Saturday, April 23, 2011

Kesedaran Batiniah

Bismillah...

Setiap orang akan lalui fasa-fasa tertentu dalam hidup. Ada masa kita akan gembira dan akan tiba masanya kita akan bersedih. Lumrah hidup. Tak mungkin akan terus ceria dan pastinya tak akan terus mengalir air mata. Ada masa kita akan kena marah, masa yang lain pulak kita akan tengok orang kena marah. Jadi, jangan ingat dalam menjalani hidup di dunia ni kita sentiasa di satu takok sahaja!
.................

Jam pukul 3.30 pagi. Aku golek-golek atas katil, tak mampu nak pejam mata. Kepala ni kusut, macam-macam masalah. Tiba-tiba Abu masuk bilik, dia ajak pi cari makan. Huh, pagi-pagi buta cari makan, perut apa ni. Tadi pun dah bantai nasi kandar Kapitan 2 pinggan. Hmm, mungkin dia labur banyak sangat tadi, lapar balik. Tak pa, aku teman.

Pusing-pusing Pulau Pinang cari kedai oblong tak jumpa, tutup dah mungkin. Nak tak nak, kena cari kedai burger 24 jam la. Motor yang dibonceng aku, ditunggang Abu menggelungsur laju ke perkarangan McD. Pagi-pagi buta pun orang ramai lagi. Patutlah kat Malaysia banyak restoran tak tidur malam.

Selesai di kaunter, kami duduk di meja tepi sekali. Baru nak suap Big Mac ke mulut, Abu mula bicara...

"Setiap hari ada saja ujian yang datang bertimpa-timpa. Ujian dan dugaan yang datang tu diterima oleh manusia dalam pelbagai cara, bersyukur, merungut, merengek dan banyak lagi lah. Ada orang bila sampai 'giliran' dia sakit, dia akan merungut. "Adus, sakit lagi. Susah nak hidup camni..". Tu yang extream punya rungutan. Ada pulak yang sikit-sikit ja macam sigh.

"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

"Dalam kita tak sedar, ada hikmah Allah uji kita. Salah satunya, sakit sebagai penghapus dosa. Bersyurlah! Dosa berkilo-kilo kita buat, tanpa kita mintak Allah hadirkan sakit untuk padamkan dosa yang berkilo-kilo tu. Setiap sakit atau ujian yang Allah bagi adalah atas daya kita. Dia takkan uji melebihi kemampuan. Kalau kita rasa ujian tu berat, itu bukti kita kuat. Yakinlah dengan Allah!"

Fuhh, bicara Abu memang dalam. Plus, kali ni Abu cakap memang panjang lebar. Bila direnung, bagus juga ada bincang-bincang macam ni. Aku pun dah lama tak join kuliah Subuh, sunyi hati ni. Sekurang-kurangnya, terisi jugak.

Tiba-tiba orang meja sebelah bersuara. "Betul cakap saudara. Kita kena sedar, setiap ujian yang kita dapat tu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Kalau Dia tak uji....tiada Tuhan selainNya."

Erk, aku terpinga. Kat dalam McD semua dah tunduk, yang sedu sedan pun ada.

Azan Subuh berkumandang...


Tuesday, April 19, 2011

Fikir Aras Tinggi

Bismillah...

Sebenarnya susah nak diungkap perjalanan sehari-hari. Ada saja benda baru yang dipelajari. Kalau tak pun, revision dari apa yang berlaku. Maksud kat sini bukan pasal study akademik, tapi lebih kepada sifat dan tingkah perilaku khalifah muka bumi. Banyak ragam. Banyak perangai.


"Diberi peluang untuk buka mata kepala dan mata hati melihat ciptaanNya luar dalam adalah suatu yang wajar disyukuri. Tak semua yang dapat, kau ada? Apapun, tidak pada semua keadaan menjadi pemerhatian, ada yang tak dapat ditafsir. Tak sampai tahap pikiran mungkin.

"Ramai orang, banyak pulak gayanya. Masing-masing ada unik tersendiri. Ketikanya, aku tak paham gaya pikiran yang lain. Lain orang, lain cara berfikir, lain cara mentafsir sesuatu.

"Walau kepelbagaian tu dalam pemikiran yang macam mana sekalipun, kita tetap ada landasan yang wajib diturut. Al-Quran dan sunnah patut dijadikan pencorak cara berfikir. Tak perlu dilampiaskan segala apa yang terbuku. Tapis dulu. Pertimbang. Kalau patut, silakan, hamburkan dengan cara yang lebih baik."

.............

Terkadang dahi berkerut. Kata-kata Abu aku cuba telan, hadam lumat-lumat. Bahasa yang diguna ada masa tinggi sangat. Tak larat nak panjat cari maksud. Tapi sedaya mungkin cuba dipahami.

Orang, pemikiran, hati, perasaan, nafsu, amarah, suka. Semua tu kalau tak disertakan dengan iman, habis punah!

~mungkin itu point Abu sebenarnya.

Tuesday, March 29, 2011

Gelora

Bismillah...

Bertemankan lampu kalimantang hasil gubahan daripada ilham Thomas Edison, si tua yg tak reti putus asa, aku duduk di sisi meja baca. Tangan pegang buku, kepala ngadap laptop. Perasaan bergaul rasa. Aku keliru, mana satu perasaan yg benar-benar di sanubari. Gembira? Resah? Seronok? Risau? Dia Maha Mengetahui.

'One in a Million' berkumandang. Mata dipejam, penghayatan seratus peratus. Bukan ingin menilai sejauh mana tahap kebagusan nyanyian, tapi lirik cuba difahami.

