Sunday, February 27, 2011

Pertimbangan


Bismillah...

Petang Ahad yg permai. Bayu laut bertiupan sepoi-sepoi bahasa. Burung2 berkicauan riang ria, berterbangan di ruang angkasa tanpa perasaan risau. Tiada zon larangan terbang yg dicadangkan PBB utk Libya. Aman!

Di jalan raya, kereta lancar menyusuri jalan. Tiada hiruk pikuk kenderaan seperti biasa. Aku asyik menghayati keindahan panorama. Penuh warna!

Namun, hati masih tak tenteram. Ketenangan bagai direntap dek kejahilan lalu. Titik-titik hitam yg menodai sekeping hati belum disental sepenuhnya. Persoalan timbul. Kenapa aku tidak coba utk melangkah ke zaman renaissance diri, berubah kepada lebih baik?

Tidak! Aku pernah di situ, tapi aku terleka dgn ecstasy dunia. Kebahagiaan sementara membuatkan aku kembali ke singgahsana fana. Aku tak faham! Punya la susah aku berusaha menghindari, sekelip mata aku lupa kepada kepayahan tu. Kepayahan menafi kemahuan nafsu.

Ah, mudah sungguh aku menoda diri! Kat mana aku nak bersembunyi di Hari Pembalasan nanti bila diseru menghadap Maha Esa? Bersembunyi di dalam kubur, tak nak bangun setelah Israfil meniup sangkakala kedua? Jangan mimpi!

Aku tak menjaga amanah. Aku zalim! Aku zalim terhadap diri sendiri. Aku membuka peluang utk diri diseksa Munkar dan Nakir, seterusnya dihumban Malik yg tak ada belas kasihan ke dalam naar! Hakikat yg harus aku telan kalau tak ubah tabiat buruk. Na'uzubillah!

...................

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Masih membuka hati ini utk menerima hidayah. Dia kasihkan aku. Dia mahu aku berhijrah ke jalan bersuluh. Ditunjuk olehNya kebesaran ciptaan. Nikmat yg dipinjam masih terus dipinjamkan. Agar aku beriman...




Semakin jauh manusia dari Allah,
semakin hilang pertimbangan manusia itu.

7 comments:

-Mai- said...

be strong..org slalu ckp, be strong bila ditimpa ujian je..sbnarnye, melawan nafsu tu pun kira ujian gak..so be strong lawan ujian k..

aminaim said...

insyaAllah..kuat semangat!!
terimas atas nasihat.
..-)

GigiWangi said...

Deep !

Kadang-kadang, hal dunia membuatkan kita alpa siapa kita yang sebenarnya.

SIS said...

salam, be strong..this is what we call dugaan dunia..:)..btw, xsangka kawan ana ni ada bakat dlm dunia penulisan..hebat n mantap..semoga terus mantap...

aminaim said...

gigiwangi,
benar. sebab tu kita saling memerlukan kan. utk saling mengingati.

syahira ismail,
subhanallah, sesungguhnya tak layak terima pujian tu. Tinggi sangat, gayat. anyway, terimas..=)

aliF_miM said...

ketika orang lain bergantung harap pada manusia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah...
ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah...
ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah...
dan ketika orang lain pergi menghadap raja dan pembesar2 untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul2 mencintai Allah...
- Ibnul Qayyim-
=)moga hatimu kuat dan terus thabat dalam saff yang sama.

aminaim said...

ameen, syukran2!!
mudah2an yg terbaik utk kita.
tabah menghadapi ujian Allah.