perjalanan hidup kita ini telah disusun Allah dengan begitu kemas dan cantik.

Pada setiap peringkat atau fasa dalam hidup kita (sama ada yang telah lalu atau sedang kita lalui) sebenarnya ialah sebagai suatu persediaan atau persiapan buat kita untuk kita hadapi pada masa depan. Cumanya, adakah kita sedar terhadap setiap perkara yang dikatakan sebagai 'persediaan' atau 'persiapan'?! Kalau ya, Alhamdulillah. Ini bermaksud kita sedang melalui proses ini dengan baik. Jika tidak, mungkin kita kurang bersedia bagi menghadapi rintangan seterusnya dalam hidup.

Namun, percayalah! Setiap apa yang kita tempuh adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Tapi macam mana kita tau rintangan yang kita lalui tu adalah di dalam batas kemampuan kita? Ya, kerana Allah yang berkata demikian.
Meaning : Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity.
Maksud : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-2:286-
Dia-lah yang Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. Dan sesungguhnya, Dia-lah juga sebaik-baik perancang.

Jadi, jangan risau untuk kita lalui apa jua dugaan, cabaran dan rintangan di atas muka bumi ini selagi mana kita taat perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sebab, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu telah ditentukan oleh Allah, semestinya untuk kebaikan kita. Dan jangan lupa....Dia tahu sejauh mana tahap kemampuan kita untuk menghadapi dugaan, cabaran dan rintangan itu.


*betulkan aku jika salah