Saturday, February 12, 2011

Tak De Buffering!

Bismillah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Akad nikah dilaksanakan dengan sekali lafaz saja. Tahniah Bro Syawal! Welcome to the family. Sebelum akad nikah, tok iman bg tazkirah dulu. Ni 1st time aku dengar tazkirah sebelum akad nikah. Selalunya, ada sesi soal siasat ja. Mantap betul tok iman nih! Sesungguhnya, segala apa yg disampaikan sangat bermakna buat bakal mempelai. Aku sendiri pun mendengar dgn khusyuk..ehem2.

Selesai saja Bro Syawal lafaz, "Aku terima nikahnya (nama sepupu aku) dgn mas kawen yg tersebut", hati aku yg kental bak roti canai dlm peti ais terus lebur. Sebak. Terharu sih, sepupu yg dulu jadi teman main sembunyi2 kini bergelar isteri orang. Rasa seperti baru semalam kakak nyanyi lagu Ziana Zain kat belakang rumah wan...hehe. Tumpang bahagia. Harap both of you mewarnai kehidupan rumahtangga dengan sinaran nur iman. Ingat pesan tok imam, penuhi nafkah batin (ilmu agama), insyaAllah bahagia dgn redhaNya.


..............

Semalam time naik bas, aku berdiri kat tangga bas sambil memberi lambaian kpd penghantar. Tetiba, ada sorang gadis berbangsa Cina meluru ke arah aku sambil tunjuk2 tiket, "Bang, boley tunggu sebentar tak..." Dengan pantas aku jawab, "Maaf, saya bukanlah sorang pemandu bas!"
Huh, aku memiliki lagak pemandu bas? (Bakat terpendam!).




p/s: Kepulangan aku memang dinanti. Berita gembira telah aku terima. Wimax berjaya dipasang dan ...... aku boleh surfing dengan bergaya! Tak de buffering, bro!!!!! hohoho (action kamen)

6 comments:

-Mai- said...

tahniah utk ur cazen..=)
hg tu, sbar2 la ek..huhu

aminaim said...

trimas utk pihak beliau..=)
eh, aku plak yg kena..kui3

Asyraf Ridzuan said...

hg plak bila lg?? kih3...

aminaim said...

tak da org dtg merisik lg...huhu

-Mai- said...

jwapan xditerima..huhu

syazana said...

thanks afnan and friends. em,terharu kan mase akad nikah tu.akak pun 10 kali terharu dgn lafaz tersebut.dah la xde tok n wan.lg sedih..awuwu..pape pun,doakan kitorg berbahagia hingga akhir hayat ye.amin.. ;)