Monday, October 11, 2010

Titanic : The Untold Story

Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang sahabat baik. Diorang bekerja dalam bidang perkapalan. Memang hebat la diorang nih. Sorang kerja engineer enjen, nama dia Yon. Sorang lagi kerja engineer elektrik, Zek, dan yang sorang lagi kerja engineer ship building, Lan. Orang cakap diorang memang rapat. Selalu bersembang sama-sama kat bilik enjen sambil minum-minum. Diorang ni suka nak tunjukkan kebolehan dalam bidang masing-masing kepada masing-masing.

Suatu hari, atas sebab kepakaran yang dimiliki, diorang ditawarkan bekerja dengan syarikat perkapalan, White Star Line. Mereka dikehendaki bertugas kat atas sebuah kapal persiaran yang sangat grand iaitu Titanic. Pada tarikh yg ditetapkan, 10 April 1912, bermula la pelayaran diorang kat atas kapal tu bersama 2,220 orang yang lain.


Pada hari keempat, kapal dah belayar sejauh 640km, selatan Grand Banks of Newfounland. Time kapal dok berlayar, macam biasa diorang turun kat bilik enjin, bersembang sambil minum kopi. Suasana sunyi. Hanya kedengaran bunyi enjin kapal yg ligat memutar.

Tiba-tiba, Lan bersuara, "Aku ada 1 soalan. Antara enjin, letrik ngan body kapal mana lagi penting?".

Yon pun jawab"Memang sah-sah la enjin yang penting. Kalau x da enjin, kompom la korang kena dayung."

"Huh, ada plak camtu. Bongok la kau nih! Cuba kau bayangkan, kalau letrik x da cmna nak start enjin?" jawab Zek sambil mendabik dada. Lan hanya mendengar perbualan Yon ngan Zek.

"Ha Lan, diam ja. Tadi kau yg tanya." kata Zek kepada Lan.

"Hmm, aku rasa la kan, body kapal lagi penting kot. Tapi aku x sure la." jawab Lan.

Yon dan Zek ketawa berdekah-dekah mendengar jawapan Lan tu. Mereka rasa jawapan Lan itu sangat tidak boleh masuk akal. Lan terasa dirinya seperti diperkotak katikkan. Lalu Lan bangun dan mengambil kapak kat dinding bilik dan dihentaknya kapak tadi kat dinding kapal bertalu-talu. "Korang x caya? Ni aku buatkan experiment."

Air bertubi-tubi masuk melalui celahan rekahan dinding yg dihentak tadi. Menggelabah ketiga-tiga sahabat tu. Air laut memenuhi ruang bilik enjin tu. Kesannya, enjin yg ada dalam bilik tu gagal berfungsi dan menyebabkan Titanic tak bleh nak belok. Tiba-tiba, berlaku gegaran yg sangat kuat lagi menggoncang jantung.

Kapten kapal, Edward J. Smith buat announce. Dia mengkhabarkan bahawa Titanic telah eksiden dengan aisberg. Semua penumpang dan anak kapal diminta naik ke dek. Lebih kurang 4 jam kemudian, Titanic tenggelam sepenuhnya. Hanya, 706 penumpang dan anak kapal sahaja yg berjaya diselamatkan. Lagi 1,517, tenggelam bersama Titanic 2,000 kaki bawah paras laut.

Kejadian itu dianggap bencana paling teruk yg pernah berlaku dalam dunia perkapalan.


..... ..................... .....

Sedekad selepas kejadian, 10 pakar forensik bahagian kapal turun laut untuk mengkaji punca utama Titanic tenggelam. 9 daripada 10 pakar tersebut percaya yang puncanya adalah daripada eksiden dengan aisberg. Takat tu ja. Tapi sorang daripada diorang masih tak puas hati dan meneruskan investigation. Dia selam semula ke dasar laut dan mengkaji sendiri bangkai kapal tu. 3 bulan dia tak naik ke darat. Beliau nyaris mati lemas dan berputus asa.

Pada hari terakhir penyiasatannya, dia masuk ke sebuah bilik enjin dalam kapal tersebut. Di sana dia menemui 3 rangka manusia yang sedang berpelukan. Wajah rangka-rangka tersebut sangat dalam ketakutan. Salah seorangnya memegang sebutir kapak yang sudah didiami plankton. Kat sebelah rangka tu ada dinding. Kat dinding tu ada kesan rekahan yang serius. Pakar tadi tak jadi pulang. Beliau tambah lagi sebulan pengkajian.

Akhirnya, beliau mendapati bahawa kerosakan enjin di bilik tu adalah faktor paling penting semasa bencana itu berlaku. Kipas yang sepatutnya digunakan untuk mengelak aisberg gagal berfungsi dgn jayanya lalu telah menyebabkan Titanic eksiden. Sangat tragis. Tak sia-sia pengkajian dan penyiasatan yang dilaksanakan oleh pakar tersebut. Seperti menahan batuk di tangga.

Setelah pulang ke daratan, pakar forensik tersebut hanya mendiamkan diri, tidak mendedahkan hasil penemuan beliau itu. Beliau risau dan khuatir andai semua keluarga mangsa kemalangan sadis itu menyerang hendap keluarga 3 tulang rangka tersebut.

Sekian lama berlalu, pakar forensik tersebut bersedia membuat kenyataan sebenar di sebalik kemalangan Titanic. Justeru, beliau dengan sukacita dan relanya membuat pendedahan seperti yang termaktub di atas.



Kenangan ketika zaman sekolah. Yon, Lan ngn Zek kena denda sbb x reti buat Math.


Lan, Yon dan Zek sedang berborak sambil minum-minum
dalam bilik enjin. (patut la diorang suka lepak sini, siap ada meja makan lagi)


Hanya kita yang tahu kisah disebalik surat khabar nih.

8 comments:

cik fara said...

truee story ke ni pak nan?

schueism said...

part kelas math tu aku suka.

AMD said...

hehe

aminaim said...

fara, aku reka ja la..hehe

schu, kui2..

cik, psl hehe? hehe

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

rekaan semate??
adehhhh~

aminaim said...

hehe, jgn r terkecewa.
masterpiece nih. kui3

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

pppfffttt~
msterpiece la sgt. . .
tawu dek pakar nt, bru twu~

neway gud kelentongan ah!!!terbaekkk~haha. . .

aminaim said...

hoho, pakar apa?

thanks, actually aku nak gtau yg pakar forensik tu adalah aku. tp x tau nak selit katna...hehe