Wednesday, February 2, 2011

Pakcik Kasut


Bismillah...

Pagi2 membawa diri ke Alor Setar, kotaraya yg sarat pembangunan. Kasut aku lekang lagi di tapak. Baru beli (raya lepas), tak berkualiti gamaknya. Jadi, kenalah jumpa pakarnya. Skuter ku pandu laju menyusuri jalan yg masih lengang. Dari jauh mata liar mencari lokasi yg selalu pakcik2 kasut lepak. Masih banyak port yg belum dibuka, namun ada sebuah yg sudah mula operasi.

Aku parkir skuter di bahu jalan. Bimbang juga kalau2 ada abang MPKS lalu, free kena saman. Tapi hanya sebentar aku singgah, jadi tak kesah. Pakcik kasut sibuk mengemas peralatan. Aku beri salam, dengan pantas dijawabnya. Setelah dihulur selipar dan menyatakan hajat kemari, aku mengambil tempat utk duduk. Sambil menunggu, pakcik kasut memulakan bicara. Seperti yg dijangka, memang kebanyakan karyawan seperti beliau adalah peramah. Aku bersedia utk layan.

Aku ingat beliau nak mula dengan bertanya khabar atau datang dari mana atau masih menuntut ka. Tapi lain pula jadinya. Sidang bicara dimulakan dengan penaklukan Constantinople. Aku terkelu. Ni bukan bidang aku, camna nak respon. Aku cuba tukar topik dengan tanya kadar masa beliau memulakan kerjaya sbg pakcik kasut, namun tak dilayan. Jawab sepatah, pastu masuk balik dengan perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh yg meluaskan legasi sejak umur 20an.

Wah, pakcik ni nampak ja selekeh! Pakai t-shirt rock hitam dgn seluar jeans (tunggu tak koyak2 ja) tapi ilmu penuh didada. Aku tabik. Segan nak mengaku yg aku sedang menuntut utk ilmu perguruan. Sekali lagi terbukti, jangan nilai orang berdasarkan penampilan. Begitu jugalah yg dikehendaki agama. Biar apa, bagaimana, macam mana sekalipun setiap individu itu, harus dihormati.

Aku hanya tadah telinga dan 'ya' sahaja. Tak tau nak respon kerana kagum. Bangga ada pakcik kasut cam beliau!! Walau kerja di pandang hina, tapi anak sudah di menara gading. Katanya ada sorang anaknya sedang Asasi Law kat UiTM Merbok. (Bangga lagi).




*Risau keadaan kawan2 kat Mesir. Macam mana la depa kat sana. Huru sana, hara sini. Harap selamat.

5 comments:

foo said...

kalau nak tengok betapa championnya pengalaman sorg tu, tengok pada koyak-koyak jeans. kalau koyak di kangkang, tu mmg champion.

Asyraf Ridzuan said...

tabik gak ar kt pak cik tu...=)

aminaim said...

foo, itu memang expert. aku rasa pakcik tu pilih koyak di kangkang, sbb tu aku tak nampak koyak kat lutut.

asyraf, tabik gak?? tabik spring la.

-Mai- said...

hebat..=)

ShAwN said...

sumpah aku kagum!!^_^

tp an..aku selalu berada dlm situasi mcm yg ko alami tu..."susah nak respon..."..mcm ne meh..??huhu