Wednesday, May 12, 2010

.:Boringku Terubat:.

Semalam time aku boring2 x tau nk wt apa, out of sudden terlintas kt fikiran aku nk cari teka-teki kt internet. Internet ja la paling senang, x kan nk p library plak kot. Pastu dgn spiritual yg tinggi, aku pun menaip 'teka-teki' kt space 'search' google.
Lps 2,3,4,5,6 saat, x keluaq pa2 g..loading plak tenet nih...huhu..2 minit pastu baru keluaq. fuhh, di punya list paham2 la kan, berderet-deret. Disebabakan aku masih bersemangat nak cari, aku klik kt 1 link, "Teka teki lawak |ISUHANGAT". Then, kluaq la dia punya teka-teki tu..

Hampeh gila, x menarik langsung teka-teki dia. Ada ka patut dia tanya; Dalam banyak2 binatang, binatan apa keluar haid. Conform la aku x tau. Pastu tengok jawapan, kura-kura. Aik, pa kaitan?? Agak terkecewa jugak la aku di situ. Terkesima sebentar. Dek kerana nak pujuk hati gua yg lembut ni, gua tengok ada list cerita lawak hangat kat bawah page tu. Tertarik gak la..tu pun sbb boring ja, klu x, kim slm laa..

Sedang gua membaca beberapa cerita, tiba2 perut gua pening, kepala gua senak menahan ketawa..(hiperbola sket ya..)..hahahahaha..boleh tahan la dia punya lawak..Nabil pun x reti wt lawak cmtu..sekali lg aku gelak sorang2. Mmg la sorang2, sbb aku sorang ja yg baca time tu..kui2..Nyaris aku guling2 kat lantai sbb lawak tu.

Kat sini aku share la salah satu cerita tu, kang korang tertanya2 plak pa benda yg lawak sangat kan...

Pensyarah Universiti dan guru di dalam keretapi,

Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5

Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..

dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..

Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata

Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat...

Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..

Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5.


cerita from: http://isuhangat.blogspot.com/search/label/lawak%20hangat

5 comments:

-Mai- said...

xfham@#$%???

-Mai- said...

eh dh fham..loading seketika..haha..lwak ar..lpas ni leh ar guna tektik ni..untung..hehe

Anonymous said...

ak xphm...

-Mai- said...

lawak yg sbenar kt perenggan last tu..bca btol2..guling2 ak gelak..hehe

aminaim said...

haiyo, na..x kan loading kot..hehe