Dalam sehari, banyak yg terjadi. Banyaknya membuatkan bibir terukir senyum, walau kat dalam tak tentu arah. Kawalan emosi perlu stabil, itu basic jadi cikgu. Kadang-kadang member cakap aku gila, senyum sorang-sorang. Haha. Lagi buat aku senyum.

Kepala makin kusut. Aku terkena, memang kena. Mula niat nak jadi member, sekarang lain pulak jadinya. Puhh, pi jauh-jauh!!

...........................

Kerja tak sudah-sudah! Memang ingat minggu depan relax abis, tapi tak sangka, sama saja. Kesabaran diuji, ketenangan dicari. Kumpul tenaga + semangat nak mula first step. Step pertama penting! Tak da step pertama, apa yg diimpi, rendah probability utk jadi reality.

Sunday, March 27, 2011

Jauh Perjalanan

Bismillah...

Kedengaran gagak bersiul bersahutan. Pejalan kaki bersesak-sesak menuju ke perut feri Pulau Undan. Semuanya dengan satu misi, cari tempat duduk yg strategik dgn pemandangan dan selesa semestinya. Bagi yg tak kesah, tak menjadi masalah duduk kat mana-mana. Yg tak sempat, terpaksa lah berdiri. Adat!

Aku berjaya menempatkan diri di kerusi paling kiri, 7 dari depan. Pemandangan cantik. Walau aku selalu melihat pemandangan macam tu kerana aku memang penumpang setia, tetap cantik! Angin laut meniup perlahan ke muka. Tenang sekali.

Aku menyeluk tangan ke dalam beg, buku karya Faisal Tehrani dikeluarkan. Sekarang si pengarang dah bergelar doktor pun, PhD. Aku selak ke halaman yg aku tangguh bacaan, menyambung dgn penuh minat.

Bacaan aku semakin menghampiri kulit belakang. Cerita terakhir dalam koleksi 15 Cerita Mencabar Minda memang betul-betul mencabar, nak kena fikir. Banyak nama-nama tokoh falsafah yg aku tak penah tau. Pengarang memang banyak membaca. Jadi betollah orang cakap, kalau nak mengarang sesuatu mesti banyak membaca, selidik, baru bahan yg nak dihasilkan ada isi dan unsur ilmiah.

Feri dah mendekapkan depan pada jeti. Sauh dilabuh, jejambat diturun. Orang menderu keluar dari feri, melangkah hala tuju masing-masing. Aku cepat-cepat cari limo aku berlabel 303. Fuh, jumpa! Lepas bersapa dgn driver yg lama tak jumpa, ramai pulak yg nak tumpang. Tak apa, aku izinkan. Lagipun limo aku kan besar, panjang. Tak sesak pun.

Dalam limo. Ramai bangsa asing. Maksud aku, memang betol-betol asing, Siam, Bangla, Indon. Pergh, macam-macam bunyi ada. Dah bagi tumpang bising pulak!

Sesampainya kat Flat Pinang, kaki melangkah laju ke rumah 303. (Eh, baru perasan sama ngn nombor limo). Pintu dikuak, tuala dicapai. Memang tak tahan. Aku lari laju-laju ke tandas. Fuh, lega! Masuk bilik, duduk atas kerusi. Ish, sepertinya ada yg tak kena. Hati memang tak sedap.

Dalam keadaan terpaksa (sebab tak sedap hati), aku switch on netbook yg comel. Online. Buka facebook, sunyi. Skype, lagi sunyi. Blog, cari idea nak update. Yahoo Mail, email tak banyak. Tiba-tiba, pop out YM. "Amacam eseimen, bro?" ~~~~ Gulp!

Aaa, eseimen!!!! BERTIMBUN!!

Saturday, March 19, 2011

Gadis Istimewa

Bismillah...

Petang mendung menyelubungi Kota Setar. Sinar matahari masih dilitupi awan-awanan yg berkumpul, menanti titisan tumpah ke bumi. Aku masih di KFC, meng'online'kan diri. Buat pertama kalinya memanaskan punggung kat KFC lama-lama.

Kat dalam, sejuk! Aku perhati suasana sekeliling. Sibuk dan sesak dgn manusia. Walaupun pernah disarankan utk sama-sama boikot KFC dan seangkatan dengannya atas sebab bersekongko dgn Yahudi, namun jelas itu hanya sementara. Orang Melayu memang hangat-hangat tahi saja. Bersungguh hanya pada mula, lepas seminggu dua, kembali sedia kala. Ehem!!

Aku tak keseorangan, bersama sorang kawan (semestinya laki2). Kami duduk di satu sudut, tak da plug pula utk charge laptop. Aku mara ke arah seorang pekerja dgn niat nak bertanya. Berdasarkan parasnya, kelihatan seperti seorang Cina. Berkulit putih pucat, mata agak sepet, paling penting make-up seperti wayang opera. Memang jelas. Comel!

"Cik, plug kosong ada katna?" Dia macam tak berfikir panjang, tak senyum, hanya tunjuk-tunjuk ke arah kaunter dan telinga dia. Huh, apa kes? Suruh tanya kat sana kot. Sombong betol! Takpa, aku cari sendiri. Lepas cari-cari siap tunduk-tunduk bawah meja lagi kat tengah orang ramai, jumpa la satu.

2 jam kemudian, aku baru perasan yg awek Chinese tadi dok cakap guna bahasa isyarat. Bisu rupanya. Mungkin ada masalah pendengaran sekali kot. Tu pasal time aku tanya dok tunjuk kat telinga dia ja. Walaupun dia camtu, tapi masih berusaha utk bekerja. Memang seorang hebat!

Jangan keluarkan apa-apa kenyataan selagi tak tau situasi sebenar. Selidik dulu. Sabar. Itu yg terbaik! Tak guna cakap banyak, tempias air liur tapi tak pasti fakta sendiri.